Posting hari ini balik pada bahasa melayu. Eeeek...kenapa?
Mungkin sebab nak rasa close pada para pembaca yang tergoogle dan jumpa posting tentang pregnancy dan GDM atau Gestasi Diabetes Mellitus semasa hamil..atau para pembaca tetap yang memang ingin tahu dengan lebih lanjut.
Posting yang ini memang dah lama tertunggak. GDM masa mengandung memang lebih pada emotional strain dr physical..percayalah. Baik pada DH baik pada diri I sendiri.
So sekarang rasa diri dah stabil sikit dari segala kekalutan ni...baru ada mood nak bercerita
Segalanya bermula bila Jururawat Masyarakat Klinik Medan Maju Jaya menelefon saya pada 18 Jun. Saya sudah menjangka keputusan yang tidak berpihak pada saya.
Kandungan gula/glucose selepas MGTT di dalam darah adalah 9.1.
Nurse suruh buat buat 4bsp (blood sugar profile) secepat mungkin.
DH kena pergi outstation Ahad tu ke Sarawak. Ni lah yg saya kata keadaan menjadi gawat secara emotional. Abah dan Mama sy jadi mangsa terpaksa. Terpaksa tangguh kepulangan mereka dari Perak melawat adik Ipar yg juga mengandung.
Jururawat Masyarakat tu kata saya kena ambik BSP macam ni
1x selepas puasa malam (lepas pukul 10malam tak leh makan)
1x 2 jam lepas makan sarapan
1x 2 jam lepas makan tengahari
1x 2 jam lepas makan malam
Yg lecehnya, klinik tutup pukul 5petang jadi obviously yg 1x 2 jam lepas makan malam kena buat kat luar.
So Isnin tu, lepas hantar Aliya, Abah hantar saya ke klinik. 7.15pagi dah terpacak kat depan klinik. Mama terpaksa baby sit A'aesyah. Tau aja lah kalau dah di klinik ni, tunggu dan tunggu. Lepas ke bilik khas, nurse explain sikit2 dan tukar sticker kat buku pink tu. Rasa cam naik pangkat pulak.
Dia cucuk tangan sikit ambik darah dan buat bacaan kat glucometer. Lepas tu dia catit.
Dia ulang balik arahan Jururawat Masyarakat yg telefon saya sebelum tu. Saya ambik keputusan bacaan 3 dan 4 saya nak buat kt klinik panel suami.
Lepas tu, saya sarapan pada 8.30pagi. Bawak bekal sandwich sebab takut nak makan yg lelain. Melepaslah nasi lemak yg sedap kt depan klinik tu.
Nak tunggu dari 8.30pagi sampai 10.30 pagi tu seksa ya amat. Saya sampai tertidur di suatu sudut ruang menunggu yg agak terpencil sikit. Orang mesti ingat saya ni tak betul.
Jam 10pagi saya telefon Abah bagitau dia boleh ambik saya. Selepas ambik bacaan ke2 saya dah tak sabar nak balik.
Esoknya saya harus ke klinik itu balik berjumpa dengan doktor dan bawak buku pink yang tercatat keputusan 4bsp saya.
...bersambung
No comments:
Post a Comment