image from Google
Ok sebelum tu, bagi yang kurang familiar dengan perkataan Endo tu, Endo ni short form untuk endocrinologist - seorang doktor yang terlatih khusus mendiagnosis penyakit yang mempengaruhi kelenjar anda. Mereka tahu bagaimana untuk merawat keadaan yang sering kompleks dan melibatkan banyak sistem dalam tubuh anda.
Doktor utama rawatan anda (dalam kes saya, doktor obstetrik la) merujuk anda kepada endocrinologist apabila anda mempunyai masalah dengan sistem endokrin anda.
Apa kepakaran endocrinologist?
Endocrinologist dilatih untuk mendiagnosis dan merawatmasalah ketidakseimbangan hormon dengan membantu untuk mengembalikan keseimbangan hormon dalam sistem anda. Antara penyakit yang berkaitan termasuk:
* Diabetes
* Penyakit tiroid
* Gangguan metabolisme
* Kurang atau berlebihan pengeluaran hormon
* Menopause
* Osteoporosis
* Hipertensi
* Masalah Kolesterol (lipid)
* Ketidaksuburan
* Kurangnya pertumbuhan (perawakan pendek)
* Kanser kelenjar endokrin
Jadi biasanya kalau ibu mengandung kena diagnose GDM memang kena jumpa 2 pakar dalam satu bulan; 1 Endocrinologist dan 1 Obstetrik.
OK, berbalik kepada cerita terkejut tuh.
Lagi terkejut bila nak ambik ubat kat farmasi materniti. Depan I 3 orang ibu hamil nak ambik supply insulin. PPUM pulak banyak stock yang ready filled pen tu.
I pun dengan busy bodynya tanya abang farmasi tu - ramainya zaman sekarang ibu hamil yang kena GDM ni tak macam zaman my mother. Kebetulan, I kan lahir kat PPUM (zaman 70an dulu, dipanggil University Hospital). Mama I kata, jarang sekali dengar istilah-istilah seperti GDM, Preeclampsia dan sebagainya.
Kesimpulan yang I dapat lepas bersembang dengan abang farmasi tu, mungkin dalam masa 30 tahun ni, corak pemakanan kita sudah mengubah tahap kesihatan kita sekarang.
Pengeluaran Ayam dan Daging yang dah macam orang process makanan dalam tin kat kilang - bukan freerange kata orang (contoh freerange ni macam Ayam Kampung la - haaa sebab tu orang cina kalau pantang dia suh makan ayam kampung!!) Dicocok hormon supaya lebih menghasilkan daging dan cepat membesar!
Pulak tu corak pemakanan kita banyak pada beras putih dan tepung gandum putih
Gula dalam semua bentuk pemakanan
Sayur kita pun dah disembur itu ini
Tak mustahil kan?
Masa mengandung A'aesyah memang tak ada kencing manis, tapi berat dia shot up sampai 4.11kg masa lahir dan ini menambahkan 1 point pada risiko I dapat GDM untuk pregnancy seterusnya (beberapa point lagi untuk umur dan berat badan)
4.11kg A'aesyah Marissa (fuh semangat!!)
Punca??? I allergic makan nasi, hari2 bantai McD dan A&W. Siap kena daulat lagi dengan one of my TL yang kebetulan dok belakang cubicle I masa keje dulu.
dulu blogging kat multiply je :P (click image to enlarge)
"You aa makan McD hari2 you tak risau ke kat baby you"
waaaaaaaa...taubat Ryan I dah tak mo makan McD dah :P
Lepas I kena diagnose, anak-anak I limid dah fast food 1x sebulan sampai ada orang "kesian" sebab ingat kitaorang ni "miskin" :P
Hasilnya???
A'aesyah makan tomato segar macam makan cekelat dan dia sakit pun 1x je dalam tahun ni alhamdulillah.
A'aesyah demam bulan Ogos tahun ni
Kadang I fikir...tak apa lah tak dapat bonus 2x setahun macam dulu. Janji pemakanan anak-anak dijaga rapi.masak bihun sup, tak yah nak gaduh-gaduh buang sawi :P
Kalau itu masih tak menyakinkan uols mak-mak diluar sana...cuba cari dokumentari ni
Siapa yang dapat tengok dokumentari ni, GERENTI memang akan fikir 2 kali sebelum beli Mc D dan rangkaian makanan segera yg sewaktu dengannya :P
No comments:
Post a Comment