Tak pasti berapa kali Mama saya suka bercerita pasal hikayat ni, tapi setelah saya dewasa baru saya faham apa yang hendak Mama saya sampaikan.
Masih ingat lagi ceritanya? Ini part favourite saya...
Sebelum meninggalkan Pura Cendana untuk pergi mengembara mencari perempuan, Tun Nila Utama meminta emaknya mencampuradukkan – beras, bawang putih, cili kering, garam, bawang dan sebagainya kemudian dimasukkan ke dalam uncang. Apabila emaknya bertanya kenapa barang-barang tersebut dicampuradukkan, Tun Nila Utama menjawab: "Supaya senang mencari perbezaan antar perempuan dengan betina". Disamping itu Tun Nila bersumpah, katanya: "Kalau ada salah seorang perempuan yang sanggup memasak barang-barang ini dengan sempurna orang itulah akan menjadi pilihanku. Tetapi kalau tidak, ku haramkan mencukur sebarang rambut yang tumbuh diwajahku. Dan aku tidak akan pulang lagi ke Pura Cendana".Walaupun dalam kehidupan saya sebagai seorang surirumah, tak ada pula lah suami balik bawak karung macam itu, hehehe tapi kadang-kadang ada waktunya terpaksa memerah otak juga bila bab memasak ini. Contohnya Ahad lepas. Anak sulung selepas subuh lagi sudah merengek bertanya buat cucur tak pagi ini. Saya terus turun ke bawah dan lihat stok barang. Hurmmm ikan bilis habis - nak kejut suami ke kedai depan semata-mata amatlah tidak berpatutan. Langsung tau apa saya buat?
Siapa teka boleh dapat 100 markah hehehe....
dan tak saya tak goreng keropok ni....
ye...saya kisar huhuhu. Lepas tu saya campurkan bahan menjadi...
Ye...pagi tu anak saya dapat makan cucur kentang keropok ikan hasil kreativiti saya. Resipi di sini : Cucur Keropok Ikan
Moral of the story : Jangan pasrah pada keadaan. Kita kena sekali-sekala menjadi pelopor pada perubahan. Kalau tidak, kita tidak akan berubah dari takuk lama...dan tidak akan mencium kejayaan.
kakyong pun selalu masak apa yg ade jer.. kalo x cukup bahan, cari jer alternatip lain.. yg penting rasa sedap & anak makan... ;)
ReplyDeleteBetul tu kakyong...carcamarba pun takpe..jadi anak dan suami kata SEDAP
ReplyDeletegood idea nih.
ReplyDeletekeropok kering yg berlambak dlm gerobok i tu akan berguna wkend ni.hehe