Tuesday, April 26, 2011

Susu hebat datang dari ibu yang cukup rehat - efek Teh Chamomile

Apabila anda duduk dan minum teh chamomile atau camomile, anda sebenarnya boleh menyelesaikan 3 masalah dengan satu cawan :)

Teh Chamomile membantu ibu-ibu menyusu berehat, membantu proses hidrat di dalam badan (ibu-ibu menyusu kan penting selalu rasa hidrat) dan membantu bayi-bayi yang mengalami colic untuk calm down sebaik sahaja ia masuk kedalam aliran susu ibu anda.

Walaupun tidak membantu secara direct untuk menambah susu, for me, I rasa ianya adalah alternatif pada orang yang sukakan secawan teh pada bila-bila masa di perlukan kerana ia tidak mengandungi kafein (lepas sarapan ke atau untuk minum petang ke) Malah tidur yang lebih berkualiti dan keadaan diri yang lebih rileks selalunya akan membantu penghasilan susu ibu.

Teh chamomile sebenarnya telah digunakan selama beratus-ratus tahun. How diaorang buat in the pass was to infuse (rendam dalam air panas) bunga chamomile Jerman.

Selain daripada membantu relaxation dan tidak berkafein, terdapat 7 manfaat kesihatan dari teh ini:

Tidur lebih baik
Sebenarnya di barat manfaat teh Chamomile yang paling terkenal sebagai alat bantu tidur telah lama diketahui. Dikenali dengan sifat yang santai dan menenangkan dan sering diambil sebelum tidur, teh ini senantiasa dipromosikan dengan keberkesanan tidur yang lebih nyenyak.

Perut Soother
Chamomile sangat membantu untuk pelbagai masalah perut seperti menenangkan sakit perut, memudahkan gejala irritable bowel syndrome, dan membantu dalam pencernaan secara keseluruhan.

Sakit senggugut atau Menstruasi
Orang-orang Mesir kuno telah lama menggunakan teh chamomile sebagai ubat sakit senggugut. Satu kajian mendapati bahawa minum teh chamomile peningkatan kadar glisin, suatu compound yang menenangkan kejang otot. Para penyelidik percaya bahawa ini adalah mengapa teh chamomile membantu sakit senggugut. (http://www.webmd.com/diet/news/20050107/chamomile-tea-may-fight-colds-menstrual-cramps)


Mengurangkan gejala selsema
Chamomile memiliki sifat meningkatkan kekebalan tubuh dan membantu dalam memerangi flu kerana sifat antibakterianya (http://www.sciencedaily.com/releases/2005/01/050104112140.htm)

Penyembuhan Luka
Orang Mesir, Rom, dan Yunani menggunakan bunga chamomile dalam sebuah cepu dan ditampal pada luka untuk mempercepat penyembuhan. Ada kebenarannya kerana dalam satu kajian, tikus yang diberikan ekstrak chamomile dalam air mereka mengalami penyembuhan yang lebih cepat (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17708380)

Pengurusan Diabetes
Teh chamomile sedang dikaji untuk kesan positif dalam pengurusan diabetes. Dalam sebuah kajian, pengambilan harian teh chamomile dijumpai dapat mencegah perkembangan komplikasi diabetes dan hyperglycemia.(http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18681440)

Cancer
In-vitro kajian menunjukkan kemungkinan perlindungan terhadap beberapa jenis sel kanser.

----

Kewaspadaan
Beberapa orang memiliki reaksi alergi yang serius (termasuk anafilaksis) untuk chamomile. Jika anda alergi terhadap tanaman lain dalam keluarga yang sama seperti daisy, ragweed, aster, chrysanthemum, or marigold anda harus berhati-hati ketika menggunakan chamomile.

Chamomile harus dielakkan selama kehamilan kerana ia boleh bertindak sebagai stimulan rahim dan kerana ia meningkatkan kemungkinan keguguran.

Orang yang mengalami bleeding disorders or on blood thinners  darah harus mengelakkan chamomile, kerana ia mengandungi coumarin dan dapat meningkatkan kemungkinan pendarahan.

Selagi lagi kalau nak menikmati secawan chamomile, boleh la beli jenama BOH sebab harga pun OK. I dah stop minum green tea dan tukar pada chamomile since dari lepas bersalin hari tu. So far, I perasan memang ada beza masa tak ambik (time bersalin Syasya) Nampak Amel pun jenis tak berapa fussy dan bila tidur tenang je. Ada juga jenama satu lagi, tapi mahal sikit hehehe so cuma dua tu sahaja yang I jumpa setakat ni.


Uols kena ingat la juga kan, tidur yang cukup membantu badan kita berehat, so susu pun hebat

p/s sapa dah try ni boleh la bagi I testimoni selepas ini :)

2 comments:

  1. NAM_noorlina ahmad mirzaApril 26, 2011 at 3:30 PM

    sy nk try laa :) sbb sy mmg xcukup tdo....lately my bb asek mragam laa, mlm2 asek nangis2...y? xtaw laaa..

    slme ni ok je tdo, mgkn kat umh bbsiter die galak/ byk main sgt smp mlm xley tdo lena..jd tdo ibu pon trggu jugee.

    tgh2 mlm bgn mngepam sbb my bb jugee nmpk kurg bf mlm2...adehhh bgkak xtahan, trpkse bgn pam

    bwk my gurl p klinik tp cam bese la cek lebey kurg jer then bayo balik, adela ubt seplastik bg..mkn pon kurg...hmm ari 2 bdan da susut..skg xtaw camne..

    eh cite psl ank plk...haha pjg sudaa kak..adesss ai pening la ngn prubahan my gurl :( uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. i sgt suka teh camomile masa kat aussie.
    kat msia ni, bila nak beli, rasa mahal pulak.hahaha
    but since u dah promote ni, i think i'm gonna get a box in my next visit to tesco

    ReplyDelete