Wednesday, December 08, 2010

Mothers with GDM Malaysia - Keperluan Ujian MGTT ketika hamil (Part 1)

Semalam saya di hampiri hamba Allah yang masih tidak faham perbezaan kencing manis biasa (type 1 dan type 2) dan GDM. Yang masih berfikir, kondisi ini disebabkan apa yang saya makan. Saya seperti mahu sahaja meletak papantanda sebesar-besar dunia dan pampangkan statement di bawah padanya:

"Gestasi Diabetes Melitus (GDM) tidak terjadi kerana apa yang ibu hamil lakukan atau makan. Ianya terjadi kerana ketika kehamilan, badan yang hamil memerlukan insulin tambahan untuk pertumbuhan bayi"

Hormon.
Hormon saya yang menyebabkan kondisi ini berlaku. Bukan apa yang saya buat, bukan apa yang saya makan. Malah saya tidak punya family history penghidap Diabetes dalam keluarga. Kerana "ignorance" orang-orang seperti ini, saya jadi MARAH. Sudah tidak tahu menari, salahkan papan berjongkang-jongkit.

Saya juga jadi amat kasihan pada ibu-ibu yang masih ketakutan melakukan MGTT di Klinik-Klinik kesihatan, Hospital dan sebagainya. Rasa air glukos yang tidak sedap seringkali menghantui perasaan ibu-ibu. Kasihan kerana kurangkannya sokongan tentang ilmu mengapa anda harus melalui MGTT dan akibat GDM masih tidak di dedahkan.

Tahukan anda, perasaan takut lahir dari ignorance - tidak tahu punca dan mengapa dan betapa pentingnya melalui ujian MGTT dalam diary seorang ibu hamil.

Saya sokong jika sekarang ini ibu-ibu perlu mengambil ujian seawal yang mungkin. Dengan sedikit modifikasi pada pemakanan malah tanpa suntikan insulin, mampu mengurangkan banyak risiko yang berkaitan dengan GDM.

APAKAH ITU UJIAN MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta puasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum appointment di klinik.

Pagi keesokan harinya, di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal :  <7.8 mmol/L

gambar dari blog Permata Hati

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. 

Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Bahagian seterusnya :


MENGAPA SAYA PERLU JALANI UJIAN INI?


 

 ********************************************************


 Untuk Maklumat serta Sokongan berkenaan kehamilan dan gejala Gestasi Diabetes Melitus (GDM):




 ********************************************************
Ruangan ini diadakan hanya untuk informasi umum. Penulis tidak bertanggung jawab untuk apa-apa perubahan, kesalahan atau kelalaian dan langsung atau tidak langsung kerosakan atau kerugian apapun yang diderita secara langsung atau tidak langsung oleh setiap orang yang bergantung pada salah satu atau semua informasi, untuk tujuan apapun.

Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.

Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.

No comments:

Post a Comment