Monday, August 17, 2009

Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas) - Part 7

Terdahulu sebelum kita mulakan tutorial 7 dalam siri "Tutorial Menjahit Baju Kurung Kanak-Kanak (1 tahun ke atas)" ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Rina kerana sudi "mengingatkan" saya tentang kelewatan membawa bahagian yang seterusnya.

Saya teruja sebentar menyiapkan dress untuk si kecil A'aesyah. Saya dapati kain cotton berharga RM7 semeter dari Nagoya amatlah baik sekali qualitinya. Sudah basuh berkali-kali dan walaupun tidak di jahit tepi, ia tidak "berambu-ramba" atau terjurai-jurai benang. Jadi saya fikir, baik sahaja saya buat lagi sebagai basahan anak saya ini di rumah.

Baiklah, tutorial seterusnya adalah sambungan dari langkah menjahit keseluruhan pesak/kekek/lengan pada badan

Seperti yang anda lihat pada gambarajah dibawah, keseluruhan pesak/kekek/lengan akan dicantumkan pada badan seperti yang berikut.



Tapi anda harus pastikan, ia dicantum pada pertengahan kain kedua-dua bahagian.
  • Lipat bahagian pesak/kekek/lengan (PKL) supaya ianya "centre" seperti di bawah


  • Lipat Bahagian Badan supaya ianya "centre" juga.

  • Tandakan pada lipatan yang membahagikan PKL dan Badan supaya senang untuk di cantumkan kedua-duanya. Saya selalu mengunting sedikit (setelah dilipat) seperti bentuk dalam gambar sebagai tanda. Terpulang pada anda bagai mana hendak menandakannya


  • Cantumkan dengan peniti
  • Mulakan jahit mencantum dari atas bahu (C) ke bawah satu bahagian badan seperti garis berwarna putih pada gambar rujukan.
  • Ulangi dengan menjahit dari atas bahu (C) ke bawah bahagian belakang pula.
  • Ulangi langkah diatas sehingga kesemua bahagian badan telah bercantum dengan PKL.
Tutorial seterusnya - menebuk leher.

3 comments:

  1. dear
    cepatla buat tutorial menebuk leher itu..
    i paling tk pandai nk buat leher..

    ReplyDelete
  2. Sabar ye Zarin
    Ada commitment lain buat sementara waktu ni
    Insya-allah dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  3. tq sis utk info berguna ini
    tp dari part mane sy perlu mulakan projek ini
    tq

    ReplyDelete