Seronok sebab apa??? Of course balik kampung la apa lagi???
Abah mesti sibuk sebab tahun ni dia pengerusi AJK Masjid Simpang tuh...
Tapi Abah terror bab tumbangkan lembu. Oh tiap kali I ingat tu, I teringat parang dia. Ntah mana dia tempah. Ada satu kecik je buat lapah daging..hari tu memandai pergi guna buat kopek bawang, sekali tersentuh sikit..pergh luka cam hape.
Seronokla sebab Syasya akan menyibuk nak jumpa Oyang dia he he he
Tapi entah mengapa, masih dirasakan hambar sambutan menyambut sedangkan Hari Raya inilah yang patut kita sebagai seorang umat Islam gembira dengan kedatangannya. Maybe la kut, just perasaan I sebab tak ramai nak komen kat status Facebook "seronoknya nak sambut Raya Haji"
Adakah sebab erti korban itu sendiri semacam sesuatu yang berat???
"berkorban apa saja...harta ataupun nyawa..."
Tapi pada I, rasanya korban bukan hanya pada nyawa...
Tiap kali datangnya 10 Zulhijjah mesti teringat Abah dan Mama pergi haji. Muda sungguh mereka tunaikan kewajipan. Bayangkan I baru sahaja Form 3. Tapi itulah "pengorbanan" yang paling besar mereka buat pada usia yang muda. Tinggalkan anak-anak yang masih terlalu anak-anak untuk berdikari...
Then I akan teringat my Abah pergi haji lagi pada 2003, "berkorban" lah my Mama kena tinggal sebab kali ini dia pergi sendiri. Sakit pening...tak ada siapa nak jenguk. Tapi mungkin Abah rasa, biarlah aku "berkorban" duit yang lebih dari pergi melancong ke sana sini...pergi haji kali kedua :)))
Next, korban untuk membesarkan Aliya sensorang...
Korban terpaksa tinggalkan dia di bawah jagaan my parents while I mengharungi Kuala Lumpur seorang diri demi sesuap nasi buat anak sulong I...
oh...terlalu sedih nak ingat...korang baca sini je la eh...
dan I tahu anak sulong I ni pendam banyak benda...banyak yang dia terpaksa berkorban termasuklah berkorban kasih sayang dan berkongsi Mama dia dengan adik dia...kadang-kadang I sendiri pun tak percaya dia boleh sabar sangat dengan karenah adik dia yang LASAK tu.
2008 - terpaksa berkorban nyawa nak lahirkan Syasya.
3.00pm
Anestheologist "You cant remember which L the operation was done ya?"
QM "Maybe L5 or L4...am not sure but its a microdisectomy for my slip disc"
Anestheologist "OK. I bukan nak takutkan you...but I have to tell you the truth here to avoid any miscommunication later on. With you condition, it is a bit difficult to say at this point of time if the Epidural will work (go through) due to the surgery you had before. If RA (regional Anesthetic) doesn't then we have to do GA (General Anesthetic) but it is a huge risk to yourself and your baby"
QM telan airliur DH muka pucat QM tengok DH
DH "Is there any other options?"
Anestheologist "I'm afraid not"
DH terdiam
QM "Doctor...I will take whatever risk it takes to have this baby"
Anestheologist holds shoulder and say "Dont worry you are in good hands"
Dipetik dari posting ini
4 February 2009
Ramai yang lupa...(maybe kesan dari Caesar) I jadi temporary lumpuh dan spinal specialist diagnosed me with DDD (Degenarative Disc Disease). I memang ada Slip Disc...tapi maybe setelah sekian lama...disc I "bocor"... Terpaksa berkorban tinggalkan Syasya yang masih baby dalam jagaan Opah dia..
gambar dari posting I ~ Living in Pain
Which leads us to March 2009..
I berkorban demi membesarkan anak-anak I...
I quit my 4 figure job remember I tulis kat sini ??
Sebab selalu sangat sakit...
Duduk rumah dan ofis ku ceruk dapur...
Nak beli itu ini gigit jari
Banyak berlaukkan airmata...
Tapi demi anak-anak, demi kesihatan I...I berkorban
Dan tahun ini, 3 bulan selepas mendapat tahu my girls tu nak dapat "kawan" lagi sorang...
I was diagnosed with GDM. Duduk spital lagi...
Dan dalam I preggy dan punya problem...Syasya pulak 1st time kena bawak pergi hospital sebab demam seminggu tak baik-baik...
Selsema pun jarang..tetiba budak ni lembik..hati mak mana yang tak sedih..tapi I kena gak kuatkan diri dalam keadaan diri I sendiri tak mengizinkan..itu korban kan???
So bila baca balik list I ni, rasanya macam-macam jenis korban seorang SAHM like me pernah buat kan? Tapi bila kita lihat dari sudut lain..orang lain pun terpaksa berkorban..
Dan ternyata kita takkan FAHAM erti pengorbanan itu kalau kita tak kembali pada ASAL mengapa umat Islam menyambut Aidil Adha.
Ibadat korban dilakukan sebagai mengingati peristiwa pengorbanan agung pernah dilakukan seorang bapa, Nabi Ibrahim a.s serta anaknya Nabi Ismail a.s selepas mendapat perintah Allah s.w.t untuk melakukan perkara yang amat mustahil dilakukan manusia biasa.
Bagi umat Islam, ibadat haji adalah lambang pengorbanan agung pernah dianugerahkan kepada manusia. Ia merujuk kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam mendirikan rumah ibadah yang tertua sekali dalam sejarah manusia.
Walaupun pengorbanan jemaah haji dalam ibadat ini tidaklah menyamai tahap rasul dan nabi terdahulu namun mereka ditawarkan Allah s.w.t. keampunan seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barang siapa mengerjakan haji dan dia tidak mencampurkannya dengan perkara lain (pada waktu terlarang) serta tidak berbuat maksiat, maka dia akan kembali seperti pada saat dilahirkan oleh ibunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi Ibrahim diperintahkan supaya membina Kaabah di tengah gurun pasir yang tidak pernah didiami manusia sebelum ini.
Peristiwa terbesar pengorbanan itu dinyatakan Allah s.w.t di dalam surah as-Saafaat ayat 102-109 yang maksudnya: "Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: 'Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: 'Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.'"
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim a.s merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tanah.
Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim."
Nabi Ibrahim dan anaknya tenang menerima ketentuan dan amanah Allah s.w.t itu daripada terpengaruh dengan dalil akal yang tidak bebas daripada cengkaman hawa nafsu itu. Dengan penuh tawaduk baginda membenamkan mata pisau ke leher anaknya, Ismail.
Semua kerja yang tidak masuk akal ini dilaksanakan demi membuktikan kecintaan serta pengorbanan mereka kepada Allah s.w.t. Hasilnya, Kaabah tegak sebagai rumah ibadat yang agung sehingga menimbulkan perasaan dengki Abrahah yang kemudiannya menghantarkan tentera bergajah bagi memusnahkannya.
Alangkah terkejut dan bersyukurnya Nabi Ibrahim apabila mendapati seekor kibas terbaring menggantikan jasad anaknya, Nabi Ismail.
Demikianlah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan syariat Allah s.w.t. Perjuangan baginda kemudian diteruskan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda terpaksa lari meninggalkan Makkah dan bagi membersihkan tempat suci itu daripada syirik. Pelbagai penderitaan dan halangan dihadapi oleh junjungan nabi sebelum dikurniakan semula rumah ibadat teragung itu kepada Islam.
Peristiwa berkenaan membuktikan mereka yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa saja yang dimiliki semata-mata kerana Allah s.w.t termasuk berkorban masa, wang ringgit, kepentingan diri, tenaga serta fikiran.
Pengorbanan hakiki boleh diistilahkan sebagai bentuk pengorbanan yang dilakukan bukan untuk kepentingan diri, tetapi untuk membahagiakan orang lain meskipun apa jua yang mereka miliki itu lebih bererti untuk dirinya.
Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata roh korban yang diambil daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s itu adalah pengorbanan yang paling tinggi sehingga mengorbankan anak sendiri.
"Ibadah korban yang kita lakukan pada setiap tahun ini bertujuan mahu menzahirkan sunnah (korban) dengan menyembelih binatang empat kaki ini sebagai simbolik kepada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s," katanya.
Kesimpulannya???
"Manusia diuji dengan perkara yang mereka paling sayang iaitu keluarga. Sudah pasti tiada siapa yang sanggup mengorbankan anak mereka sendiri.
Dan mengikut Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ~ Anak-anak yang hebat itu lahir dari ibu-ibu yang di landa keperluan berkorban yang SANGAT hebat!!
...seperti Nabi Ismail itu sendiri yang mana ibunya, Hajar ditinggalkan (dengannya) dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering.
Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Wow!!! Mana tahu ini semua ni???
~ orang pregnant kan kena baca Surah Maryam. Cuba baca tafsirannya...kalau tak mengalir air mata membaca pengorbanan Ibu dan Bapa kita, memanglah kita orang yang hati kering :P
Sangat terharu.......
ReplyDelete