Seperti yang anda sedia maklum, pendaftaran untuk anak-anak yang lahir pada 2007 dan 2008 sudah pun di buka seperti berikut:
Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )
2. 02.01.2008 – 01.01.2009 ( Sesi Persekolahan 2015 )
PERHATIAN
JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2007 ANAK MASUK SESSI DARJAH PADA 2013 DAN BUKAN PADA 2014JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2008 ANAK MASUK SESSI DARJAH 1 PADA 2014 DAN BUKAN PADA 2015
Ibubapa yang anak-anaknya terlibat perlu membuat 2 perkara dalam melengkapkan pendaftaran anak-anak anda:
1. Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel.
2. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut berserta dokumen-dokumen dan salinan-salinannya ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah dalam masa 14 HARI DARI TARIKH ANDA MEMBUAT PERMOHONAN DI ATAS TALIAN ATAU ONLINE
BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM ISI BORANG DALAM TALIAN
- Maklumat sekolah Anak
- Daerah di mana sekolah pilihan anda berada
- Kod sekolah dan nama sekolah
Ini saya rasa learning curve yang berguna buat ibubapa macam saya yang ada masalah sikit sebab dekat rumah ni nama sekolah-sekolah yang ada lebih kurang sama
SK Subang
SK Subang Jaya
SK Sri Subang
Lepas tu saya pun dah tak berapa ingat SK Subang Jaya tu dalam PPD yang mana satu. So eloklah buat background research dulu ye sebelum nak terjah isi borang online ni.
SK Subang Jaya dalam PPD Petaling Perdana hehehe
Timbul pula masalah, tak tahu apa kod sekolah....macamana nak pastikan betul ke tak???
Untuk pastikan dapat kod yang sama dengan sekolah yang dipilih maka bolehlah ke Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan untuk memastikan kod dan butir2 sekolah adalah yang ingin anda pohon
Rasanya lain-lain nak isi semua maklumat agak senang. Selepas anda lengkapkan pendaftaran, akan disuruh print "Slip cetakan daftar permohonan secara Online"
Maklumat Permohonan telah masukkan ke dalam Pangkalan Data Permohonan. Penjaga/ Ibubapa dikehendaki ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan Permohonan, Sila bawa bersama Slip cetakan daftar permohonan secara Online dan dokumen yang berkaitan semasa hendak membuat Perakuan permohonan
So kalau kat rumah tak ada printer, boleh sahaja save as PDF masa nak print tu. Caranya berikut. Tekan print dan pada tempat "Destination" to tick "Save as PDF"
Anda juga akan mendapat email bagi arahan seterusnya :
Sila buat perakuan PerMOHONan Pendaftaran di sekolah dimana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran
CARA MEMBUAT PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN
Yang ini anda kena pergi ke sekolah anak tersebut. Bawa dokumen-dokumen penting dan beberapa perkara yang disebut dibawah
Sila bawa bersama:
1. Sijil kelahiran atau sijil Anak Angkat (asal dan salinan)
2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik atau bil air)
3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4. Sijil Nikah /Pendaftaran Perkahwinan / Hak penjagaan anak (asal dan salinan)
5. Sampul surat PUTIH besetem 60 SEN bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)
Bagus juga jika anda call sekolah tanya MASA untuk serahan dokumen ni semua dari bila hingga bila (waktunya) jadi boleh la anda ambil time slip atau cuti untuk uruskan.
Tips masa di sekolah :
Kerani akan chop no pendaftaran di belakang surat beranak
Saya tak bawa sampul surat tu sebab masa print out borang tak ada sebut, so kerani kata nanti boleh datang balik bawa dan tulis no pendaftaran kat sudut bawah sebelah kanan sampul
Apabila sudah diserahkan, kerani suruh saya isi satu lagi borang di sekolah. Nasib baik bawa business card suami sebab borang yang itu perlukan maklumat tempat kerja dan no telefon pejabat.
Tips-tips lain:
Kalau ada mykid, photocopy je dua-dua mykid dan surat beranak
Harap simpan id dan katalaluan anda dengan baik untuk kegunaan semakan kelak.
Di sebabkan Syasya akan bersekolah pada sessi 2015 maka maklumat-maklumat lain adalah seperti berikut:
- Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2014
- Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2014 hingga 30 Ogos 2014
- Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2014 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon.
- Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2014
- sila layari url berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel
Pendaftaran dan langkah-langkah ini semua tak menjaminkan anda akan dapat tempat di sekolah pilihan anda tau. Jadi eloklah senantiasa on your toes on tarikh-tarikh yang diberikan dalam email yang anda dapat. Saya buat 2 tahun sebelum Syasya masuk darjah satu. Infact dah tahu benda ni dari last 2 years pun saya rasa ada juga benda tak lengkap (lupa bawa sampul surat)
Harap panduan ni membantu sedikit sebanyak. Saya ni stayathome mother, banyak masa nak ke hulu ke hilir, bagi anda ibu yang berkerja, frust juga kan kalau kena ulangalik dua tiga kali ambik cuti :)
Selamat mendaftar!
Salam, info ini sangat membantu. Terima kasih. Sekiranya kita terlupa/x sempat utk mendaftar di sekolah dlm masa 14 hari slps pendaftaran online/talian dibuat, adakah permohonan kita terbatal? Adakah kita harus memohon semula?
ReplyDeleteBuat pengesahan kena ke sekolah ke?...
ReplyDelete