Saturday, May 22, 2010

Pink IC Mak Buyung - Rekod Kesihatan Ibu

This posting is in Malay as I feel the information is mainly valuable and limited to my countrymen (or mothers for that matter of fact)

Siapa yang ambil subjek di politeknik, kolej, universiti dulu mesti setuju apabila setiap perkara yang akan kita pelajari akan dimulakan dengan 101. Contoh, mengambil subjek Antropologi, maka kita wajib mendaftar subjek Antropologi 101. Jadi bila kita cakap pasal basics, mesti kita sebut 101 kan?

Level 1 dalam turutan 01 yang perlu bagi setiap wanita di Malaysia yang mendapati dirinya hamil adalah membuat pemeriksaan kesihatan di mana-mana Klinik Kerajaan yang berhampiran.


(click "Find Out More" button below to read on)

Kenapa perlu?
Kerana walaupun sudah tetapkan hati hendak bersalin di Hospital Swasta, kebarangkalian kes kecemasan akan dirujuk KEMBALI ke Hospital Kerajaan.
Dan ketika itulah, satu buku rekod yang amat PENTING akan diminta sebagai rujukan.

Pernah berlaku?
Pengalaman SEBENAR dari seorang ibu di susuibu.com
Assalamualaikum...
Rasa terpanggil lak nk jot down cket sbb i pnah ada xperience ms Dina last year..
I mmg sjak awal pregnan gi check up bulan2 kt Hosp.Putra sbb senang..xleceh n bole pilih time kita...Tp ditakdirkan Allah saya kna Placenta Previa Type III,so biasanye klu pregnan ada mslh,hosp.private biasa refer ke GH(gov.hosp)...sbb2 diorg refer:
1. Placenta Previa biasanye prlukn byk darah n private xde bekalan drh yg cukup
2. i kna anemia sbb kurg zat besi
So,i pn ditahan di GH slama 59hari sbb PP...at 1st place mmg diorg asik tnya..xde kad merah ke?I ckple xpnah wat kad klinik2 kesihatan so xdela...klu dpt nurse yg ok...diorg xbyk tanya...klu yg poyo n dh nk menopaus,kena thn telinga jela ye...tp lama2 diorg ok...So far ms i kt GH,layanan sgt ok...

Kalau penting apa perlu saya buat sekarang?
Preparation. Bagi saya, itu yang paling penting sebelum anda FRUST.

  1. Sebaik-baiknya hendaklah mendaftarkan kandungan anda sebelum selewat-lewatnya ketika kandungan berusia 12 minggu.
  2. Kenalpasti klinik kerajaan daerah anda atau kawasan anda. Senarai Klinik Kesihatan berhampiran boleh didapati di laman web Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Mereka juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan berkenaan klinik mana yang patut anda lawati:



  3. Telefon dan bertanyalah dan bila berbicara, mulakan dengan "Selamat Pagi/Petang...." ~ sebutkan alamat anda dan bertanya adalah anda BOLEH ke klinik tersebut untuk membuat pemeriksaan. Macam saya bila pindah ke Subang Jaya, saya mati-mati ingat kena ke Kelana Jaya (sebab ingat dekat) Bila telefon ke sana, mereka kata kena ke Medan Maju Jaya. Selamat!
  4. Datang kali pertama adalah untuk membuat temujanji. Biasanya tarikh yang diberi adalah 2 minggu dari tarikh anda ke klinik untuk membuat temujanji tersebut. Mungkin juga, pemeriksaan pertama akan dilakukan pada hari Jumaat. Sila semak tarikh dan waktu temujanji betul-betul sebelum anda pulang.
  5. Anda akan diminta membawa beberapa dokumen pada hari temujanji tersebut.
    1. Kad pengenalan Suami
    2. Kad pengenalan Isteri
    3. Surat Nikah
    4. Bil Air/Telefon/Letrik
    5. Kad Kesihatan Ibu yang lama jika ada (jika anda mengandung anak kedua dan seterusnya)
    6. Pen (seeloknya BALL POINT kerana kulit buku tersebut hanya sesuai ditulis dengan pen jenis ini)
    7. Sebagai tambahan, saya dapati amat berguna juga jika anda membawa informasi tentang
      1. Alamat tempat kerja suami
      2. No telefon pejabat (jika anda bekerja) dan pejabat suami
      3. Tarikh akhir kedatangan haid andaJika kelahiran sebelum ini berlaku di Hospital Swasta seperti saya, adalah amat berguna juga jika anda mencatat dalam diari untuk dibawa itu: kaedah kelahiran dan berat bayi
    8. Dan kerana anda akan menjalankan ujian air kencing (pengalaman sendiri) eloklah bawa tisu ~ kalau sekotak atau segulung lagi bagus, sabun liquid dan sanitizer. Tandas klinik tersebut biasanya tidak menyediakan kemudahan ini.
  6. Pakailah kasut dan baju yang sesuai (tak galakkan seluar) kerana setiap tandas klinik berbeza. Jika anda kena tandas yang cangkung ~ lebih mudah jika pakai kain. Ini juga memudahkan anda apabila jururawat membuat body check up.
  7. Sebelum pergi, pastikan anda BERSARAPAN dahulu (kecuali disuruh sebaliknya) Masa menunggu yang panjang dan keadaan yang tidak mengizinkan anda pergi jauh dari ruang menunggu menyebabkan kesulitan jika anda datang dengan perut kosong, lebih-lebih lagi jika anda mengandung.
  8. Datang tepat pada tarikh dan masa untuk mengelak sebarang kesulitan.
  9. Datang awal (sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji) untuk keselesaaan anda supaya tidak menunggu terlalu lama. Bawa sebotol air kosong, buku, majalah atau suratkhabar untuk mengisi masa anda.
Apa yang akan berlaku selepas anda mengambil nombor?

  • Berat badan dan ketinggan akan diambil dan dicatat.
  • Tekanan darah anda akan diambil
  • Temubual berkenaan:
    • Sejarah kesihatan keluarga ~ macam saya ibu dan adik ada darah tinggi jadi saya kena bagitau
    • Sejarah kelahiran sebelumnya jika ada
  • Pemeriksaan Air Kencing.
    • Melihat jika ada kandungan protein atau gula di dalam air kencing.
  • Jururawat akan meminta kebenaran untuk mengambil 10ml darah bagi tujuan Antenatal Screening yang mungkin terdiri dari
    • ABO & Rh Grouping
    • Hepatitis B
    • VDRL +/- TPHA
    • HIV
    • dan lain-lain ujian jika perlu
  • Seterusnya sesi kaunseling dan pendidikan Antenatal Care mengikut keperluan anda. Jururawat Masyarakat juga akan memeriksa payudara, perut dan jika terdapat bengkak dikaki (edema) dan kebas di tangan. Tarikh temujanji berikutnya akan diberi dan vitamin atau asid folik percuma akan diberikan juga.
Jumlah bayaran yang dikenakan : SEMUANYA PERCUMA

Ya, dengan sedikit kesabaran dan perancangan yang teratur, anda pasti berpuas hati mendapat pemeriksaan yang teliti ini secara PERCUMA


Para ibu juga digalakkan melakukan pemeriksaan gigi. Anda perlu membawa buku pink tersebut sebagai rujukan di klinik gigi. Kebanyakan Klinik Gigi Kerajaan mempunyai waktu yang KHAS untuk pemeriksaan gigi bagi ibu mengandung dan kebanyakan klinik gigi berhampiran atau satu bangunan dengan Klinik Kesihatan yang perlu anda kunjungi. Pemeriksaan gigi ibu mengandung ini juga adalah PERCUMA dengan syarat bawak buku pink anda :)

6 comments:

  1. duh... baru i tingat kena buat semua nie.
    btw, i realize our countdowns are almost the same.ur EDD bila?

    ReplyDelete
  2. Belle : EDD 20 December 2010. Kalau betul la on that date..fuh bahagianyeee. Coz I am 20 Feb. My 2nd daughter is 20 August :)

    ReplyDelete
  3. million thanks for sharing =P

    ReplyDelete
  4. isabelle pun pregnant juga??!!! tahniah.. lama kakyong tak jengah blog Isabelle... ;)

    Farah,
    bila baca catatan u ni tingat masa pregnant pertama.. memmang check di klinik kerajaan...

    tp 2nd & 3rd di klinik swasta, tp klinik swasta pun dah ade kad merah ni.. cuma tak lah mcm buku spt kad klinik kerajaan..

    btw, kad ni semua i masih simpan, sbb doktor kata mungkin berguna utk next next pregnancy... haiyaaa, lagi 2 tahun nak 40 dah ni.. mau beranak lagi makcik nih...

    ReplyDelete
  5. Eny : NP

    Kak Yong: Ha ah Kak. Sok Insya Allah bersalin lebih kurang sama dgn Belle kut.

    Ala kak, sheila majid buleh he he he

    ReplyDelete
  6. hiye. pinjam post buat link yer :)

    ReplyDelete