Sunday, December 30, 2012

Pengagihan Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013


Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin. Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan. ''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu. Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013. Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013. Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan. Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan. Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK.
Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima. Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi. Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti. Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi. Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000.

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan. 
 - UTUSAN, 27 Dis 2012

notakaki : bagus juga ni middle of January, nanti kalau perlu apa2 untuk kokurikulum Aliya (uniform dan yuran), saya guna duit yang disalurkan ini sahaja lah

Saturday, December 29, 2012

Orientasi Tingkatan 1 Aliya Maisarah



Anak saya sudah secara rasminya menjadi remaja. "teenager" 
Mindset kena letak - treat her like a friend. 
Hari ini kami hadiri orientasi di sekolah menengah dia
Kami hadir seawal 7.30am di dewan sekolah. Nasib baik rumah hanya 10 minit jalan kaki ke sekolah. Owh seharusnya saya rasa bersyukur. Mengapa? Nanti saya ceritakan lebih lanjut. 
Selepas menyemak papan tanda senarai nama dan penempatan kelas, kami beratur untuk sesi pendaftaran dan pemberian folder orientasi. Dalam folder ada beberapa borang yang perlu di sini, dan sedikit informasi tentang taklimat yang akan di adakan.



Risalah aturcara majlis pada hari itu
Risalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Jadual Gerak Kerja Kokurikulum Sessi Petang
Borang Sistem Maklumat Murid
Borang kajiselidik sarana ibubapa 

Cantik juga folder yang diberi. Senang sebab saya buat lapik sambil isi mana borang yang ada, terutama sekali apabila borang kajiselidik sarana perlu diberi sebelum sebelum kami pulang. 

Aturcara Majlis di mulakan dengan bacaan doa, ketibaan tetamu kehormat dan barisan pentadbir, dan kemudiannya nyanyian Negaraku. Selepas acara wajib iaitu Ucapan Pengetua dan YDP PIBG, kami mendengar 

Taklimat Pengurusan Sesi Petang
Taklimat PBS
Taklimat MBMMBI
Taklimat Elektif Bahasa Jepun


Selepas sahaja taklimat PBS, murid-murid di bawa ke kelas dan selesai sahaja taklimat elektif Bahasa Jepun, ibubapa beragama islam dijemput ke surau untuk mendengar Taklimat Elektif Kelas Aliran Agama (KAA). 

Alhamdulillah, saya sangat senang hati dengan taklimat Taklimat Elektif Kelas Aliran Agama (KAA) apatah lagi awal-awal sudah berfikir secara mendalam, menolak tawaran ke sekolah agama berasrama (kerana akhirnya saya berubah fikiran kerana merasa anak saya masih terlalu muda untuk ke sekolah asrama dan masih perlukan bimbingan secara dekat dirumah tanpa stress berlebihan)

Allah swt makbulkan doa saya agaknya - dapatlah Aliya menyambung kelas Bahasa Arab dan menambah ilmu al Quran seperti Tarannum, Ilmu Qiraat, Ilmu Hafazan, Tajwid dan ilmu sejarah al-Quran. Berbunga-bunga saya mendengar taklimat Ustazah-Ustazah di surau sekolah yang sangat cantik tadi. 

Kelas adalah percuma - Masya Allah dan ibubapa cuma hanya perlu memastikan anak-anak sampai di sekolah pada pukul 11pagi Isnin hingga Khamis. Namun hati saya agak sedikit terkilan, selepas diberi taklimat tentang faedah-faedah yang saya rasa tak terkiranya nilainya malah diberi PERCUMA lagi, ada ibubapa yang merungut bagaimana hendak menghantar anak ke sekolah. Kasihan pada ustazah-ustazah yang bertukus lumus pergi ke PPD mendapatkan kebenaran mengadakan KAA ini. Apa yang saya fahamkan, dahulunya ketika ada PMR, murid yang mengambil kelas ini boleh mengambil subjek agama (jadi akan mendapat 9A jika cemerlang) Maka saya cuba membantu ustazah secara tidak rasmi (yes me and my big mouth huhuhu) dengan berkata "anak-anak di Johor sudah biasa bersekolah sepenuh hari - paginya ke sekolah agama dan petang ke sekolah biasa..." dengan harapan, jika kita betul-betul mahukan pasti akan ada jalan. 

Yang itu pun satu lagi kan, jika anak-anak tidak terbuka hati untuk belajar...susah juga untuk memujuk mereka menghadiri sesuatu yang "extra class" macam ini. Syukur saya punya anak yang celik hatinya...saya daftar pun tanpa bertanya pendapat Aliya sebab saya memang tahu isi hati anak saya - lepas saya beritahu, memang berbunga-bunga hatinya :)

Selesai taklimat di surau, saya ke kantin, bersarapan. Hati tidak elak lagi, sausage bersalut roti di goreng masih ada terjual. Sekurang-kurangkan karipap pusar dan bihun goreng tu saya setuju sedikit. Air tin juga masih di jual. Ini tidak patut sebenarnya. Mungkin hanya untuk guru-guru tapi pada saya eloklah jangan dijual makanan dan minuman seperti ini apatah lagi PBS sekarang mengira pembelajaran holistik termasuk kesihatan murid. 

Selesai sarapan saya ke kelas Aliya untuk membayar yuran dan menyerahkan buku kesihatannya. Saya hendak beritahu sendiri pada guru kelasnya, jika ada sessi immunisasi, saya tak setuju anak saya dicucuk. Kalau saya hendak pun nanti saya bawa dia sendiri kerana Aliya kecilnya dulu ada eczema dan masih ada mild asthma. 

Overall, senang hati juga dengan pendaftaran dan orientasi sekolah menengah Aliya. Cuma sedikit teguran kerana saya terpinga-pinga selepas taklimat di surau tidak pasti mahu menunggu anak di kantin atau menyusur ke kelas. Selepas melihat ramai ibu bapa ke kelas, baru saya pergi. Saya juga terpinga-pinga mencari kelas anak, di tanya beberapa pelajar ada yang tidak pasti dan tidak tahu kelas ada di mana *geleng kepala*

Apa pun, saya teruja. Anak yang saya kandung 9 bulan sudah menjadi 12 tahun hendak masuk 13 tahun. Sudah remaja dan pastinya saya perlu "siap sediakan" diri dengan segala dugaan dan cabaran membesarkan seorang anak remaja. 

Insya Allah ada masa, saya akan share sedikit maklumat PBS yang telah di huraikan siang tadi.  

Friday, December 28, 2012

5 Blogs Yang Paling Kerap Saya Singgah 2013



Adakah saya atau anda merasakan kebanyak blog yang biasa anda baca sudah tidak update secara konsisten lagi?

Hek...terkena la pulak batang hidung sendiri hehehe

Tapi biasanyakan blog-blog yang saya suka singgah tiap-tiap hari memang ada yang kerap update. Jadi disebabkan saya suka je membaca blog orang lain, nak juga tahu kut-kut ada blog yang kat luar sana yang berbaloi untuk saya baca tapi saya tak tahu pun. Rugilah gitu ye dak!

So apa kata anda share dengan saya 5 blogs yang paling kerap anda singgah setiap hari untuk saya kompilasikan dan by the end of tahun 2013, mari kita tengokkan senarai blog yang ada tu dan sekaligus, bila anda komen, saya bolehlah kenal dengan blog awak kalau belum kenal lagi hehehe. Saya rasa saya nak dedikasikan satu page KHAS untuk blogs ni semua - senanglah saya rujuk atau pembaca lain rujuk kan?

Macamana nak join ni? Simple.

Buat satu entry khas bertajuk "5 Blogs Yang Paling Kerap Saya Singgah 2013 - campaign oleh Farah Rahim"

  1. Letakkan widget campaign ni kat posting anda (pastikan ada backlink kepada blog saya)
  2. Letakkan juga satu lagi widget di widget bar anda
  3. Buat satu posting khas memperkenalkan kepada pembaca 5 Blogs Yang Paling Kerap anda singgah dan baca
  4. Kemudian letakkan link posting anda di ruangan comment posting saya ni ya.
  5. Campaign berjalan dari sekarang hingga akhir tahun depan (2013)


Seriously azam tahun baru ni saya nak lebih rajin blogwalking dan lebih rajin update blog hehehe

So..apalagi,,,apakah 5 blogs yang paling kerap anda singgah untuk baca hari-hari???



Saturday, December 15, 2012

We Are Milk Story Winners

Pagi ni bangun sangat bersemangat. Bersemangat sebab nak pergi pick up hadiah daripada Lunatots - The Milk Story. Kami di pilih sebagai salah seorang pemenang for the sharing of our Milk Story.  Walaupun tergesa-gesa mengambil hadiah (sebab hubby ada kursus at 1pm) tapi sempat jugalah ambik gambar 

photo credit goes to Lunatots Staff in Cheras Outlet

Hamper yang dapat ni best juga. We got in the hamper :

Close up hadiah-hadiah yang saya dapat. The natural liquid cleanser tertinggal plak dalam kereta, so hubby bawa pergi kursus *facepalm*




Excited and happy juga dapat. It's like someone bagi I hadiah to complete my very emotional and penuh rintangan breastfeeding journey sebab come 17 hari Isnin ni maka complete lah 2 tahun penyusuan lengkap for Mimi. 

And does not look like Mimi wants to stop hehehe...
But most of all happy, nampak Mimi's immune system semakin kuat I have no problem taking chocolate products now, as long as jangan over-over sangat and not overdo it. 

Tapi baguslah, dalam nak boikot M*LO kan (because of GMO Malt and such) ada pulak usahawan Melayu Malaysia kita keluarkan product yang bagus untuk breastfeeding. 

I took a bite of the Chocolate Rice Snack...oh my - SEDAP sangat. Was really tempted to take 2-3 more pieces. Maybe later kut. But this is what you call Lactation Cookies. 



The TMS Chocolate Drink pun not bad. You dont really smell or even taste sangat the fenugreek. Ada dua jenis, yang the latest siap ada marine collage...owh my hi hi hi



So is this really milk booster? I'm not an EP mom, tapi drinking and eating this makes me happy and any happiness is always a milk booster :)

Anyway, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih our Milk Story. 

Friday, December 07, 2012

Big Bad Wolf Sale 2012


Secara jujur, Big Bad Wolf Sales yang lepas-lepas saya miss. Jadi bila datang peluang ketiga ni, saya make sure tak mahu dah ketinggalan. Besides, buku-buku Mimi banyak dah yang hands down daripada zaman Aliya dan Syasya. Ada yang dah lunyai sebab dah di baca banyak kali. Daripada dibelikan mainan, saya memang lebih suka belikan buku untuk anak-anak. Malah diri sendiri merasa lebih teruja membeli buku PADA HARGA GILA MURAH daripada membeli handbag atau kasut huhuhu 

So, saya dan side kick saya Suhana, sudah start planning dua hari sebelum misi 63. Kenapa 63? BBWS tahun ni lebih GILA kerana mereka akan buka selama 63 jam non stop dari 6.30am 7 Disember (hari ini) sehingga 9.30malam 9 Disember. Mungkin sebab ada orang komplain sebelum-sebelum ni tak cukup masa nak pergi atau hampa tak dapat cuti. Kali ini mereka mengadakan jualan harga murah sehingga 23 Disember. Cuma selepas 10 Disember tu, ia dibuka dari 9.30pagi sehingga 9.30malam.


Memula kitaorang nak buat kerja gila pergi tengah malam masa anak-anak tidur hahaha 
Tapi sebab Su duduk dekat Su kata, dia ok je bebila. Disebabkan tak keruan sampai demam-demam saya tanya, boleh ke kita plan lepas subuh 6.30pagi on first day tu sahaja. Su tanya husband dia, terus petang tu dia message cakap - OK MISI ON

hahahahahahahahahahah *gelak evil*

Malah lebih evil bila ada member terdekat bagitau ada extra 1 pass untuk preview sale, tapi sebab dah janji dengan Suhana dulu, saya kata tak apa ah ~ saya nak enjoy my time there with Suhana. Kami ni kenal je kat Fesbuk, tapi kadang-kadang bersembang macam dah kenal lama. Dah macam adik beradik. Kalau saya stress, saya mengadu kat dia, dan sebaliknya

Malam sebelum nak ke BBWS tu, petang tu hubby ajak tengok wayang kat MBO. Balik dah lewat. Tapi mata tak boleh lelap. Ya Allah, rasa macam time nak nikah esoknya dengan hubby pulak - gementar, cemas, excited.

Saya dah siap check list malam sebelumnya. Dah siap plan apa bekal untuk Mimi dan siap juicing pagi-pagi untuk bekalan tenaga. Just imagine 5 million books....mesti BESAR GILE tempat tu nak menapak betul tak? Nak BW Mimi lagi, nak tolak troli lagi. Ce fikir berapa banyak tenaga perlu. 

Like Dr Robert Young kata - macamana nak ada tenaga kalau kita start our day dengan "sampah" dalam perut hehehe. Bangun-bangun teruk seteguk ACV suam. Lepas tu start juicing carrot, orange, celery, timun, romaine salad dan halia. Taruk gak Chia Seed. 

Lepas bersiap, pack barang, pakaikan baju Mimi dan kejutkan hubby, kami pun bertolak subuh gajah tu ke Mines. Terkejut serious sebab walaupun kami sampai dalam 6am, kereta berderet beratur nak masuk parking. 

Korang tengok je la betapa panjangnya line beratur....


Saya tunggu sampai Su sampai sebelum masuk. Tak best la shopping sensorang walaupun Su mendesak suruh masuk je dulu. Su cakap dia kelam kelibut masak untuk bekalkan anak-anak. Baguskan Su ni? Tabik spring tak?

So sementara tunggu Su, kami posing-posing kat luar. 


Nampak ramai budak-budak promote OCBC punya credit card kut. Siapa pakai OCBC credit card as payment dapat another 5% diskaun ontop on the harga buku yang memang dah gila BABAS punya murah.

Then around 7am macam tu - Suhana pun sampai :)


Kami shopping macam BBWS tu kami yang punya hahaha. Selamba je melepak duduk kat memana, NIP anak masing-masing dan bersembang. Siap ada rehat untuk bagi anak-anak breakfast lagi tau. 






Tempat dia memang besar. Macam size olympic swimming pool atau padang bola sepak kut. I memang pening tengok...pening tak tahu mana nak choose, kalau boleh nak semuaaaaaaaaaaaaaa hahahaha



Siap tempat ni sediakan playground kat atas. So apa lagi, siapa ada bibik, untung, parking bibik dengan anak kat atas tu 


I memula fikir memang nak bawak troley shopping je. Takkan nak bawak beg suitcase...tapi jangan tak tahu...ORANG BAWAK OK. Oh my...saya yang ketinggalan rupanya


Tapi yang BEST GILA kan pergi...
Toleh kiri - "Eh Kak Farah Rahim kan?"
Toleh kanan - "Kak Farah! I pembaca blog you"
Toleh depan - "As salam Kak Farah..."

Seingat saya lah...jumpa Sufi, jumpa Farah Hashim, jumpa Azilawati...
Siapa lagi saya jumpa ek? alamak..pening dah saya hahaha
Oh my, saya bukan retis. Tapi terima kasihlah sebab buat sy rasa teristimewa pada hari tu. Sembang bukan main lama dengan Azilawati kan?


Jadi berapa banyak spend ni? 
Saya memang dah tetapkan budget dalam RM200 gitu. Ada simpanan daripada kerja translation dan hubby top up RM70. Cukup lah. Bukan apa, banyak hari lagi dan mungkin akan ada lagi sale in the near future kan. Kalau ikutkan sayalah, nak je cakap kat hubby, RM500 terus la, boleh claim rebet Income Tax ye dak?



Apa saya beli ni? 
Kebanyakkan board books untuk Mimi. Sebab dari pengalaman membeli buku dari zaman Aliya, board books paling tahan lasak. Anak saya memang baca buku berulang-ulang sampai lunyai. Bawak tidur la, bawak holiday la, bawak balik kampung la. Lagipun board books colorful dan sesuai menangkap minat anak. Ada yang ada muzik. Ada yang interaktif dan ada pop up - RM8.00 sahaja most of them. Ada yang sangat murah like RM3 je













Ada yang sangat girly dan princess especially untuk my Syasya - RM8.00 olso



Dan her favourite Lola daripada Cbeebies Unifi Channel 130


And this one I think is soooo sweet...I love jalan cerita dia..very simple



Yang ini memang nak ganti buku yang hancur lunyai favourite topik Mimi. Getting ready for bed. Macam jodoh pulak ada kan?



Buku kecil-kecil satu set ni sesuai untuk bawa berjalan. 




Dan cloth books...oh pun banyak...saya pilih yang ni, sebab hand puppet elmo budak-budak ni mata dia dah tersembur keluar (patah) hahaha so ni sesuai sungguh nak gantikan




Banyak juga pilihan-pilihan lain untuk cloth books



Sakit hati je memikio dulu beli cloth book masa zaman Syasya RM50 satu - eeeeeee geram!!

Yang ni Mimi pilih sendiri...sebab memang dia minat Kailan ni. Hari-hari mengadap kat Hyptv Unifi tu - channel 132


...dan Kailan lagi...



...dan lagi-lagi Kailan!


Untuk Syasya saya belikan this set of classic disney tales. My favourites semua ni - RM12, berbaloi sangat 





Untuk saya...pelaburan yang sangat BAIK
Satu buku yang memang sesiapa taknak depend on drugs PERLU ADA DI RUMAH
Macam ensiklopedia plak saya tengok, tapi tak cukup mandang masa belek isinya di sana tadi





Dua page besar just on natural remedies for chickenpox ok...

Yang ini saya belikan untuk Mama saya - saya call, tapi dia kata takut tak sempat nak pergi. Dia peminat no1 Dr Memet Oz jangan tak tahu ye :P



Buku ini macam pucuk dicita-ulam mendatang. Allah SWT must be looking over me today. Tinggal satu. Doktor ni dah 30 tahun amalkan juicing. Malah dia berjaya sembuhkan seorang budak type 1 kencing manis...RM8 babe...ilmu..MANA NAK CARIK. Hidup mati semula pun tak dapat. 



Yang ini nak buat koleksi...why? Hey..I'm her no1 fan hehehe


Also another good book to read...



OK Tips..tipsy...tips
#bawa beg besar beroda or troli 
#bawa kalkulator (supaya tak gila dan overspending hahaha)
#mind set - tak apa, tahun depan ada lagi - jadi tak ada lah jadi berpinau tak tahu nak pilih yang mana
#better or not untuk tidak bawak kids tu terpulang. Mimi memang saya tanya, nak tak buku ni. Dia dah pandai pilih...
#Untuk lebih cepat, buat cara ni sebelum ke kaunter. 
#Duduk sekejap dan review buku yang anda dah pilih...screen sekali lagi - perlu ke tak perlu?
#Tak cukup duit? TAK APA...ada rak besar di hujung, letak je kotak dengan buku-buku pilihan dan malam karang datang balik dan bayar hehehe BUT no overnight tu syarat dia.