Wednesday, December 08, 2010

Rabu : 1x seminggu Ujian Blood Sugar Profile (BSP) - oh sengal la jariku :(

Setelah nak dekat 8 bulan lebih, rutin setiap hari rabu ini memang perlu. Malah sebagai salah satu management GDM (diabetes ketika mengandung) ianya WAJIB dibuat setelah saya dimasukkan ke wad di PPUM sekitar bulan Ogos yang lepas (posting disini)


7 kali Blood Sugar Profile.
Menguruskan diabetes semasa kehamilan memerlukan pemantauan yang rapi pada tahap gula darah atau tahap glukosa ibu hamil. - Diabetes & Pregnancy: Control Gestational Diabetes with a Healthy Diet
So hari ni, I nak introduce my Ujian Blood Sugar Profile (BSP) kit dan macamana I buat BSP di rumah.


Sebagai wanita hamil, I menggunakan Optium Xceed kerana hanya mengikut penasihat di Persatuan Diabetik Malaysia, hanya alat mengukur glukos dalam darah ini sahaja yang sesuai untuk wanita mengandung.

Cara-cara mengambil BSP:

Sebelah kiri tu jarum dia, bukak tutup bulat dan masukkan dalam alat nak cucuk. Yang sebelah kanan tu strip nak ukur.


Koyakkan pembalut strip dan anda akan nampak strip. Bahagian yang ada bar code yang akan masuk dalam alat.


Alat nak mencucuk jari...ada dial yang boleh ditukar mengikut kedalaman jarum yang dicucuk, biasanya untuk dewasa no 4 (kalau sakit boleh turunkan lagi ke 3)


Buka cap untuk tukar jarum yang baru (bahagian putih)


Cara nak cucuk, mula-mula tarik bahagian atas alat mencucuk ni..kat tempat ibu jari I tu..


 Tarik ke belakang sampai dengar satu bunyi KLIK, tanda jarum sudah sedia...


Biasanya kalau cucuk jari manis tak sakit :P
tekan untuk keluarkan sedikit darah


Strip yang telah dikoyakkan, masukkan bahagian yang macam bar code tu dalam alat


Alat akan hidup secara automatik, 
tunggu sehingga paparan ini ditunjukkan, kalau tak nanti ERROR



Bila darah dah mengalir, letakkan kat pada bahagian hujung strip...
tunggu sampai dia jadi cam drakula dan hisap darah kita ekekeke


Bacaan akan diberikan dalam masa 5 saat...


Ni bacaan selepas makan 
hmmm ok la jugak, kurang 1mmol/l dari borderline 2 jam lepas makan

Rumit ke tidak, ini adalah keperluan seorang pesakit diabetik...

walaupun anda seorang kanak-kanak


ataupun seekor ANJING!!

3 comments:

  1. humang aii..
    jenuh nak hadap benda ni je 10x sekejap...

    ReplyDelete
  2. nak tanya, kat mana beli test kit bsp tu? how much? i pun GDM..sgt tension tiap2 kali kena buat bsp + review sbb kena skip keje..

    ReplyDelete
  3. I beli dekat Persatuan Diabetis Malaysia di Petaling Jaya. You can check the website here dear
    www.diabetes.org.my

    ReplyDelete