Thursday, November 24, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Dah Tua-Tua Kubur Kata Mari Masih Mencuri Juga Ke?
Kisah terjadi kepada one of our neighbourhood peps- Mr S. Kesian jugalah. Yang 'kurang hasam'nya boleh pulak tu ambik dan selamba je guna duit wife Mr S ni untuk bayar barang yang dah dia beli kat Carrefour tu.
Ishk...kut la kan makin tua makin beradab. Tak taulah nak cakap pe!
This is what Mr S said :
On Saturday morning (about 10.10am) my wife dropped her purse inside Carrefour Puchong Utama while working part-time. She only realized it half an hour later while going through the security check. Upon checking the CCTV recording, it showed an elderly man pickup her purse (on the floor behind her) while she was doing her work. The elderly man just pickup and put into his recycle bag and pretend nothing happen when my wife turn around to talk to him. Later at the cashier counter, his (the elderly man) wife, paid for the grocery using money from my wife’s purse!
To-date, the purse is yet to be found. Checking with Carrefour customer service counter – answer negative. What more important to us is the documents – IC, driving license, ATM and ect…
Police report has been made. Attached is the screenshot of the couple coming into Carrefour carrying a red recycle beg.
Hoping someone good Samaritan will return the documents.
Kalau jadi kat korang ape korang buat????
Sunday, November 13, 2011
10 Perkara Yang Perlu di Ambil Perhatian Ketika Kenduri Kahwin
Gambar Hiasan SAHAJA
Ini dari pemerhatian saya - from all the kenduri yang pernah pergi selama ini and also since I pernah tolong my parents handle my brother's wedding. Benda yang selalu terjadi tapi jarang orang mention dan tegur. Since kita nak masuk "musim wedding" ni sesuai sangatlah I kupas issue ni hehehe
1. Memakai pakaian yang sesuai ketika majlis.
Seeloknya pakailah baju kebangsaan yang "sejuk mata memandang". Kalau pakai baju kurung lepas tu boleh nampak corset kat dalam pun tak guna juga ye dak. Especially bila majlis akad nikah di rumah. Pernahlah pergi satu wedding orang agak ada-ada and there was this lady datang pakai a little black number yang macam nak pi clubbing. Tau lah tu malam minggu but still???
"Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan - iloveislam.com"
2. Makanan tidak cukup walaupun majlis belum berakhir.
Biasanya kalau "rewang" (gotong royong) jarang jadi benda-benda macam ini. Cuma kalau katering je. SO - moral of the story, carilah yang BERPENGALAMAN.
"Perkara yang menjadi igauan kepada tuan rumah. Pihak katering adalah wakil tuan rumah didalam penyediaan makanan kepada para tetamu. Dapatkan katerer yang berpengalaman. Pada kami perlu ada kejujuran antara pihak tuan rumah dan katerer untuk mengelakkan daripada masalah ini berlaku - Rasa Mewah Catering"
3. Tidak RSVP pada majlis perkahwinan yang berlangsung di Hotel.
Walaupun bukan amalan, its a good thing untuk jawab balik response card. Sebab kadang-kadang kalau di hotel ni ada seating position. PENTING tuh kena RSVP balik.
4. Tidak ada "floor manager" untuk meja beradap
Floor manager untuk meja beradap amat penting. Ini untuk memastikan tetamu penting yang diraikan tidak terasa "ketinggalan" - yakni, keluarga sebelah family lelaki or perempuan. Seeloknya lepas posing puas-puas kat pelamin, pengantin akan makan beradap. Makan la sekejap, then potong kek. After that boleh la pengantin sambung makan balik (kalau mahu). At this point floor manager akan mengarah penyedia hidangan untuk bahagi-bahagikan kek tu. Aaaa dapatlah merasa kan?
Even hidangan main table pun kalau boleh extend ke tempat tetamu penting yang diraikan dapat merasa. Tak sedap ye dak kalau tetiba ada statement "best le main table makan dessert karamel, kami makan tembikai jer"
Masa my brother's wedding (yang last) me and my SIL jadi "floor manager" untuk meja beradap. Dari sediakan hidangan sampailah making sure semua orang dapat makan kat main area. We even made sure semua tetamu penting yang diraikan dapat rasa the wedding cake - siap tapau lagi hehehe
5. DJ Karaoke harus peka apa lagu yang di mainkan.
Sebenarnya, hiburan semasa majlis perkahwinan juga adalah dibenarkan dalam Islam. Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
(Sumber : Dr Yusof Qaradhawi – Halal dan Haram dalam Islam – Menyanyi Dan Muzik)
Janganlah masa kenduri kawin, orang berkaraoke lagu "jiwang karat" - cukup merimaskan (lagu ala-ala patah hati kecewa kena tinggalkan kekasih) sebab tak meraikan pengantin langsung (Nasib baik lepas tu ada sorang pakcik ni nyanyi lagu ala-ala selamat pengantin baru hehehe)
Nak lagi best, pasang la lagu-lagu dari Maher Zain. Sejuk je hati bila dengar :)
6. Tidak ada "floor manager" untuk khemah kenduri.
Sama juga pentingnya dengan tugas "floor manager" untuk meja beradap. Tugasnya supaya memastikan apa yang berlaku di bawah khemah berjalan lancar. Tak sedap kan kalau tetamu datang nak makan, terkoncoh-koncoh cari cucur nak basuh tangan (sebab cucur atas meja dah PENUH bawah dan KOSONG atasnya) *haih*
Begitu juga, bila orang duduk sahaja, terus dah dapat bunga telur dan hidangan dan sebagainya. Floor manager ni kalau boleh jangan la sorang. Mesti ada dalam at least 2 orang (sorang untuk khemah perempuan sorang untuk khemah lelaki)
7. Hisap rokok di meja makan khemah kenduri
This one, for me memang agak kurang ajar la juga. No need to say more semua dah besar dan should be educated!
8. Penyedia tidak peka pada adab dan tatasusila
This one is more untuk pihak katerer. Ada katerer yang kadang-kadang ambil pelayan tak pakai common sense dan adab. Antara kesalahan yang "tidak menyenangkan" sehingga tidak menjaga hati tetamu ialah
9. Tidak menyediakan lauk yang kurang pedas dan sesuai untuk anak-anak
Ini banyak tempat saya pergi saya cukup rasa terkilan (sebab itu dah serik so bawa bekal just in case) Tetamu yang datang majority mesti bawa anak. Apa salahnya sediakan yang kurang pedas untuk mereka menjamu selera. At least satu hidangan protein dan satu hidangan sayur (ayam goreng & dalca sayur yang kurang pedas). Walaupun kanak-kanak tapi mereka tetap tetamu yang di raikan.
10. Tuan rumah bersalaman tapi paling muka ke tempat lain.
Yang ini pun saya dah jumpa banyak kali. Memang benar kadang-kadang sekali datang satu batallion. Tapi apa salahnya, minta izin "Cik Salmah kejap ye..." - paling salam tetamu no 2. Ya lah tetamu ni macam-macam, ada yang salam, terus pergi makan, ada juga yang maybe dah lama tak jumpa so terus menyembang lama.
Even us as tetamu pun kena faham, tuan rumah busy at this moment so just salam, say congratz and terus cari tempat duduk makan
OK. Hope this was informative. Just my 2 cents. Biasala kan, lain padang lain belalang. So, mesti dah dapat banyak undangan kan? Tapi kalau main undang je through Facebook, kad kawin pun tak ada - camne tu. He He He - read my friend Belle posting here - Korang pegi tak wedding kalo dijemput dengan FB/twitter je?
Wednesday, November 09, 2011
Tuesday, November 08, 2011
Sunday, November 06, 2011
Pengorbanan - Aidil Adha 1432H
Hari raya haji atau hari raya Qurban, mengingatkan kita erti sebenar pengorbanan. Pengorbanan tak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga satu pengorbanan. Di sebalik kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s adalah simbolik kepada pengorbanan. Pengorbanan yang lebih bermakna adalah kerana Allah SWT.
Jadi tahun ini kami bermuhasabah diri - berkorban tidak balik ke kampung. DH kata takut tidak cukup rehat sedangkan kami baru sahaja baik daripada "virus" yang melanda satu keluarga.
Selalunya this time of the year, I memang akan sibuk di dapur, but since we all beraya di SJ sahaja there is no need to masak yang berlebih-lebih (pesan DH).
But we had special buka puasa semalam - I betul-betul maksimum my homemade Hokkien Har Mee (Mee Udang) dengan ketam. Memang licin periuk.
I made cookies for the kids, itupun atas permintaan DH. Dia kata "fun way to eat oats" for him.
I pulak teringin something spicy and buttery with my tea - so I made Snickerdoodles for me & Double Choc Chunk for them
Pagi tu breakfast pun yang biasa-biasa sahaja. Cucur Ayam...
Made a special treat for the kids as well. Ni sebab nak semua orang including Syasya makan yogurt. Ice cream nak, yogurt tak nak hurmmm....tapi yang ni dia bedal habis.
Alhamdulillah, jiran sebelah sangat pemurah...dapatlah juga merasa secara ala kadar lemang dan rendang (gambar seperti yang anda lihat di atas hehehe)
Bila berjauhan dari keluarga ni, ada rasa untuk muhasabah diri di manakah lambang ketaatan kita berbanding Rasul Allah itu. Sejauh mana taatnya kita pada perintah Allah? Adakah kita sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini taat kepada perintah yang telah diperturunkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi tanpa banyak mempersoal dan banyak berdalih?
Justeru eloklah mengingati diri I sendiri dan readers out there, bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini. Mohonlah keampunan di hari raya ini. Gunakan kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik mungkin. Saya dan anda, manusia tak lepas dari lalai dan leka walau hanya seketika. InsyaAllah, moga kita mendapat rahmat daripada-Nya.
Saturday, November 05, 2011
Kami muntah berjemaah : Norwalk Virus atau SRSV - lepas kena memang NO WALK
Actually nak update pasal kitaorang pergi jalan-jalan cari pasal di Penang. Tapi entah macamana memang jadi pasal kan hehehe
Tu la mulut masin kata orang - I suspected kami satu family kena stomach flu although our panel keeps saying its food poisoning, I never think it was. Trying to trace back, banyak benda tak masuk akal, kalau ia pun it was food poisoning. Kenapa hasben yang tak ikut sama tu pun kena juga? Why did Syasya recover earlier than most of us? And why is my father pulak sekarang sakit - since when did food poisoning boleh berjangkit camtu?
OK at this moment in the UK there is an alert for Norwalk virus or SRSV.
- http://www.babyandbump.com/pregnancy-second-trimester/745842-srsv-sickness-bug-uk.html
- http://www.dailymail.co.uk/news/article-96457/Thousands-suffer-UK-swept-stomach-bug.html
Tapi tu kat UK kan, apsal saya kat Malaysia boleh berjangkit? Wait. Mari kita tengok dulu apa dia virus ni.
Apakah itu Norwalk Virus atau SRSV?
Penyakit muntah-muntah musim sejuk ini disebabkan oleh virus berstruktur bulat kecil (SRSV), juga dikenali sebagai virus Norwalk atau Norovirus.
Kehidupan Norovirus adalah di dalam usus dan berpindah dari seorang ke seorang yang lain kerana tahap kebersihan yang rendah selepas menggunakan bilik air - tidak mencuci tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan kemudian menyentuh mengendalikan tandas, kerusi, pemegang pintu dan sebagainya.
Ia juga boleh merebak apabila seseorang muntah dan aerosol kecil yang mengandungi virus memasuki udara.
Gejala penyakit Norwalk Virus atau SRSV
Hanya jumlah yang sangat kecil virus yang diperlukan untuk menyebabkan penyakit dan ia mudah tersebar dalam masyarakat tertutup, seperti hospital, sekolah dan kapal-kapal pelayaran.
Tempoh inkubasi biasanya antara 24 dan 48 jam. Ini diikuti oleh muntah projektile yang teruk dan secara tiba-tiba, cirit-birit dan gejala-gejala demam, selama kira-kira 48 jam.
Rawatan dan pemulihan daripada Norwalk Virus atau SRSV
Walaupun jangkitan yang tidak menyenangkan, ia jarang berbahaya. Tiada rawatan khusus, tetapi banyak berehat dan minum air yang disyorkan. Satu masalah yang lebih besar ialah membasmikan kuman ini sepenuhnya.
Amalan kebersihan yang baik dengan mencuci tangan dengan kerap akan mengurangkan peluang memindahkan jangkitan. Orang dengan virus ini harus tidak bekerja sementara gejala-gejala masih berterusan, selama kira-kira dua hari selepas itu, apabila mereka masih boleh menjangkiti orang lain.
OK - macamana boleh berjangkit kat kami?
It started dengan Syasya. Dalam kereta semasa berhenti di RnR (sebelum Jambatan Sg Perak tu) dia tetiba sahaja muntah laju-laju. Sebelum tu dia ok. Tak pening, tak demam dan tak de cirit birit.
Flashback 24 jam sebelum itu. Sehabis sahaja kenduri kami ke Penang Hill. I takde saspek tempat lain. Situ juga sebab we all duduk dalam train macam LRT tu naik ke atas ada macam-macam manusia dah pegang semua tempat dalam train tu kan. Dan ofcourse la mesti ada PELANCONG dan PELENCUNG yang pernah naik train tu sama. Or sama2 dengan kita ada virus tu masa tu *haih*
Sampai sahaja di atas, I beli kacang putih dan biskut bantal kecil. Syasya makan dengan lahapnye WITHOUT washing her hands *dem*
Mom tak makan.
Aliya tak makan.
I pun tak makan sangat.
Mimi lagilah.
so...back 24 hours later. Berdesup laju muntah dia, kena Aliya sikit. I used Mimi's diaper wipes (anti bacterial so delayed la sikit kut benda tu nak berjangkit kat I huhuhu)
Bila kami sampai Subang Jaya, my husband bawak dia ke klinik. I SPECIFICALLY TOLD HIM, bawak bekas untuk tadah muntah tu but he said, tak apa lah (men!) and dia bawak tuala untuk lap sahaja.
48 hours after Syasya kena dia dah beransur baik - my husband kena (vomit) then Mimi vomit at 1am and followed by Aliya.
I think terus mandikan Mimi and cleaned the vomit (biarlah kembang urat tak pa) I also bathe myself. Stripped down the whole cadar semua baru sambung tidur. I bagi Mimi bf sebab takut dia dehydrate (bab ni kita paling takut kalau anak muntah/cirit) Dia vomit balik tapi tak banyak. I memula nak stop bf kejap, but thought ishk apa pulak, bf la ubat paling mujarab.
NOT ONLY THAT - pagi sebelum bertolak ke Subang Jaya, I had yogurt for breakfast. Habiskan stok sampai tak larat dah! Aliya makan sikit. Mimi of course la no excuse. Syasya langsung tak mahu.
Probiotics, bacteria that are beneficial to a person's health, are recommended during the recovery phase of gastroenteritis. Specifically, live cultures of Lactobacillus acidophilus are said to be effective in soothing the digestive tract and returning the intestinal flora to normal. L. acidophilus is found in live-culture yogurt, as well as in capsule or powder form at health food stores. The use of probiotics is found in folk remedies and has some support in the medical literature. Castor oil packs to the abdomen can reduce inflammation and also reduce spasms or discomfort. (http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Inflammation+of+intestine)So naturally memang perut I terlindung. Mimi pun sama (read about probiotics in breastmilk - http://www.sciencedaily.com/releases/2010/06/100602193326.htm). Aliya sebab dia degil tak mahu habiskan yogurt dia. My mother also had the rest of the yogurt and she takes other supplementary vitamins as well so somehow that might explain why dia sampai sekarang alhamdulillah sihat. My dad - ok memang akan durian runtuh kalau suruh dia makan yogurt huhuhu.
Mind you, my mother memang kena muntah dengan Syasya (she later told me it was so projectile sampai tak nampak anak mata) We owe it to her untuk tidak jadi worse coz Syasya duduk dengan dia di depan supaya tak expose so much to Mimi yang lebih fragile.
My dad was the one who handled Syasya's vomit 3rd time she vomited (after lunch kat RnR) - manalah kita tahu dia nak vomit lagi ingatkan it was car sickness kan : ( So I guess that's how he got the virus : (
OK what we did to recover in a way no one would be hospitalized?
Our main goal was to make sure everyone was HYDRATED.
My mother (thank you Allah swt for giving mak yang IQ and General Knowledge sangat mavles) kept Syasya hydrated by asking her to sip air sekejap-kejap.
Pagi tu DH pergi 7 Eleven beli 2 bottles of Gatorade untuk prevent dehydration and electrolyte imbalance. I suh beli Gatorade sebab dia tak ada gas - but we later bought 1 big bottle of 100 plus and drank it diluted. I read that if u drink it diluted its more easier absorbed (we was me and my husband. Anak2 kami bagi air kelapa sahaja)
Walaupun rasa sadis but we were on the Gardenia Toast (Oatmeal Raisins) Diet. BRAT (a term I learned since being active in the Homemade Food for Babies group) was a life saver. I gave Syasya and Mimi plain bubur kosong (masih rasa sadis bagi anak makan macam ni but now I think I saved their lives) sebab I teringat this menu from the panel doc semasa my dad kena cirit-birit and demam selepas balik dari Indonesia dulu. Aliya I tak bagi makan bubur, but roti bakar sahaja. She was also sipping Gatorade slowly ( I kata 2 sudu besar sekali sip).
I kena right after lunch hour. WHY?
Because when vomiting and cirit birit happends in the family - toilet kena bersih segila-gilanya. I learnt this when Mimi was hospitalized for UTI kat PPUM. So maybe kena serangan bertubi-tubi di dalam tandas tempat mereka bersuka ria party sampai no last call on the bar la kan itu virus semua *haih* (dah la takde Detol masa tu - MUST STOCK UP DETOL ALWAYS!!)
How does it feel?
Memang gile punya rasa nak muntah macam recycle bin dalam pc. Everything must go. As I am writing this I still have pains in my abdomen. DH kata from projecting vomit tu.
I gigil kesejukkan masa matahari tegak atas kepala (2pm) Pakai baju sejuk, comforter, siap mintak satu lagi selimut kat my daughter. Aliya said I was hot tempered, ada sikit gila, and slept the whole day. Sakit dia tangkap sampai ke sendi. You will want to do NOTHING.
I am writing this just in case kalau another mother came across this panic situation. No1 DONT PANIC hehehe, the first thing I remember when ada kes emergency, was my husband's voice "you're at home and have the internet access"
All the steps I took even from the very beginning was because I memang jenis tak puas hati satu jawapan sahaja. Ini dari zaman tak ada internet when I ada slip disc and all I ada was a whole library full of medical books for the American Degree Program and A levels (but I took TESL). Besides that I have to thank my college writing lecturer jugak - Miss Asmahan. Dalam nada lembut she will always response to my statement
" So? " sampai dia berpuas hati dengan statement terakhir (means its backed up FIRMLY, jawapan TEPAT)
I know our panel doctor never concluded what it was we caught tapi if u read what we went through memang it wasnt Rotavirus (sebab adults uncommon kalau kena). If it wasn't what my cousin commented in my FB status, I would have not spent so many night searching for answers.
We are lucky it didn't get worst but we did get medical help as soon as possible. Kalau ada anak kecil dan muntah-muntah without stop memang 1st thing is to see a panel doktor (family doktor yang dah biasa rawat anak kita) refer : http://www.parents.com/toddlers-preschoolers/health/sick-toddler/should-you-take-baby-to-the-hospital/
Tapi kalau ada tanda-tanda yang listed down here,
http://www.nhs.uk/Planners/birthtofive/Pages/Recognisingsigns.aspx
sila la ke Wad Kecemasan. I recommend PPUM sebab diaorang ada Pediatric Emergency so yang tengok adalah Pakar Kanak-Kanak (pastinya!)
Btw, kami tak balik kampung sebab masih tak berapa sihat sepenuhnya. Kalau ada anak kecil tu rajin-rajin la bagi makan yogurt atau beli probiotic tu di farmasi. Jangan lupa BASUH TANGAN sebelum makan walaupun just snack kecil2 ye and especially selepas keluar dari toilet atau change diaper anak.
Take care *hugs*
Subscribe to:
Posts (Atom)