Seorang sahabat baik dari FB, Y tiba-tiba menyampaikan inbox message. She feels down, rasa cam dia bad mother, wife and daughter. Seolah-olah diri dia buntu dalam menempuh hidup. Entah macamana mungkin takdir mengemas semalam, I terjumpa a copy of Majalah An-Nur keluaran Ogos 2010. Dan since hari ini hari Jumaat, eloklah kita kongsi amalan-amalan yang baik terutama ketika diri buntu. Tak dapat dinafikan, I sendiri pun tengah buntu, sekolah nak buka tak lama lagi, buku-buku dan persiapan sekolah perlu dibeli untuk Aliya and at the same time, I akan bersalin hujung bulan ni jugak *haih* Buntu kan?
Jadi this is for you Y (you know I love you very much as a friend), juga untuk diri saya sendiri dan untuk dikongsi oleh mommies semua.
Jika berada di dalam keadaan buntu dan keliru, kadangkala kita sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Hati kita seolah-olah dihimpit tekanan dan sekiranya tidak dikawal akan menggugat emosi kita....Namun selain rakan....suami...isteri....saudara yang menjadi tempat mengadu.....kepada Allah lah tempat kita yang sebenar-benarnya. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berdoalah......kerana dengan doa ia boleh mengubah nasib kita..InsyAllah....
"Ya Allah aku mengakui kepadaMu, lemahnya kekuatan diriku,sangat terbatas kecerdasanku dan kehinaan diriku atas manusia, dengan rahmat Engkau Ya Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam.
Engkaulah Tuhan Pemelihara sekalian orang-rang daif. Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan aku, kepada orang asing yang mengusir aku atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Tetapi meskipun demikian aku redha asal saja Engkau tidak memukai aku. KemaafanMu lebih besar, dari dosaku, aku meminta dengan Nur Zatmu yang menerangi semua kegelapan, dan dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat, semoga aku tidak tertimpa KemurkaanMu dan AzabMu. PadaMu sumber keredaan, sehinnga Engkau redai aku. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan kekuasaan Engkau".
Amin.....
comelnya...
ReplyDeleteThanks Belle :)
ReplyDelete