Saya rasa Khamis 17hb tu sepatutnya an uneventful day. Something yang saya rasa normal. Check up. Whats not normal about that when you are preggo.
Jam 6.30 pagi-pagi dah pack anak-anak dengan jammies masuk dalam kete nak hantar anak ke Shah Alam since mak saya ada kat sana. Sampai di KK Medan Maju Jaya A'aesyah broke down since tu la first time saya tinggalkan dia.
This time ke KK Medan Maju Jaya untuk buat ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT.
Sebelum ujian dijalankan jururawat KK dah suruh saya berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya.
Besoknya bila selesai sahaja ujian air kencing, berat ditimbang dan tekanan darah diambil, I ke bilik untuk jururawat mengambil sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah.
Sampel darah pertama akan diambil diikuti meminum glukosa (75gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Air tu memang manis-semanisnya tapi nak tak hendak telan juga.
Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.
Memang la letih menunggu, tapi sebab Aliya nak siapkan projek KH dia, jadi saya angkut sekali dan ambik satu corner untuk start paste gambar2 bunga yang perlu diletakkan.
Result tak dapat hari Khamis tu, instead Hari Jumaat.
Dan bila nurse from KK Medan Jaya call, *dang* all she could say was "Bacaan tinggi la dik..."
So, thats how it started...
No comments:
Post a Comment