Gambar Hiasan SAHAJA
Ini dari pemerhatian saya - from all the kenduri yang pernah pergi selama ini and also since I pernah tolong my parents handle my brother's wedding. Benda yang selalu terjadi tapi jarang orang mention dan tegur. Since kita nak masuk "musim wedding" ni sesuai sangatlah I kupas issue ni hehehe
1. Memakai pakaian yang sesuai ketika majlis.
Seeloknya pakailah baju kebangsaan yang "sejuk mata memandang". Kalau pakai baju kurung lepas tu boleh nampak corset kat dalam pun tak guna juga ye dak. Especially bila majlis akad nikah di rumah. Pernahlah pergi satu wedding orang agak ada-ada and there was this lady datang pakai a little black number yang macam nak pi clubbing. Tau lah tu malam minggu but still???
"Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan - iloveislam.com"
2. Makanan tidak cukup walaupun majlis belum berakhir.
Biasanya kalau "rewang" (gotong royong) jarang jadi benda-benda macam ini. Cuma kalau katering je. SO - moral of the story, carilah yang BERPENGALAMAN.
"Perkara yang menjadi igauan kepada tuan rumah. Pihak katering adalah wakil tuan rumah didalam penyediaan makanan kepada para tetamu. Dapatkan katerer yang berpengalaman. Pada kami perlu ada kejujuran antara pihak tuan rumah dan katerer untuk mengelakkan daripada masalah ini berlaku - Rasa Mewah Catering"
3. Tidak RSVP pada majlis perkahwinan yang berlangsung di Hotel.
Walaupun bukan amalan, its a good thing untuk jawab balik response card. Sebab kadang-kadang kalau di hotel ni ada seating position. PENTING tuh kena RSVP balik.
4. Tidak ada "floor manager" untuk meja beradap
Floor manager untuk meja beradap amat penting. Ini untuk memastikan tetamu penting yang diraikan tidak terasa "ketinggalan" - yakni, keluarga sebelah family lelaki or perempuan. Seeloknya lepas posing puas-puas kat pelamin, pengantin akan makan beradap. Makan la sekejap, then potong kek. After that boleh la pengantin sambung makan balik (kalau mahu). At this point floor manager akan mengarah penyedia hidangan untuk bahagi-bahagikan kek tu. Aaaa dapatlah merasa kan?
Even hidangan main table pun kalau boleh extend ke tempat tetamu penting yang diraikan dapat merasa. Tak sedap ye dak kalau tetiba ada statement "best le main table makan dessert karamel, kami makan tembikai jer"
Masa my brother's wedding (yang last) me and my SIL jadi "floor manager" untuk meja beradap. Dari sediakan hidangan sampailah making sure semua orang dapat makan kat main area. We even made sure semua tetamu penting yang diraikan dapat rasa the wedding cake - siap tapau lagi hehehe
5. DJ Karaoke harus peka apa lagu yang di mainkan.
Sebenarnya, hiburan semasa majlis perkahwinan juga adalah dibenarkan dalam Islam. Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
(Sumber : Dr Yusof Qaradhawi – Halal dan Haram dalam Islam – Menyanyi Dan Muzik)
Janganlah masa kenduri kawin, orang berkaraoke lagu "jiwang karat" - cukup merimaskan (lagu ala-ala patah hati kecewa kena tinggalkan kekasih) sebab tak meraikan pengantin langsung (Nasib baik lepas tu ada sorang pakcik ni nyanyi lagu ala-ala selamat pengantin baru hehehe)
Nak lagi best, pasang la lagu-lagu dari Maher Zain. Sejuk je hati bila dengar :)
6. Tidak ada "floor manager" untuk khemah kenduri.
Sama juga pentingnya dengan tugas "floor manager" untuk meja beradap. Tugasnya supaya memastikan apa yang berlaku di bawah khemah berjalan lancar. Tak sedap kan kalau tetamu datang nak makan, terkoncoh-koncoh cari cucur nak basuh tangan (sebab cucur atas meja dah PENUH bawah dan KOSONG atasnya) *haih*
Begitu juga, bila orang duduk sahaja, terus dah dapat bunga telur dan hidangan dan sebagainya. Floor manager ni kalau boleh jangan la sorang. Mesti ada dalam at least 2 orang (sorang untuk khemah perempuan sorang untuk khemah lelaki)
7. Hisap rokok di meja makan khemah kenduri
This one, for me memang agak kurang ajar la juga. No need to say more semua dah besar dan should be educated!
8. Penyedia tidak peka pada adab dan tatasusila
This one is more untuk pihak katerer. Ada katerer yang kadang-kadang ambil pelayan tak pakai common sense dan adab. Antara kesalahan yang "tidak menyenangkan" sehingga tidak menjaga hati tetamu ialah
9. Tidak menyediakan lauk yang kurang pedas dan sesuai untuk anak-anak
Ini banyak tempat saya pergi saya cukup rasa terkilan (sebab itu dah serik so bawa bekal just in case) Tetamu yang datang majority mesti bawa anak. Apa salahnya sediakan yang kurang pedas untuk mereka menjamu selera. At least satu hidangan protein dan satu hidangan sayur (ayam goreng & dalca sayur yang kurang pedas). Walaupun kanak-kanak tapi mereka tetap tetamu yang di raikan.
10. Tuan rumah bersalaman tapi paling muka ke tempat lain.
Yang ini pun saya dah jumpa banyak kali. Memang benar kadang-kadang sekali datang satu batallion. Tapi apa salahnya, minta izin "Cik Salmah kejap ye..." - paling salam tetamu no 2. Ya lah tetamu ni macam-macam, ada yang salam, terus pergi makan, ada juga yang maybe dah lama tak jumpa so terus menyembang lama.
Even us as tetamu pun kena faham, tuan rumah busy at this moment so just salam, say congratz and terus cari tempat duduk makan
OK. Hope this was informative. Just my 2 cents. Biasala kan, lain padang lain belalang. So, mesti dah dapat banyak undangan kan? Tapi kalau main undang je through Facebook, kad kawin pun tak ada - camne tu. He He He - read my friend Belle posting here - Korang pegi tak wedding kalo dijemput dengan FB/twitter je?
No comments:
Post a Comment