Monday, January 31, 2011

I Thought The Rain Would Never Stop


One thing about the amount of rain that we get here in Malaysia, sometimes it never stops for more than 24hours.

Even a SAHM needs to look at the weather reports because like I said to my cousin sister, "production doesn't stop come rain or shine or even if it suddenly snows" :P  - this refers to laundry and washing in my house.

We are not that rich yet to afford a Washer/Dryer combo so indoor drying just means a small room where I have place my fridge since the heat from the fridge could dry the clothes overnight somehow
A guy dreams of a car. A SAHM?
This is priced at RM 5949 and yes everyday I dream of this

But we have plans to visit my parent's hometown to see my grandmother. Amel needs to "bercukur" and more than 24 hours of rain is a bit depressing.

WHY?

Refer to the photo above, that was taken in 2007. Yes water rose that high and mom was soooooo ultimately scared and worried. I would freak out as well if it was me.





But with loads back to back need to find a quick solution for my laundry. I like the idea of self service laundry. You can just use the dryer to dry the clothes right?

or maybe I should open a DOBI like smartwash myself :P


Ada sesiapa nak derma modal tak ? he he he

♥ HANA TAJIMA!!


Yes. She's the kind of fashion designer/icon I want my girls to grow up with.
The one that you would instantly approve because its shows that I'm not an orthodox mom who is ketinggalan zaman yet am still upholding strong our muslim values,

 

Besides I'm sure Hana Tajima will still be around 15 years from now *I HOPE*
coz then my girls would be like 26, 17, 15.
So masing-masing pasti akan experimenting with fashion.

Anyway, I think A'aesyaah looks like a mini version of Hana Tajima in these shots...gotta love her cuteness :))



Hana Tajima-Simpson is part Japanese part British and a designer who became Muslim about four years ago. Her line maysaa.com is up and running and YUNA is the Malaysian fashion icon for this label :) Her personal blog is STYLECOVERED


Sunday, January 30, 2011

44 Days Confinement (Pantang) Ended Yesterday

Pantang?
Pantang la sangat :P
Keluar masuk keluar masuk spital, takde maknanye pantang betul2
You know la hospital food camne...

 Ayam Masak KARI di Hospital Batu Pahat

 Chicken Chop yang sangat mengiurkan di PPUM


PASTA ntah hape-hape ntah juga di PPUM
KOBIS??? Ya ANDA nampak KOBIS
Matilah angin...

Actually I am more happier this pregnancy somehow...
  1. Amel tak banyak ragam.
  2. I lebih sihat lepas Caesar 
  3. Takde sakit angin lintang pukang pus pus yang sakit kat perut
  4. Berat tak banyak naik nak turun sebab GDM
  5. GDM pun HILANG alhamdulillah
Walaupun Amel had prolong jaundice and UTI.
And the keluar masuk keluar masuk hospital...
without any support from DH (he had to rush to Penang, MIL kena heart attack)
Tu yang ada gambar kat Hospital Batu Pahat - Amel was in Special Care Unit for 1 night and another night dapat rooming dengan I.



I tak complain la walaupun katil dia yang jenis clickclack tu - mak ai, besi katil boleh rasa menembusi mattress. SCU pulak tu jauh gila nak berjalan dari Wad Ped 1 HBP.
I didnt get any rooming facilities masa Amel warded, terpaksa tinggalkan dia. The hospital was nearly 2 hours jauh dari my parent's house. Meroyan la jugak malam tu...

Next morning Abah I 7am dah drive me to HBP. I was like orang gila pakai stokin, pakai kain batik bawak beg anakku berjalan kehulu-hilir kat HBP tu. Since so early I didnt wanna make a fuss with my mom -kesian orang tua tu, takkan nak paksa masak lauk pantang pagi2 bute kan. She wanted to but I said..its ok.

Yaaa..ANDA LIHAT SOTONG??? 
This was the only thing EDIBLE kat cafeteria HBP
and for someone who was SEDIH GILE anak kat SCU
I think I dimaafkan
KAN?

Adalah jugak ASTRO kat cafeteria dia
Layan 3 Abdul nak berdekah2 ketawa
Lupa sejenak nak menitik airmata
Coz am doing it all alone...

Everyday I keep asking Allah swt why all this happend. Even my kuz yang anak pernah masuk HBP of kes yang sama (jaundice) pun boleh bentan, but nothing happend to me.

I have not had an opportunity to have a full "pampered like a princess" pantang. I ada anak yang nak bersekolah and there were emergencies that could not be avoided.

A lot of people/family has commented "ko buat gini2...bukan tengah PANTANG ke..." - should I feel sorry for myself?? Should I worry that when I grow old my body will fray dengan segalamacam rheumatism???

Ya memang body nak pakai lama lagi. Tapi berapa lama pun kita boleh hidup?

A wise friend once said, orang yang Allah SWT sayangi adalah orang yang senantiasa mengingati mati.

Beribadah seolah2 kita mati esok.
So if I die tomorrow - I carry this proudly on my chest.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Hidup mati semula pun zaman ni nak dapat 1 hamba nak bebaskan pun susah kan? :))

Anyway - officially 44 hari dah habis. The only thing I am celebrating - Amel boleh keluar pergi SHOPPING hehehe

p/s as of early Jan, I masih macam perempuan gila, tapi babywearing Amel ke hulu hilir PPUM sebab every week ada appointment dengan Ped dia. Alhamdulillah the madness has stop until March ni bila ada 2 appointments in a week and another one the week after. Dear Allah SWT give me strength Amin.


Saturday, January 29, 2011

SusuIbu : Foremilk & Hindmilk

Baru sahaja sessi "sarapan" Amel pagi ni, so I thought I might write something I just found out lately.

You'ld think after 3 kids I'm an expert at breastfeeding...

teeeeeeeeeeeeeet!~ wrong.

I'm still very very novice considering what I wrote before here.

So when Amel kena UTI and her weight was not progressing, I decided to look up on any reasons that might contribute to that.

You see, she dropped from 2.9kg to 2.6kg and the Peds at PPUM diagnosed her with having UTI hence the prolonged jaundice.

Her losing more weight (10% from her birth weight) was an issue I had to tackle.

Thats when I got to know about the production of susu ibu mengandungi 2 peringakat iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir).

 
Pumped from the same breast, on the left is 2 oz. of foremilk, and on the right is 2 oz of hindmilk
1. Foremilk

Ini adalah susu ibu yang mula mula keluar berbentuk dan kelihatan kebiruan macam air biasa dan agak cair. Kandungannya lebih banyak air, hanya mempunyai sedikit lemak dan karbohidrat, serta tujuannya ialah menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk

Selepas anak kita menyusu selama beberapa minit, susu akhir akan dihasilkan dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim (disukai ramai?? hehehe) Malah hindmilk kandungan kalori sangat tinggi dan sangat kaya dengan lemak. Susu inilah yang penting untuk tumbesaran bayi. Boleh dirumuskan disini hindmilk adalah makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan.

Malah ibu yang mengalami puting luka (sore nipple) mampu menyembuhkan keadaan tersebut dengan menyap susu ini kerana ia lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.

Maka kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyang kan.

So eloknya jika mahu bayi mendapat khasiat seimbang, penyusuan haruslah sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast malah lebih baik jika teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM. Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu dihasilkan

Two 25ml samples of human breast milk pumped from the same woman, at the same time to illustrate what human breast milk looks like, and how human breast milk can vary.

Hasilnya - Amel's berat badan naik ke 3.47kg recently bila I let her empty my "tangki" betul-betul. Dr Anum her Peds kata UTI dah clear dan jaundice pun makin berkurangan. Alhamdulillah.

Friday, January 28, 2011

Petua Memperbanyakkan Susu Ibu - Berasli Barley Instant Drink


I'm so glad semalam hubby beli ni kat Carefour.
Its cheap and delicious - RM5.90 je
What more its from Koperasi Kakitangan BERNAS Berhad (KBB) dijamin HALAL
Suprisingly pagi ni lepas minum malam tadi milk production 110% ni hari ni after 12hours minum - meriahnye stock utk Amel hari ni
I tak ambik minumam lain, too busy even to drink my normal concoction of oats+nestum+susu or kurma merah tea :))



Tuesday, January 25, 2011

A little help please...my heart goes out to Qistina Balqis Maisara today

"This group is created to provide support to Siti Maisalmah whose child Qistina Balqis Maisara is born with a hole in the heart, cleft lip and infections to the lungs. We are in the midst of raising fund to help lessen the burden of this family and all contributions are welcome. There will be no obligations to anyone to contribute but nevertheless any contribution in any ways are welcome. Thank you."

Tengah sibuk "bersembang" dengan rakan sekolah lama and she invited me to this group - QBS - Charity Fund Raising . It breaks my heart to see a child like this. As a mother, hati mesti terdetik I need to do something.

The mother is an x-workmate of my x-schoolmate. As of today, news have it that Balqis akan dipindahkan ke HUKM (with hope of better facilities). The below photo is of recent with caption dari mama dia :

"24/01/11...balqis masih demam..38.3 suhu badan dia..sian sangat tengok..sepanjang hari ni tido aje dia..."


Her name is : Qistina Balqis Maisarah Mohd Zuhairi
Born : 16 Sep 2010 Hospital Seri Manjung Perak

Suffering from heart disease, cleft, lung infections and some diseases that is still under examination

Her age is nearly 3 months but still in hospital (Intensice Care Nursery) since birth

Then


Now


From her mother's words :
line terpaksa diset di kepala..dah tak de choice..kaki dan tangan dah hancur..tak dpt urat..dah 4 jam doc cuba amik tgn n kaki..akhirnya pkl 12tghmlm td doc call minta izin nak msk line kat kepala..ya allahhh...derita sungguh si kecil ini..

From her mother's words :
sayu dan sedih sangat tengok keadaan balqis yang semakin hari semakin kurus..dah tinggal tulang dengan kulit sahaja..dah macam baby yang kat afrika tu..ya allah...kuatkan la semangatnya dan tabahkan la hati ku dlm menghadapi ujian mu..ringankan la derita yang ditanggunginya semoga dia boleh menjalani kehidupan seperti baby lain..amin..


All donations should be made to : 
QBS - Charity Fund Raising
AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)

...this is the least I can do for now...please help to spread the word and donate. Even RM1 goes a long way

Sunday, January 23, 2011

Petua menambah susu ibu | Teh Kurma Merah Dan Longan 桂圆红枣茶


Ok since now sudah menjadi kegilaan ramai mencuba Longan Red Date Tea (桂圆红枣茶) untuk memperbanyakkan susu ibu atau breast milk atau sebagai milk booster, meh I tunjukkan cara yang BETUL untuk membuat resipi ni (terutama semasa pantang)

Orang cina sememangnya kaya dengan ilmu perubatan dan petua bagi kesihatan kita. I sendiri pun kalau sakit jarang nak ambik ubat modern (macam panadol - katanya boleh rosakkan kidney dalam jangkamasa panjang)
Kalau anak demam, sakit tekak, batuk - I akan tengok kahak warna apa (sebab dalam perubatan cina ada 2 jenis. Satu kerana kerana angin sejuk masuk dan satu kerana angin panas. Jadi pantang makan pun kena betul. Kalau kena angin sejuk lepas tu minum barli...lagi teruk jadinya sebab barli adalah "sejuk".)

Ni untuk anak sulong yg ada asthma bila dia kena ulcer atau tak sihat badan



 Orang ada asthma kena minum pagi2 panas2 sedap
Adik tak payah :P sebab Adik tough! Adik kena minum susu segar je!

Ok, we are what we eat so, kita kena tau la jugak khasiat Kurma Merah dan Longan.

Kurma Merah kaya vitamin C. Biasanya dia bagus untuk blood circulation jadi bukan masa pantang sahaja bagus, selalunya kalau masa kita tengah period pun boleh ambil minuman ni. Orang cina percaya kalau limpa dan perut tidak kuat dia ada efek pada bekalan darah dan fungsinya.

Kekurangan darah mempunyai gejala berikut, seperti: kurang selera makan, kekurangan tenaga, kurangnya otot pada lengan dan kaki, berlebihan berat badan, cirit-birit, kembung setelah makan (like my hubby, lepas makan gi toilet dan membuang), perut cramp atau period yang sikit.

Bak kata, sapa saja yg nak tambah darah ke, tak leh tido ke, kurang bermaya ke...minum teh ni

Untuk Longan kering pula, pun lebih kurang, untuk kekurangan darah, tidak bermaya dan untuk meningkatkan tenaga. Dalam erti kata lain, untuk relaxation dan biasanya "panas" - http://en.wikipedia.org/wiki/Longan


Penggunaan double boiler : Teh ini dimasak dengan menggunakan panas dari air yang sedang mendidih dan tidak langsung dari sumber panas asli - ini dinamakan double-boiler

Orang kantonese suka mendidih sup mereka menggunakan double boil jar, sebuah mangkuk ceramic khas. Mereka percaya bahawa ini akan membiarkan bahan sup perlahan-lahan melepaskan nutrisi mereka ke dalam sup. Mereka juga percaya bahawa nutrisi dan rasa dapat "dikunci" di dalam sup. 



sumber photo dari : Chinese Double Boiler 

Kurma merah, longan kering dan gula batu boleh dibeli di kedai singseh cina atau medicine hall

 kurma merah

 longan kering

gula batu (kuning)

Tutorial bergambar cara membuat teh kurma merah dan longan:


Untuk resipi ini anda memerlukan :
10 biji kurma merah
10 biji longan kering
150ml air panas
sedikit gula batu jika suka


Kurma merah perlu dibuang biji (jika ada). Bijinya agak toxic jika dimasak bersama.

biji kurma yang telah di buang

Kurma merah perlu direndam seketika dan diberus perlahan (dengan jari) untuk membuang habuk dicelah2nya

habuk yang jatuh ke dalam air setelah direndam

Seterusnya, jika anda tidak mempunyai double boiler, anda boleh buat apa yang saya buat selalu - dgn 1 mangkuk ceramic dan 1 pinggan ceramic.

mangkuk dan pinggan (utk menutup mangkuk)
 Untuk amaun kurma merah dan longan kering yang dinyatakan di atas, memerlukan 150ml air panas.

Masukkan ke dalam periuk berisi air (agak2 separuh menutup mangkuk ceramic)

*sorile guna kamera phone so tak berapa nampak level air tu

Tutup mangkuk ceramic.

dan kemudian tutup periuk

Double boil untuk 45minit

Kalau takde periuk boleh guna rice cooker, sebagai double boiler macam I guna untuk buat makanan anak2 semasa baby
ni guna double boiler untuk puree pisang

ni guna double boiler untuk puree apple dan keledek


Kalau anda tak ada masa nak double boil, then letak bahan2 dalam flask atau termos, tuangkan air panas mendidih dan tutup. Biarkan 2 jam pun boleh.
Orang cina percaya minuman ni elok buat untuk sekali (atau 2x minum) SAHAJA. Kalau buat banyak2 sangat rugi (khasiat kurang) dan akan jadi agak acidic (nanti perut kembung) mungkin juga akan BASI

Actually sebagai milk booster, untuk keserasian masing-masing. Ada yang minum memang banyak susu untuk BF, ada yang tak. Apa yang boleh kita buat ialah ikhtiar.

Minuman ni agak "panas" jadi tak sesuai kalau kita batuk + selsema + sakit tekak dan kahak kuning minum. Stop dulu minum, dah baik boleh minum balik :)

Selamat Mencuba :D