Friday, December 03, 2010

Hari ni hari Jumaat - Jom Bunuh CICAK!


Minggu Aidil Adha hari tu I balik rumah Abah dan Mama I di Parit Sulong. Hari kedua di sana, malamnya I bau durian dalam toilet.

QM: "Ma...kenapa toilet bau durian????"
Mama QM : "Haaa??? Bau durian???"
QM : "Ye la BAU durian laaa" *saspen*
Mama QM : "oooOOOooo mesti Abah baru spray toilet tu dengan CNI CO-GO CRAWLING INSECT SPRAY nak bunuh cicak"
QM : "errrrkkk???"


So malam tu I teringat cerita Mama I masa kecil. Kata Mama...
Cicak membuat bunyi semasa kafir Quraisy mencari Rasulullah s.a.w sewaktu Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’ dan labah-labah membantu Rasulullah s.a.w dengan membuat sarang di mulut gua supaya kafir Quraisy ingatkan tiada orang di dalam gua berkenaan. Sesungguhnya Rasullullah menamakan cicak Fuwaisiqah (si penjahat kecil). Hukum bunuh cicak - sunat dan berpahala.
Selepas tu ada pula I dengar, .."Tambahan pula jika membunuhnya pada hari jumaat." tapi bukan dari Mama I.

Tapi biasalah, I ni kalau takat cakap je I kurang percaya, so I guna la perkhidmatan pakcik Google. Jumpa la website ustaz ni - "Hukum Bunuh Cicak"

Bagus juga la, Ustaz ni explain rupa-rupa cicak ni MEMANG ZAHAT. Semasa Nabi Ibrahim a.s di campakkan ke dalam api, binatang lain cuba nak padam kan api tu, tapi si Fuwaisiqah ni sibuk blow-blow plak. Geram kan dengar??? Dah la HUDUH...ZAHAT plak tu... I memang ANTI CICAK. Sebab masa I kecik, cicak masuk dalam kain I eeeeeeeeeeeeeeeeeeuwwwwwwwwwww....trus phobia

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.

Tapi tulah, Ustaz tu sendiri cakap "Jadi dari hadis diatas (disertakan banyak hadis, uols bolehla ke link tu untuk lihat), maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari"

Kesimpulannya, message khidmat masyarakat ini dibawa oleh CNI CO-GO CRAWLING INSECT SPRAY, membunuh CICAK tanpa was-was :P
 
p/s harga dia RM14.40 - I tak jual, kalau nak beli kena cari dealer CNI la he he he
pp/s tak sure bau dia durian ke tak..maybe just my imagination (I preggy memang mengidam durian je :P)


2 comments:

  1. kalo durian, mmg i pun suka. bagus gak cari nie...(jgn preggy ni i dok gila nak sembur kat lidah, sudah).
    thanks ehhh

    ReplyDelete
  2. belle : tak sure la memang tu bau benda tu atau hidung I yg memang sejak preggy terbau durian je LOL

    ReplyDelete