Tuesday, November 30, 2010

Lepas tengok video ni mesti, tak lalu beli Mek D

 image from Google

Semasa pergi antenatal check up kat PPUM last week, I sangat terkejut sebab no giliran nak jumpa Endo sampai nak dekat 30 orang dalam sehari. Wow...banyak tu ke pregnant mommies yang kena diabetes ni?

Ok sebelum tu, bagi yang kurang familiar dengan perkataan Endo tu, Endo ni short form untuk endocrinologist - seorang doktor yang terlatih khusus mendiagnosis penyakit yang mempengaruhi kelenjar anda. Mereka tahu bagaimana untuk merawat keadaan yang sering kompleks dan melibatkan banyak sistem dalam tubuh anda.

Doktor utama rawatan anda (dalam kes saya, doktor obstetrik la) merujuk anda kepada endocrinologist apabila anda mempunyai masalah dengan sistem endokrin anda.

Apa kepakaran endocrinologist?

Endocrinologist dilatih untuk mendiagnosis dan merawatmasalah ketidakseimbangan hormon dengan membantu untuk mengembalikan keseimbangan hormon dalam sistem anda. Antara penyakit yang berkaitan termasuk:

* Diabetes
* Penyakit tiroid
* Gangguan metabolisme
* Kurang atau berlebihan pengeluaran hormon
* Menopause
* Osteoporosis
* Hipertensi
* Masalah Kolesterol (lipid)
* Ketidaksuburan
* Kurangnya pertumbuhan (perawakan pendek)
* Kanser kelenjar endokrin

Jadi biasanya kalau ibu mengandung kena diagnose GDM memang kena jumpa 2 pakar dalam satu bulan; 1 Endocrinologist dan 1 Obstetrik.

OK, berbalik kepada cerita terkejut tuh.

Lagi terkejut bila nak ambik ubat kat farmasi materniti. Depan I 3 orang ibu hamil nak ambik supply insulin. PPUM pulak banyak stock yang ready filled pen tu.



I pun dengan busy bodynya tanya abang farmasi tu - ramainya zaman sekarang ibu hamil yang kena GDM ni tak macam zaman my mother. Kebetulan, I kan lahir kat PPUM (zaman 70an dulu, dipanggil University Hospital). Mama I kata, jarang sekali dengar istilah-istilah seperti GDM, Preeclampsia dan sebagainya.

Kesimpulan yang I dapat lepas bersembang dengan abang farmasi tu, mungkin dalam masa 30 tahun ni, corak pemakanan kita sudah mengubah tahap kesihatan kita sekarang.

Pengeluaran Ayam dan Daging yang dah macam orang process makanan dalam tin kat kilang - bukan freerange kata orang (contoh freerange ni macam Ayam Kampung la - haaa sebab tu orang cina kalau pantang dia suh makan ayam kampung!!) Dicocok hormon supaya lebih menghasilkan daging dan cepat membesar!

Pulak tu corak pemakanan kita banyak pada beras putih dan tepung gandum putih

Gula dalam semua bentuk pemakanan

Sayur kita pun dah disembur itu ini

Tak mustahil kan?

Masa mengandung A'aesyah memang tak ada kencing manis, tapi berat dia shot up sampai 4.11kg masa lahir dan ini menambahkan 1 point pada risiko I dapat GDM untuk pregnancy seterusnya (beberapa point lagi untuk umur dan berat badan)

4.11kg A'aesyah Marissa (fuh semangat!!)

Punca??? I allergic makan nasi, hari2 bantai McD dan A&W. Siap kena daulat lagi dengan one of my TL yang kebetulan dok belakang cubicle I masa keje dulu.

dulu blogging kat multiply je :P (click image to enlarge)

"You aa makan McD hari2 you tak risau ke kat baby you"

waaaaaaaa...taubat Ryan I dah tak mo makan McD dah :P

Lepas I kena diagnose, anak-anak I limid dah fast food 1x sebulan sampai ada orang "kesian" sebab ingat kitaorang ni "miskin" :P

Hasilnya???

A'aesyah makan tomato segar macam makan cekelat dan dia sakit pun 1x je dalam tahun ni alhamdulillah.

A'aesyah demam bulan Ogos tahun ni
Kadang I fikir...tak apa lah tak dapat bonus 2x setahun macam dulu. Janji pemakanan anak-anak dijaga rapi.

masak bihun sup, tak yah nak gaduh-gaduh buang sawi :P

Kalau itu masih tak menyakinkan uols mak-mak diluar sana...cuba cari dokumentari ni


Siapa yang dapat tengok dokumentari ni, GERENTI memang akan fikir 2 kali sebelum beli Mc D dan rangkaian makanan segera yg sewaktu dengannya :P

Monday, November 29, 2010

Saat Memilih Nama untuk Anak


Bila tengok ticker tu macam ngeri pulak tengok "Countdown to scheduled C-section"



Padahal hakikatnya I baru 35 weeks tau...hai nasib seorang ibu pregnant yang ada GDM (kencing manis semasa mengandung)



So, dalam 2-3 minggu ni dah kena tetapkan hati pilih nama untuk this baby. DH dah setuju nama boy (HAH! masih jugak mengharap BOY :P) dan I dah tetapkan nama kalau perempuan. Huhuhu rahsia...sok dah bersalin I bagitau.

Saat memilih nama Aliya Maisarah, I rasa I dah pernah tulis sebelum ini kat sini.

Saat memilih nama A'aesyah Marissa, I memang dengar nasihat mama I bila tanya dia pasal nak pilih nama ni. Mama would say...kalau lelaki, nama2 nabi la...kalau perempuan nama2 isteri nabi atau wanita2 hebat dalam Islam.

Aisha r.a
The life of Aishah is proof that a woman can be far more learned than
men and that she can be the teacher of scholars and experts. Her life
is also proof that a woman can exert influence over men and women and
provide them with inspiration and leadership . Her life is also proof
that the same woman can be totally feminine and be a source of
pleasure, joy and comfort to her husband.
She did not graduate from any university there were no universities
as such in her day. But still her utterances are studied in faculties
of literature, her legal pronouncements are studied in colleges of
law and her life and works are studied and researched by students
and teachers of Muslim history as they have been for over a thousand
years.

Entah macamana selalu bayangkan isteri Rasullullah ni pada zamannya seorang yang sangat cantik dan cerdik ~ satu "senjata" seorang wanita perlu ada dalam zaman sekarang ni.

You get scared bila fikir nak besarkan another girl in your family ~ tak perlulah I huraikan panjang lebar but I think you faham apa yang I maksudkan.

Cantik sahaja is not enough nak survive sekarang kalau tak ada akal. Tapi I memang sangat suprised bila pilih nama ni, A'aesyah memang sesuai for my 2nd girl. A'aesyah memang daddy's little girl. Teringat masa DH betulkan kipas living room, sanggup mendongak tengok setiap gerak geri DH.




The bulk of her vast treasure of knowledge was obtained while she was
still quite young. In her early childhood she was brought up by her
father who was greatly liked and respected for he was a man of wide
knowledge, gentle manners and an agreeable presence....
Ramai orang percaya yang Aisha r.a cantik dengan tersendirinya.
Mama selalu pesan, harus extra careful jaga A'aesyah because of the inner beauty that she posses dari kecik. Jangan leka. Kadang-kadang Allah swt nak menduga kita

...dari senyuman dia




...dan betapa mulusnya dia pada pandangan mata kami.



In her youth, already known for her striking beauty and her
formidable memory, she came under the loving care and attention of
the Prophet himself. As his wife and close companion she acquired
from him knowledge and insight such as no woman has ever acquired.  

...and Marissa ~ dalam bahasa Arab it means baik hati. Which is what my A'aesyah Marissa Izardy is in everyway :))

Sunday, November 28, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A

Lama sungguh tak join menjoin contest online. Since nak bawak anak2 keluar pun terbantut dek kerana sudah berdentam dentum kat luar tu, meh kita teka dan menang.
Siapa nak cuba jugak, dah nak tengok gambar yang besar boleh pergi sini GA Teka & Menang Ibu3A

Dah lama jadi silent reader Kakyong ni...he he he tapi tak pernah join contest dia. So, ni jawapan saya. Boleh teka 2x tapi dah naik KERO mata dok kira, so satisfied dengan 1 jawapan ni je, karang kalau kira lagi, mau juling permanent plak hik hik hik.

JAWAPANNYA IALAH RM82.93

hik hik hik good luck to myself :P

Saturday, November 27, 2010

Hospital Bag untuk Bersalin

I have been spending the whole morning looking at other people's hospital bags. Bukan looking, more like stalking je rasanya LOL

Oh common on Fay...dah anak ketiga pun masih nak tengok sebagai bahan rujukan ke??? :P

Truth is I have this inferiority complex that I have overdone it ~ like so many things I do in life. Packing balik beraya ke Penang macam nak pi Amazon Jungle setahun.





But bags that I have, ada yang terlalu kecik dan ada yang terlalu besar. I see everyone bringing 2 bags, one for baby and one for mommy but seriously, I'ld rather have everything in one. Maybe beg je nampak besar, but isi tak banyak :P



DH pun kata...lebih baik satu bag isi semua.

Lagipun this bag ada roda so DH or me can pull it around kan? Dari dok carry 2 beg lepas tu bahu senget dan sakit belakang.

Maybe its because kali ni bersalin kat gov hospital..well not exactly gov but semi-gov la. STILL...they say semua benda kena pakai sendiri punya. Not like when I gave birth kat Pantai dulu. Everything was given. Baby only needed baju masa nak balik je.

I am also having a quiet moment packing all those needles and empty insulin pens.



These are definately not biodegradable and have to be put dalam tin susu and after sealed permanently and kena letak biohazard sign kat luar dia.



Some companies even have special pouches to store these type of "waste".


The danger of being cut and infected by sharp biohazard waste materials is minimized by using safety pouch



I'm taking as if I have AIDS kan :P

Tapi agak-agak bangla angkat sampah tu gheti baca ke symbol tu :P


These are RM6 ke RM9 each...all empty insulin pens I have used since I was 13 months pregnant (June 2010). Yang kuning is fast action while yang hijau slow action (utk masa kita tido) Amazing kan???

House is quiet this morning. Mainly because DH has taken Syasya out. He's going to buy my needle supply.

Now I'm talking like a drug addict :P

So I've never talked much about how I go through my day as someone having Gestational Diabetes kan? Another entry perhaps..yg ini pun dah rasa sesak nafas baca right? he he he

Ok back to the books...nak jot down what is still missing from my hospital bag

2nd last visit : Pregnant Lady kebosanan lagi

Well it turns out that baby no3 will not be a 2011 baby after all.
Dan hari ini turns out to be 2nd last visit to see Endo and OB at the antenatal clinic kat PPUM.

Our next check up is in 2 weeks time ~ masa tu maybe OB dah bagi siap2 tarikh nak bersalin sebab I will be already 37weeks pun. Tarikh keramat untuk LCCS. They wont allow me to be more than 39 weeks which is Xmas Day.

image from Google

So ape perasaan???

Today I was totally crashboombang kepenatan. Long hours menunggu kat Antenatal PPUM taking its toll on my 35 weeks pregnant body yang dah tak larat.

So naturally I slept the whole afternoon sampai my Abah dan Mama bertolak ke rumah my bro di Shah Alam pun I tak sedar. I am still not sync yet dengan household chores and such ~ unpacking from balik kampung raya haji pun belum.

Dont you just hate procrastination tapi nak buek camno ~ badan tak larat DAH, toilet tu kalau boleh bercakap mesti dia kata dia dah muak tengok muka I.

So dalam kebosanan dan ketidak laratan seorang mak buyung, I found a template that works well with Nuffnang Adds. TUKAR LAYOUT LAGI ~ mesti korang kata, hai pembawakan mak buyung sungguh kan?

My generous cousin in law is giving some hand downs from her daughter ~ how sweet. I feel a bit guilty coz she has just recovered form an ectopic pregnancy, the pain is the same macamana pun rupanya ~ its still our child kan? So maybe we might go and pick up the stuff after she feels better. Ye la takkan nak suruh dia deliver kat kiter plak.

So...baby names??? He he he ~ finally settled on the one I really like. But I keep having a weird feeling tetiba kuar its a BOY :P

...eh pernah terjadi tau!!!

ok..later peps.


Thursday, November 18, 2010

Hujan, panas dan Lontong


Itu ramalan cuaca bagi Johor for the next 5 days. Tapi hujan skeeet je....malah panas sangat pulak dari petang ke malam nih. I masih kt my parents dan mungkin spend sedikit masa kat sini sampai Rabu. DH balik besok sebab ada urusan hari Sabtu/Ahad ni.

Bila panas, tempat paling best nak tidor adalah lantai rumah my parents he he he



Tengok Syasya tido pun tau betapa nikmatnye dapat tido atas tile yg sejuk neh

Malam tadi Mama saya buatkan lodeh nak makan dengan Lontong Cik Yah saya yang sangat femes itu sampai saya mengidam sebulan sebelum raya he he he. Cik Yah sepupu mak tapi kawin dgn adik Abah saya so we are quite close. Sila jangan jilat screen yeeee HA HA HA





Wednesday, November 17, 2010

Kasih Sayang Seorang Abah

 

Seingat I la, Abah I orangnya GARANG.

Tapi dalam GARANG-GARANG dia tu...ada kelembutan sebenarnya.

Setiap Abah, Ayah, Baba, Papa, Abi dan Daddy mesti sayang kat anak perempuan dia kan?

Macam DH dan Syasya.

Below is me with my Abah masa kecik btw he he he


Hari tu seminggu sebelum raya kitaorang mak-mak buyung kat community Hospital Bersalin Facebook dok diskus, apa benda pelik yang kitaorang mengidam. Tetiba ada orang sebut ketupat dan rebung...terus I teringat umbut kelapa. Wah kalau dapat makan lodeh umbut kelapa dengan ketupat...mak oi sedapnya.

So I bagitau je kt my Mama, kalau kebetulan ada jual kat pasar Parit Sulong tu, tolong la belikan...I teringin nak makan.

You know what my Abah did?

Dia tebang satu pokok kelapa sawit dan ambik umbutnya he he he

(memang sedap, tak caya read this blog posting

Sayang jugak dia kat I dan baby dalam pewut kan? He he he macam dia sayangkan cucu-cucu dia yang lain lah!

 Nanti bila baby dah besar I mesti cerita kat dia macamana sayangnya Atuk dia kat dia walaupun dari dalam perut lagi.

And kebetulan hari ni Hari Raya Aidil Adha, so ini lah menu standard orang Johor. Kalau bagi rendang hari ni...memang I tak layan he he he

Selamat Menjamu Mata ek!!