Followers

Monday, October 17, 2011

Doa Hilang Barang : Tak Sampai Sehari Dah Jumpa



Ini cerita Jumaat lepas. Bangun pagi berkobar-kobar nak update blog-blog yang ada. Since masak pun ala kadar sekali campak harung je (bubur lambuk).

Tapi macam itulah kehidupan. Manusia hanya mampu merancang dan Allah swt sahaja yang menentukan. Selepas mandikan Mimi, ternampak kad bank yang ada di luar beg. Bila nak masukkan balik dalam beg, tengok-tengok IC dah hilang. Waaaaaaaaaaaaaaa nak meraung tapi senyum kelat je kat Mimi. Dalam hati tak nak panik walaupun dah tau kalau betul-betul hilang RM110 melayang nanti...itupun kalau takde record dulu pernah hilang sekali (masa belajar kat PPP/ITM) tapi tu sebelum tukar yang kad ada chip ni. Kalau takdir diaorang ada record tu...waaaaaaaaaaaaaaaaaa RM210 melayang. Haruslah DH marah berapi-api nanti. Dahlah kita ni duduk rumah jer huhuhu

So nak tak nak satu pagi tu seluruh rumah digeledah. Dah geledah nampak semak, hangkut plak satu beg plastik dengan vaacum. Dah cam ammah propel plak atas bawah saya kemas. Syasya dan Mimi pun pelik apasal mama dia extra rajin hari ini.

Dalam sibuk mencari tu jumpa jugak macam-macam - usb blue tooth yang dah 3 bulan hilang (yiiikkk!!) board books Mimi yang kecik-kecik (jatuh tepi katil) mainan Syasya dua tiga, kain baju kurung putih (sebab dah terlipat dengan baju-baju lama yang tak dipakai), hari tu punyalah kelam kabut semasa my arwah aunt meninggal...baju ada tapi ingat tak nak pakai kain batik nak pakai kain dia, tapi tak ingat letak mana.

Yang paling kelakar siap tunjuk gambar IC Mr. Bean kat Google dan tanya Syasya "ada ambik tak kad mama ni???"

Habis ikhtiar tengok jam dah 11.30am. Masak pun tak lagi. BBM DH cakap apa dah jadi. Dia pesan, slow slow la kita cari Insya Allah ada. Rasa nak menangis, meraung pun ada - tapi bila tengok muka Mimi jatuh kesian pulak. So muhasabah diri -
  • buat apa menangis, anak-anak masih ada depan mata, I should be spending more time with them daripada dok kalut pasal "benda". 
  • buat apa menangis, rezeki itu Allah swt berikan. Kalau takdir IC itu hilang betul-betul dan kena "part" with RM100, kena muhasabah mesti ada something yang kita buat yang Allah swt suruh part with the RM100
  • buat apa menangis, dalam mencari benda yang hilang tu dah jumpa macam-macam. Siap collect syilling orang rumah ni buang merata-rata (ada la dalam RM2 boleh masuk tabung ayam :P)
  • I totally ignored my two kids, sedangkan I should spend lebih banyak masa dari panik kalut tak tentu hala
Last-last I duduk depan pc dan google "Doa Hilang Barang " terjumpa Doa yang kak Nashita letak kat blog dia :
"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"
Saya  baca berulang kali sambil muhasabah diri dan ingat mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Saya BBM balik DH dan kata :

"Nanti masa you balik ambik Aliya tolong jenguk2 belakang kereta sama. Last time I nampak my IC was in m y bag masa nak pergi Klinik last Saturday. I nak stop cari dulu dan nak masak. Mata pun dah start merah gatal-gatal kena habuk. Kalau belakang kereta pun tak ada, kita tawakal dan doa sahajalah dan slow slow lagi cari nanti"

Tak sampai 15 minit lepas tu DH BBM:
"Dah jumpa IC belakang keta"

Masa baca tu terus sujud syukur. Dan bila DH balik, dia tunjuk IC tu ada dalam purse kelabu kecik berisi 4 keping RM1. Purse tu kepunyaan Syasya.

"Dia bawak masa ikut pergi kedai semalam..."

Macam tak percaya bila baca doa tu, terus teringat pasal kejadian pergi ke klinik dan belakang kereta DH. Tapi saya yakin, baca doa itu kena dengan rasa muhasabah diri dan percaya mesti ada hikmah disebalik kejadian. Dan kena yakin bahawasanya Allah swt tu Maha Besar dan Mengetahui...dan juga manusia itu tidak perfect...dia mudah lupa juga (pasal pergi klinik tu)

Antara hikmah yang saya akui, kebijaksaan Syasya. Anak saya yang 3 tahun pun tu sangat bijak kan?
...keluar rumah kena bawak IC tau!


3 comments:

kakyong said...

betul tu Farah...
sama lah isu hilag barang di rumah kakyong ni.. setiap hari ade je brg yg hilang...

lain yg dicari, lain yg jumpa.. ;)

syafisyifa' said...

Bes entri ni kak.terima kasih sbb kongsi doa tu

Nafisah Ruslan said...

terima kasih kongsi doa ni :)
minta share.. hu2