Saturday, December 04, 2010

Selamat Hari Jadi Abah

PRU13 nanti jangan lupa undi YB ni tau!!


agegegegege - lawak je. (Jangan marah Abah - sejak ada "mata belalang" automatic orang panggil Abah YB ek?)


Tapi memang Abah layak jadi YB pun he he he - gaya dah ada tu Abah!



Its my Abah's birthday today. Selamat Hari Jadi Abah!!


Sekejap sahaja masa berlalu, dulu hanya kita-kita...


Sekarang dah EXPAND dah keluarga kita


Hmm Along tak tahu nak bagi hadiah apa kat Abah. Dah banyak Abah bagi kat Along - kasih sayang dan kesabaran, Along rasa kalau bagi harta dan kekayaan pun takkan menyamai apa yang Abah dah bagi kat Along dan adik-adik semua.

Along tahu...along boleh nampak walaupun dari dulu Abah bukan orang yang banyak bercakap :)



Abah memang istimewa di mata Along walau apa pun sebab sayang Mama tanpa batas, susah senang sama-sama, sampai sekarang. Susah nak cari suami yang punya sikap toleransi macam Abah zaman sekarang (Along tahu sebab Along ni pun macam Mama suke mengomel he he he)


So tahun ni Along rasa Along bagi hadiah yang memang GUARANTEE mengembirakan Abah walau apa pun...


Along bagi Abah cucu lagi sorang untuk jadi "buah hati" Abah ye :))) ~ walaupun dah ada 2 he he he


3 comments:

  1. happy birthday to ur abah.
    he must be proud of u too

    ReplyDelete
  2. MB : Thanks *tersipu malu*

    Belle : I hope so ~ I ni kecik dulu nakal :P

    ReplyDelete