Sunday, August 08, 2010

Gestasi Diabetes Mellitus Part 2 : Cucuk...jangan tak Cucuk!

sambungan dari posting sebelumnya...

Keluar sahaja dari bilik doktor pagi berikutnya, saya beritahu suami.

"I kena masuk hospital. Diaorang refer to emergency unit PPUM"

Saya tahu, suami tak suka mendengar berita yang saya sampaikan. Maklum sudah berapa kali saya masuk wad sejak melahirkan A'aesyah.

Tapi saya sebenarnya lebih risau memikirkan saya terpaksa menyusahkan ibu dan ayah lagi. Saya tak pasti berapa lama saya akan masuk wad.

Kerana kesilapan teknikal saya tak jadi masuk wad hari itu juga. Malas saya nak ingat semula kejadian di Triange PPUM. Yang saya pasti, dari maklumat yg diterima dari outpatient, memang salah SN lelaki tu. Eee geram!

PPUM tak la seteruk yg disangkakan. Saya ditempatkan di bilik yg punya 2 katil sahaja. Saat itu saya hanya ingat anak-anak.



Bermulalah adegan mencocok jari saya utk alat glucometer selama 7 kali sehari

1x selepas bangun tidor - puasa
1x 2 jam selepas makan pagi
1x sebelum makan tengahari
1x 2 jam selepas makan tengahari
1x sebelum makan malam
1x 2 jam selepas makan malam
1x sebelum tidor

Hari kedua jari saya sudah sengal, pedih dan kebas, tapi terpaksa saya harungi juga.

Hari kedua juga saya jumpa Dietician dan Nurse Diabetik.

Dietician mengajar perincian pemakanan saya. Pengurusan pemakanan GDM sangat ketat dan dibahagikan kepada berikut

Jumlah keseluruhan 12-13 porsi (portion) karbohidrat

Sarapan
45g atau 3 porsi karbohidrat

Snek pagi
15g atau 1 porsi karbohidrat

Tengahri
45g atau 3 porsi karbohidrat

Snek petang
15g atau 1 porsi karbohidrat

Makan Malam
45g atau 3 porsi karbohidrat

Sebelum tidor
15g atau 1 porsi karbohidrat

*adalah lebih 1 porsi karbohidrat boleh ditambah dimana2 snek.

Ini untuk memastikan saya mendapat kalori yg cukup (2,000 - 2,500 kcal) untuk tumbesaran bagi dan mengurangkan risiko macrosomia (bayi terlalu besar utk umur gestasi atau big baby syndrome)

...bersambung



No comments:

Post a Comment