Tuesday, May 22, 2012

BFF - FaeYust Maczam

Saya tidak pernah berjumpa dengan wanita wajah penuh keibuan ini.
Melalui 2 kehamilan - salah satunya saya dan keduanya dia - dan kami tidak pernah bertemu secara rasmi di luar daripada facebook. Malah, saya tidak boleh ingat bagaimana kami boleh berkelanan tetapi telah menjadi BFF (Best Friend di Facebook) seperti berkurun-kurun lamanya.

Satu perkara yang saya suka tentang Jamie Oliver Food Revolution day adalah ia benar-benar membawa kita mengenali secara lebih dekat individu yang senantiasa bersama-sama menyokong kita tanpa sebarang sempadan. Saya mula berfikir bahawa Yust (panggilan mesra saya pada dia) tidak dapat hadir atas dasar dia sedang sarat mengandung sekarang.

Tetapi dia tetap hadir. Kami bertemu dan kami berpelukan. Ia adalah seperti suatu kepulangan dari satu perjalanan yang panjang.


Dan dia berbesar hati "menaja" sepasang baju tidur untuk anak-anak saya yang kami gayakan ketika google hang out bersama Jamie Oliver dan other Food Revolutionist - HOW SWEET!!



Farah Rahim is the co founder of the Malaysian REAL FOOD movement; a local support group called "HOMEMADE - Air Tangan Ibu". She also advocates managing asthma, allergies and eczema naturally via NaturalAAE. She's the official Malaysia's ambasador of Jamie Oliver's Food Revolution. When not an activist she's a Stay at Home Mom to 3 girls who loves nothing but good ol' homecooked meals.

No comments:

Post a Comment