Wednesday, February 06, 2013

Seorang lagi doktor pakar perbidanan di siasat


click image to enlarge

Ingat tak beberapa ketika dahulu kita dikejutkan dengan penulisan seorang OB-GYN tempatan yang bertajuk ‘Notes for the O&G patient’ yang bertarikh 19 Oktober 2012 berupa penulisan yang berunsur complaint terhadap patient-patient yang pernah di temuinya.

Nampaknya bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian...hurmm...

Seorang doktor di Hospital Mercy St Louis, Missouri juga sedang disiasat kerana mengepos aduan tentang pesakit di Facebook. Walaupun tidak sekasar penulis ‘Notes for the O&G patient’, namun tindakannya yang kemudian di balas dengan comment2 yang seolah-olah mengutuk patient tersebut amatlah menunjukkan etika yang tidak sepatutnya


Status Facebook OB-GYN ini berbunyi "Jadi saya mempunyai seorang pesakit yang telah dipilih untuk sama ada tidak menunjukkan-dirinya atau sengaja lewat (kadang-kadang berjam-jam) untuk lawatan pranatal beliau, ultrasounds dan NSTs. Beliau sekarang 3 jam lewat untuk induksi beliau. Apa kata kalau saya pulak muncul lewat kepada kelahiran beliau?"

Selepas beberapa komen, doktor tersebut diikuti menulis, "sebab mengapa saya tahan je sebab dia pernah mengalami kelahiran still birth"

Doktor tersebut mendapat kencaman hebat di beberapa laman social termasuk sebuah laman facebook tempat doktor tersebut bekerja (Mercy Moms To Be - STL)

Ramai sahaja yang mahu doktor tersebut  dipecat, manakala yang lain mempertahankan beliau, mengatakan bahawa beliau masih seorang doktor yang baik. Kakitangan pematuhan privasi hospital menyatakan bahawa komen doktor tidak melanggar undang-undang privasi, tetapi mereka beranggapan sesungguhnya ia amat tidak sesuai. Hospital Mercy memohon maaf atas insiden tersebut, walaupun tidak mengulas mengenai tindakan tatatertib, mereka menegaskan bahawa mereka akan mengukuhkan piawaian etika pekerja mereka


p/s sometimes its better to "mengadu" pada Allah SWT sahaja :)

1 comment:

  1. Setuju sangat, mengadu kepada yang MAHA MENGETAHUI jela sebab lain orang lain pahaman, kadang-kadang sekadar mengeluh nak hilangkan rasa marah, tekanan atau penat tapi end up yg xdisangka-sangka kerana perbuatan bersangka-sangka..haiishh.

    ReplyDelete