Monday, July 20, 2015

WE HAVE MOVED

PLEASE BE PATIENT
WHILE THE PAGE REFRESHES
AND
BRING YOU TO OUR NEW BLOG

Thursday, May 28, 2015

Perkhidmatan penghantaran Cendawan Mekah atau Scoby Kombucha



Khasiat:-

Mengembalikan tenaga lelaki dan wanita
Menyahtoksin dalam badan
Membantu proses penghadaman(usus)
Mengurangkan risiko kencing manis, strok dan penyakit jantung
Merawat batuk berpanjangan atau sakit tekak
Menurunkan tekanan darah tinggi
Membantu melawan sel kanser dan antipenuaan
Melancarkan perjalanan darah
Merendahkan paras gula dan kolesterol dalam darah
Membuang angin dalam badan

Perkhidmatan penghantaran  Cendawan Mekah atau Scoby Kombucha - Handling and postage fees via Poslaju
POSLAJU TIDAK MEMBENARKAN PENGHANTARAN BARANGAN YANG BOLEH MUDAH BOCOR - servis kami memastikan ini tidak berlaku. Terutama sekali dalam proses merendam scoby atau mudmud atau cendawan mekah, starter teh adalah sangat penting. Malah kami beri lebih dari yang anda perlu peram. Cultures di bungkus dengan rapi. Perkhidmatan kami telah sampai ke Sabah dan Sarawak tanpa apa-apa masalah Alhamdulillah, Insya Allah

Handling Fee termasuk postage is RM25 (semenanjung) RM35 sabah dan sarawak untuk SETIAP SATU
1 keping scoby with 1 cup of starter tea
packed in 3 layers HD food grade plastic - sealed and 2 layers vacuumed sealed to avoid bocor
further packed in bubblewrap before putting into container and couried

Scoby induk telah di peram dalam air teh hijau organik untuk mengurangkan kadar pencemaran dan flouride yang tidak baik untuk kesihatan
Scoby juga diperam menggunakan kaedah batch brew yang lebih baik serta menghasilkan starter tea yang kuat
Di peram dalam glass vessel untuk mengurangkan pencemaran hakisan petroleum daripada bekas plastik
#algamekah #cendawanmekah #kombucha #tehkombucha #greenteaorganic #sayajual #makanankesihatan #ekzema #eczema #diabetes #kencingmanis #mudmud #ibusom

Monday, July 29, 2013

HyppTV Everyhwere is finally here

Hari Jumaat hari tu saya tagged Encik Boss saya samada dia nak apply ke tidak HyppTV Everywhere ni. Sebab Encik Boss saya kan selalu travel, so bagus juga ada service ni



Melalui HyppTV Everyhwere, pengguna Android dan juga iOS boleh mengikuti rancangan kegemaran mereka terus pada skrin peranti mudah-alih mereka. Selain bentuk aplikasi, ia juga akan ditawarkan dalam bentuk web, dimana pengguna turut boleh mengaksesnya dimana-mana menggunakan pelayar web mereka.

All you need adalah internet access sahaja. Bagus kan?

Im Everywhere!
HyppTV is now available everywhere! This service is exclusive for HyppTV subscribers with UniFi & Streamyx 4mbps* & 8mbps. HyppTV subscribers can now watch their favourite programs, global updates and keep their kids entertained, anytime, everywhere on tablet, smart phone and desktop. All you need is a wifi or 3G/4G connection to enjoy the content.

So Friday petang tu hubby kata, ok ok sila buat the necessary - biasalah saya ni P.A tak bergaji hehehe
Maka Sabtu tu saya call dah register untuk 2 devices. CS kat Unifi tu kata tunggu 24 jam akan dapat username dan password.

Jadi sementara tu, saya download dulu app kat iPhone saya



Secara jujur anak-anak saya tak tengok rancangan di TV selain BBC - CBeebies (BBC for Children) atau NickJunior. Di situlah mereka belajar counting, masak-masak dan macam-macam lagi. Tadi disebabkan ada satu decoder sahaja, kadang-kadang saya terpaksa miss documentary saya kat NatGeo Adventure atau BBC Knowledge atau rancangan masakan kat BBC Entertainment.


So sekarang saya dah boleh tonton kat iPhone buruk saya itew - kat dapur ke, tengah menyusukan Mimi ke sementara budak-budak tengok channel mereka (nak nak kalau ada Dora di NickJunior tu jangan harap la nak tukar)



But masa ni sampai end of September 2013 masih free. Kalau kena bayar pun RM5 je.
Sebelum ni suami ambil yang Unifi, kemudian Hypptv ambil Platinum Pack RM30 so dalam sebulan bayar RM179 macam tu (untuk semua Internet, TV dan Phone - ok la kan). Tambah RM5 je untuk devices.

Masuk Aidilfitri ni dah 5 tahun kami pelanggan Unifi alhamdulillah...


Wednesday, April 03, 2013

[BREAKING] Najib Umum Pembubaran Parlimen #PRU13


Tahniah Malaysia, penantian memang satu penyeksaan namun berakhir hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah secara rasminya pengumumkan pembubaran Parlimen hari ini Khamis, 3 April 2013, 11:30. 3 APRIL adalah ulang tahun ke empat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan memberi laluan pilihanraya di adakan secara serentak di seluruh negeri. 


Saturday, March 23, 2013

Buat Sabun Sendiri dengan Kacang Sabun



Perkara yang benar-benar hebat ni. Buat sendiri sabun basuh, sabun cuci pinggan dan sabun basuh CD, cloth pad atau cloth panty liner dengan kacang sabun, memang benar-benar sangat baik untuk kulit, persekitaran dan kesihatan kita sendiri. Saya telah menggunakan kacang sabun selama lebih setahun sebab mempunyai anak yang ada eczema dan memang benar-benar berpuas hati dengan bagaimana boleh dapat dobi yang bersih setiap kali pakai kacang ni dan tak merengsakan kulit anak mahupun kulit saya.

Apakah itu Kacang Sabun?

Kacang sabun adalah buah-buahan kering yang datang dari pokok Beri Sabun dan ia mengandungi saponin yang bertindak sebagai detergen semulajadi. Saya dapati Kacang Sabun ni bekerja sama baik kalau tak pun memang lebih baik dari detergen konvensional sebenarnya.

Bagaimana untuk Menggunakan Kacang Sabun

Letakkan 8-9 kacang sabun (tanpa benih di dalamnya) dalam beg kain kecil.
Letakkan beg dalam mesin basuh anda dengan pakaian kotor anda, dan jalankan kitaran anda seperti biasa.
Guna semula beg untuk mencuci pakaian sehingga benih mula jatuh selain kelihatan kelabu sedikit.

Satu beg 5-8 kacang biasanya saya guna agak lama, dalam sebulan atau lebih. Memang saya lebih suka kaedah ini kerana tidak ada apa-apa kerja tambahan, dan kacang seolah-olah bertahan lebih lama daripada jika saya menggunakan mereka untuk membuat cecair pekat. Walau bagaimanapun , cecair pekat mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada hanya sebagai detergen dobi, jadi saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat cecair pencuci kacang sabun



Bagaimana Membuat Sabun Cecair Kacang Sabun

Jika anda benar-benar berasa domestik, anda sebenarnya boleh menggunakan kacang sabun untuk membuat cecair yang anda boleh gunakan untuk tujuan pembersihan pelbagai perkara selain mendobi

Arahan:

Letakkan 8 kacang sabun (tanpa biji) di dalam bag kain ke dalam 4-5 cawan air di dalam periuk.
Biarkan air dan sabun kacang diatas api hingga mendidih.
Perlahankan api dan reneh selama kira-kira 20 minit.
Angkat dari dapur dan biarkan sejuk.
Selepas ia sejuk, keluarkan beg dan menggunakan tangan anda untuk memerah sabun berlebihan daripada beg. Ini mewujudkan banyak sabun.
Bilas beg ke dalam periuk dan memerah lagi. Ulangi proses ini sehingga beg tidak lagi bersabun.
Sekarang anda mempunyai jumlah sabun cecai yang pekat. Bergantung kepada kepekatan yang anda mahu, anda boleh menggunakan 3-5 sudu untuk mendobi.


Kalau tak nak letak dalam bag pun tak apa, boleh guna kaedah di bawah, tapi pada saya lebih senang rebus dgn bag kain sekali






Cara menyimpan enyimpan Sabun Kacang

Sabun Kacang adalah buah-buahan semula jadi, sentiasa membuat kuantiti yang kecil untuk memastikan supaya ia segar. Sabun Kacang Cecair boleh disimpan selama 1 hingga 2 minggu. Untuk menyimpan lebih lama, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Tetapi jangan lupa untuk label secara BESAR dan JELAS!



Ini juga boleh digunakan sebagai pembersih permukaan, syampu dan cecair mandian badan, dan untuk lain-lain pelbagai menggunakan Ia hanya sabun cecair, jadi kemungkinan tidak berkesudahan

Tetapi Adakah Mereka Benar-benar Berfungsi?

Setahun dulu semasa Mimi kena eczema saya macam tak berapa percaya. Tetapi lebih mencuba memang betul. Mudah. Murah dan memang selamat. Kawan-kawan yang tahu pun memang kata begitu. Kos memang menjimatkan.


Tuesday, March 19, 2013

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 untuk 2014 dan 2015




Seperti yang anda sedia maklum, pendaftaran untuk anak-anak yang lahir pada 2007 dan 2008 sudah pun di buka seperti berikut:

Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )
2. 02.01.2008 – 01.01.2009 ( Sesi Persekolahan 2015 )

PERHATIAN 
JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2007 ANAK MASUK SESSI DARJAH  PADA 2013 DAN BUKAN PADA 2014

JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2008 ANAK MASUK SESSI DARJAH 1 PADA 2014 DAN BUKAN PADA 2015

Ibubapa yang anak-anaknya terlibat perlu membuat 2 perkara dalam melengkapkan pendaftaran anak-anak anda:

1. Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel.



2. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut berserta dokumen-dokumen dan salinan-salinannya ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah dalam masa 14 HARI DARI TARIKH ANDA MEMBUAT PERMOHONAN DI ATAS TALIAN ATAU ONLINE



BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM ISI BORANG DALAM TALIAN

  • Maklumat sekolah Anak
  • Daerah di mana sekolah pilihan anda berada
  • Kod sekolah dan nama sekolah


Ini saya rasa learning curve yang berguna buat ibubapa macam saya yang ada masalah sikit sebab dekat rumah ni nama sekolah-sekolah yang ada  lebih kurang sama
SK Subang
SK Subang Jaya
SK Sri Subang 

Lepas tu saya pun dah tak berapa ingat SK Subang Jaya tu dalam PPD yang mana satu. So eloklah buat background research dulu ye sebelum nak terjah isi borang online ni. 



SK Subang Jaya dalam PPD Petaling Perdana hehehe


Timbul pula masalah, tak tahu apa kod sekolah....macamana nak pastikan betul ke tak???
Untuk pastikan dapat kod yang sama dengan sekolah yang dipilih  maka bolehlah ke Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan untuk memastikan kod dan butir2 sekolah adalah yang ingin anda pohon






Rasanya lain-lain nak isi semua maklumat agak senang. Selepas anda lengkapkan pendaftaran, akan disuruh print "Slip cetakan daftar permohonan secara Online"

Maklumat Permohonan telah masukkan ke dalam Pangkalan Data Permohonan. Penjaga/ Ibubapa dikehendaki ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan Permohonan, Sila bawa bersama Slip cetakan daftar permohonan secara Online dan dokumen yang berkaitan semasa hendak membuat Perakuan permohonan

So kalau kat rumah tak ada printer, boleh sahaja save as PDF masa nak print tu. Caranya berikut. Tekan print dan pada tempat "Destination" to tick "Save as PDF"



Anda juga akan mendapat email bagi arahan seterusnya :


Sila buat perakuan PerMOHONan Pendaftaran di sekolah dimana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran 

CARA MEMBUAT PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN
Yang ini anda kena pergi ke sekolah anak tersebut. Bawa dokumen-dokumen penting dan beberapa perkara yang disebut dibawah

Sila bawa bersama:
1. Sijil kelahiran atau sijil Anak Angkat (asal dan salinan)
2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik atau bil air)
3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4. Sijil Nikah /Pendaftaran Perkahwinan / Hak penjagaan anak (asal dan salinan)
5. Sampul surat PUTIH besetem 60 SEN bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)

Bagus juga jika anda call sekolah tanya MASA untuk serahan dokumen ni semua dari bila hingga bila (waktunya) jadi boleh la anda ambil time slip atau cuti untuk uruskan.

Tips masa di sekolah :
Kerani akan chop no pendaftaran di belakang surat beranak
Saya tak bawa sampul surat tu sebab masa print out borang tak ada sebut, so kerani kata nanti boleh datang balik bawa dan tulis no pendaftaran kat sudut bawah sebelah kanan sampul
Apabila sudah diserahkan, kerani suruh saya isi satu lagi borang di sekolah. Nasib baik bawa business card suami sebab borang yang itu perlukan maklumat tempat kerja dan no telefon pejabat.



Tips-tips lain:
Kalau ada mykid, photocopy je dua-dua mykid dan surat beranak
Harap simpan id dan katalaluan anda dengan baik untuk kegunaan semakan kelak.

Di sebabkan Syasya akan bersekolah pada sessi 2015 maka maklumat-maklumat lain adalah seperti berikut:

  1. Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2014 
  2. Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2014 hingga 30 Ogos 2014 
  3. Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2014 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon. 
  4. Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2014 
  5. sila layari url berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel

Pendaftaran dan langkah-langkah ini semua tak menjaminkan anda akan dapat tempat di sekolah pilihan anda tau. Jadi eloklah senantiasa on your toes on tarikh-tarikh yang diberikan dalam email yang anda dapat. Saya buat 2 tahun sebelum Syasya masuk darjah satu. Infact dah tahu benda ni dari last 2 years pun saya rasa ada juga benda tak lengkap (lupa bawa sampul surat)

Harap panduan ni membantu sedikit sebanyak. Saya ni stayathome mother, banyak masa nak ke hulu ke hilir, bagi anda ibu yang berkerja, frust juga kan kalau kena ulangalik dua tiga kali ambik cuti :)

Selamat mendaftar!

Friday, March 08, 2013

Berdialog dengan Jin dalam Bahasa Inggeris - WHAT ARE YOU GOING TO SAY TO ALLAH OH JIN???

Subhanallah!! Video ni betul-betul membuatkan saya KUAT dalam keyakinan saya bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan setiap jenis MAKHLUK walau JIN SEKALIPUN perlu TAKUT padanya Hebat - betullah la kata husband, Jin pun tahu pasal technology dan tak mustahil mereka pun ada FACEBOOK yik!!!!!!!! Tengok video sampai habis ye huhuhu

 

Thursday, February 07, 2013

Kerja Gila - Eksperimentasi Rice Cooker Cake


Akhirnya berjaya mendapat aduanan dan teknik yang betul untuk Rice Cooker Cake. Puas juga buat research dan rujuk sana sini. Nasib baik tak ada kek yang masuk dalam tong sampah hehehe

Mesti jiran saya pelik, rajin bebenor saya buat kek seminggu dua ni kan. Yang best - Mak Mentua dan Sister In Law pun puji sedap - kembaaaaaang semangkuk hehehe


untuk resipi Rice Cooker Cake yang Gebu sila ke blog masakan saya di sini

Wednesday, February 06, 2013

Seorang lagi doktor pakar perbidanan di siasat


click image to enlarge

Ingat tak beberapa ketika dahulu kita dikejutkan dengan penulisan seorang OB-GYN tempatan yang bertajuk ‘Notes for the O&G patient’ yang bertarikh 19 Oktober 2012 berupa penulisan yang berunsur complaint terhadap patient-patient yang pernah di temuinya.

Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian...hurmm...

Seorang doktor di Hospital Mercy St Louis, Missouri juga sedang disiasat kerana mengepos aduan tentang pesakit di Facebook. Walaupun tidak sekasar penulis ‘Notes for the O&G patient’, namun tindakannya yang kemudian di balas dengan comment2 yang seolah-olah mengutuk patient tersebut amatlah menunjukkan etika yang tidak sepatutnya


Status Facebook OB-GYN ini berbunyi "Jadi saya mempunyai seorang pesakit yang telah dipilih untuk sama ada tidak menunjukkan-dirinya atau sengaja lewat (kadang-kadang berjam-jam) untuk lawatan pranatal beliau, ultrasounds dan NSTs. Beliau sekarang 3 jam lewat untuk induksi beliau. Apa kata kalau saya pulak muncul lewat kepada kelahiran beliau?"

Selepas beberapa komen, doktor tersebut diikuti menulis, "sebab mengapa saya tahan je sebab dia pernah mengalami kelahiran still birth"

Doktor tersebut mendapat kencaman hebat di beberapa laman social termasuk sebuah laman facebook tempat doktor tersebut bekerja (Mercy Moms To Be - STL)

Ramai sahaja yang mahu doktor tersebut  dipecat, manakala yang lain mempertahankan beliau, mengatakan bahawa beliau masih seorang doktor yang baik. Kakitangan pematuhan privasi hospital menyatakan bahawa komen doktor tidak melanggar undang-undang privasi, tetapi mereka beranggapan sesungguhnya ia amat tidak sesuai. Hospital Mercy memohon maaf atas insiden tersebut, walaupun tidak mengulas mengenai tindakan tatatertib, mereka menegaskan bahawa mereka akan mengukuhkan piawaian etika pekerja mereka


p/s sometimes its better to "mengadu" pada Allah SWT sahaja :)

Friday, January 04, 2013

Dzul Iman Smart Khalifah Centre SS14 Subang Jaya - Syasya mula bersekolah

catatan tergendala...ini cerita semalam :)


Akhirnya Syasya bersekolah juga. Jadi hari ini merupakan satu lagi peristiwa penting dalam kehidupan anak kedua saya - A'aesyah Marissa. Dia secara rasminya menghadiri prasekolah pada usia 5 tahun. Mengapa saya ditangguhkan? Syasya memiliki ciri-ciri sindrom Asperger dan saya tidak yakin pada usia 4 tahun adalah umur yang baik untuk dia memahami dan menangi kebimbangan pemisahan. Dalam masa setahun ini, kami telah melakukan banyak campur tangan dari segi diet dan kelihatan hasilnya sangat baik. Saya telah banyak belajar pada tahun lepas bagaimana untuk mengendalikan serta mengurus kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan dan alhamdulillah dengan bimbingan daripada pakar-pakar yang tidak lokek berkongsi pengalaman di dalam beberapa kumpulan sokongan, dia menunjukkan peningkatan besar dari segi "tantrum" dan perkembangannya.

Tantrums beliau sudah agak  minimum. Beliau mengendalikan kebimbangan pemisahan dengan sangat baik sekarang. Kalau tidak dulunya, asal suami pergi ke tempat kerja atau ibubapa saya balik, maka berguling-gulinglah dia di porch kami atau di ruang tamu kami. Saya mengakui bahawa dia berfikir dalam bentuk gambaran, dan menjadi ini sesuatu yang positif dengan lebih banyak menggunakan gambaran dalam bentuk flashcard digital dan facebook sebagai contohnya untuk dia mengenal ahli keluarga. Status ekonomi kami tidak membenarkan banyak campur tangan bantuan doktor BioMed atau OT seperti yang kami inginkan, jadi saya terpaksa menggunakan apa jua cara secara kreatif. Saban hari saya memang kadang-kadang mengurangkan masa tidur semata-mata untuk melayari internet untuk membaca apa sahaja bahan ilmiah yang berkaitan untuk membantu Syasya. Jadi apa-apa bahan rujukan sebagai panduan campur tangan ibubapa pada tingkah laku dan bioperubatan atau mana-mana yang boleh dilaksanakan bersama-sama - samada saya membeli dalam talian jika ianya murah atau mendapatkannya secara FOC dari bantuan rakan-rakan yang sama berjuang. Malah saya sangat gembira bertemu dengan Daniel Zain seorang bapa yang sangat aktif dalam perjuangan membantu anak autismenya. Saya juga sedang mendalami kaedah ABA dengan membuat seberapa banyak rujukan hasil dari tunjuk ajar Daniel dalam kumpulan sokongannya.

Malah ini dapat juga sedikit sebanyak merawat kekecewaan apabila melihat temujanji pediatrik psikiatri pediatrik biasanya 6 bulan sekali. Maksud saya, saya boleh melakukan banyak benda dalam beberapa jam yang pakar boleh buat hanya untuk satu temujanji selama 6 bulan sekali itu. Saya tidak mahu menjadi seperti itik duduk menunggu bulan yang tak jatuh ke riba. Yelah, kalau pungguk tu duduk bertengek kat atas dahan tinggi, jatuhnya lebih cepat kan :P

Paling menarik apabila DH mengumumkan terpaksa ke Pulau Pinang untuk urusan syarikat maka ini bermakna saya perlu mengendalikan hari pertama Syasya di prasekolah dan dua orang lagi anak saya secara bersendirian. Ia juga bermakna saya terpaksa menukar semua rancangan pemakanan untuk minggu itu (kerana biasanya DH akan memberikan saya beberapa malam untuk berehat tidak perlu memasak makan malam kecuali untuk makan malam Mimi sahaja. Pemergiannya bermakna saya terpaksa menyediakan Sarapan Pagi , Makan Tengahari dan Makan Malam termasuk snek di antaranya untuk masa kami berjauhan ini)

Pertukaran perangan sebegini tidak menyeronokkan, kerana memerlukan saya merancang hidangan yang menggabungkan sarapan pagi dan makan tengah hari atau makan tengah hari dan makan malam. Snek akan terhad kepada perkara-perkara yang sangat mudah seperti buah-buahan dan jus sayur /  buah-buahan sahaja. Jadi kami terpaksa juga ke TESCO malam sebelumnya DH bertolak.

Saya merancang untuk sarapan pagi dan makan tengah hari - lontong manakala makan malam saya hanya akan rebus pasta dan panaskan sos pasta (biasanya saya buat dalam "batch" yang banyak dan freeze) Saya rasa sardin hanya kelemahan saya sekarang dari segi makanan tin. Kami dah banyak kurang makan makanan dalam tin. Syasya sukakan sarapan sandwich sardin dan saya merancang menu ni untuk sarapan pada hari kedua nanti. Inti sardin saya biasanya saya ambil sardin sahaja, saya tumis dengan banyak bawang.

Saya bangun pada jam 5 pagi, lebih awal daripada biasa kerana Aliya pada sesi petang sekarang. Saya bangun awal pun sebab DH perlu untuk bertolak ke Pulau Pinang seawal jam 6 pagi. Segala-galanya dimasak dengan pantas kerana saya sudah membuat sedikit bersediaan malam sebelumnya. Maka DH pun bertolak ke Pulau Mutiara dengan  secawan Kopi Jantan seperti yang dipesannya

Mimi bangun pada pukul 6 pagi secara semulajadi untuk 'stok susu ibunya' dan Syasya biasanya merasakan bahawa Aliya tiada di sisi beliau kerana bangun untuk solat subuh, terus sahaja sudah terpacak di depan kamar mandi pada waktu yang sama. Saya mandikan, dan terus pakaikan baju lain dahulu untuk dia bersarapan. Alhamdulillah ada selera yang baik - siap buat pengumuman "Syasya dah habiskan semua lobak dan sayur ye Mama". Terubat sedikit kebimbangan saya kerana moodnya bertukar angin sedikit apabila saya suruh pakai pakaian biasa dahulu kerana takut terkotor pula ketika bersarapan nanti. Seterusnya kami bersiap dan bertolak dari rumah pada jam 8:00 pagi. Perjalanan ke sekolah Syasya mengambil masa 10 ke 15 minit dan ianya terletak bertentangan dengan sekolah Aliya. Maka berempatlah kami, seronok menuju ke sekolah Dzul Iman Smart Khalifah.

Ketika membuat pilihan dahulu saya memang telah ke Smart Reader sebenarnya. Tapi entah, Allah tidak beratkan hati saya untuk hantar dia ke sana walaupun saya hendak dia belajar bahasa mandarin. Alhamdulillah rupanya cawangan ss14 ini baru sahaja dibuka - maka kami rasa sangat "langkah kanan". Apatah lagi seorang teman berkata, guru-guru disitu didedahkan kepada ajaran Ustazah Siti Khadijah yang terkenal dengan "Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad"

Prasekolah Dzul Iman Smart Khalifah. adalah program tadika yang ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan keseluruhan anak-anak kita. Mereka menggunakan Kaedah Khalifah, mereka percaya dalam pendekatan pengajaran yang positif di mana ganjaran adalah perkataan yang banyak dan perkara negatif dikurangkan. Kaedah ini telah terbukti untuk membuat perbezaan menjadi lebih baik dalam watak kanak-kanak dan semangat mereka ke arah pembelajaran.

Kanak-kanak akan belajar untuk menghargai hubungan istimewa mereka dengan Allah, Tuhan Dunia. Sebagai penghormatan sebagai Khalifah-Nya, mereka akan mempunyai keberanian untuk membawa diri mereka dan orang lain ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat. Mensasarkan dalaman kanak-kanak kaedah pengajaran memberi kuasa kepada mereka untuk berfikir dan membuat pilihan yang tepat diri! Memupuk Pemikir, Mencipta Pemimpin!

Saya sukakan banner seperti di bawah ini ketika kita memasuki perkarangan sekolah:

 




Aliya dan Mimi pagi itu dan Mimi nampaknya sudah bersedia juga cuma tak cukup umur lagi.


Ini adalah kawasan pendaftaran di mana kami mengambil tag nama dan tag bag Syasya dan sedikit "hadiah"


Ibu bapa juga ditawarkan sarapan Nasi Lemak daun pisang dengan teh panas yang segar sementara menunggu - ini merupakan ide yang sangat memberangsangkan dan bernas


Kebanyakan kanak-kanak telah tiba terlebih dahulu daripada kami semasa kami sampai di sana


Berikut adalah arahan umum untuk hari pertama. Pusat ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran. DH sangat senang begini. Dia memang mahu suasa pembelajaran begini, bidang agama namun penyampaian dalam Bahasa Inggeris.



Syasya agak tinggi bagi umur beliau, jadi saya rasa dia seperti kakak dan diri saya sendiri, kalau beratur mesti yang duduk di belakang. Tidak apalah.Dia agak yakin dan saya sangat gembira dia tidak mempunyai kebimbangan pemisahan seperti kanak-kanak lain yang saya lihat.

Terdapat 3 Ustazah untuk pusat ini buat masa ini, Ustazah Kam, Ustazah Lina dan Ustazah Zahrah.


Saya juga gembira untuk bertemu seorang lagi rakan Facebook saya yang mempunyai seorang anak E (Ekzema) - Sharzwin Azmi. Uwais anaknya dan anak perempuan Zinniera pergi ke ini prasekolah ini. Dia adalah wanita berniqab di dalam gambar di bawah ini, yang dilihat pada sudut kiri bersama seorang gadis kecil yang membelakangi kita, itulah Zinniera :)


Ya saya masih tidak gagal untuk bertemu rakan-rakan facebook saya di mana-mana saya pergi sekarang - he he he

Saya meninggalkan Syasya pada pukul 9 pagi dan memberitahunya saya telah pulang ke rumah dan akan datang semula untuk jemputlah beliau lagi. Pada mulanya dia agak keliru dan berkata "huh??" dengan air muka kosong yang sangat terkesan di wajahnya. Setelah saya pujuk dan berkata, dia sudah bersekolah sekarang dan perlu duduk di sekolah seketika, dia nampak tenang. Kami meneruskan urusan ke sekolah Aliya untuk membeli beberapa bekalan alat tulisnya dan buka nota jota.

Apabila saya datang untuk mengambil beliau pada waktu tengah hari, dia tidak mahu pulang. Sepanjang perjalanan pulang merungut tidak mahu balik ke rumah dan mahu tidur di sekolah. Saya boleh melihat dia benar-benar tidak berpuas hati untuk meninggalkan sekolah kerana setiap pertanyaan saya (apa yang beliau lalukan di sekolah) hanya di balas dengan "tak tahu...."

Kemudian pada jam 3 petang, dia datang perlahan-lahan kepada saya untuk memberitahu saya bahawa beberapa gadis telah mengusik dia kerana dia "tidak menutup aurat". Saya salahkan diri sendiri kerana tidak menjadi kreatif dan bergantung terlalu banyak kepada sekolah, dan berharap untuk mendapatkan pakaian seragam dia siap menjelang hari pertama. Sepatutnya saya bawa tudung spare. Mesti membuat nota mental untuk pastikan dia kelihatan lebih segak dari hari ini. Anak-anak Aspie memang sangat mudah tersentuh perasaannya jika dia berasa dia berlainan daripada orang lain.