Susah untuk saya catatkan perasaan ketika ini. Sesungguhnya perubahan 360 darjah dari perasaan ketika mengetahui mengandung anak ketiga tempoh hari.
Tapi sebenarnya, memang saya agak bimbang kerana kali ini saya mengandung dalam usia 35. Risikonya memang tinggi.
Jadi apabila disuruh membuat MGTT atau modified glucose tolerance test saya sudah menjangka, keputusan kali ini tidak akan berpihak kepada saya memandangkan saya pernah melahirkan bayi seberat 4.11kg dan A'aesyah mengalami masalah respitori ketika lahir. Besar kemungkinan A'aesyah merupakan bayi “macrosomic” - bayi yang memiliki berat badan berlebihan.
Dah bila Jururawat Masyarakat Klinik Medan Maju Jaya menelefon saya pada ini (18 Jun) saya sudah menjangka keputusan yang tidak berpihak pada saya.
Kandungan gula/glucose selepas MGTT di dalam darah adalah 9.1.
Ini bermaksa saya telah disahkan sebagai penghidap diabetik...
No comments:
Post a Comment