Friday, December 07, 2012

Big Bad Wolf Sale 2012


Secara jujur, Big Bad Wolf Sales yang lepas-lepas saya miss. Jadi bila datang peluang ketiga ni, saya make sure tak mahu dah ketinggalan. Besides, buku-buku Mimi banyak dah yang hands down daripada zaman Aliya dan Syasya. Ada yang dah lunyai sebab dah di baca banyak kali. Daripada dibelikan mainan, saya memang lebih suka belikan buku untuk anak-anak. Malah diri sendiri merasa lebih teruja membeli buku PADA HARGA GILA MURAH daripada membeli handbag atau kasut huhuhu 

So, saya dan side kick saya Suhana, sudah start planning dua hari sebelum misi 63. Kenapa 63? BBWS tahun ni lebih GILA kerana mereka akan buka selama 63 jam non stop dari 6.30am 7 Disember (hari ini) sehingga 9.30malam 9 Disember. Mungkin sebab ada orang komplain sebelum-sebelum ni tak cukup masa nak pergi atau hampa tak dapat cuti. Kali ini mereka mengadakan jualan harga murah sehingga 23 Disember. Cuma selepas 10 Disember tu, ia dibuka dari 9.30pagi sehingga 9.30malam.


Memula kitaorang nak buat kerja gila pergi tengah malam masa anak-anak tidur hahaha 
Tapi sebab Su duduk dekat Su kata, dia ok je bebila. Disebabkan tak keruan sampai demam-demam saya tanya, boleh ke kita plan lepas subuh 6.30pagi on first day tu sahaja. Su tanya husband dia, terus petang tu dia message cakap - OK MISI ON

hahahahahahahahahahah *gelak evil*

Malah lebih evil bila ada member terdekat bagitau ada extra 1 pass untuk preview sale, tapi sebab dah janji dengan Suhana dulu, saya kata tak apa ah ~ saya nak enjoy my time there with Suhana. Kami ni kenal je kat Fesbuk, tapi kadang-kadang bersembang macam dah kenal lama. Dah macam adik beradik. Kalau saya stress, saya mengadu kat dia, dan sebaliknya

Malam sebelum nak ke BBWS tu, petang tu hubby ajak tengok wayang kat MBO. Balik dah lewat. Tapi mata tak boleh lelap. Ya Allah, rasa macam time nak nikah esoknya dengan hubby pulak - gementar, cemas, excited.

Saya dah siap check list malam sebelumnya. Dah siap plan apa bekal untuk Mimi dan siap juicing pagi-pagi untuk bekalan tenaga. Just imagine 5 million books....mesti BESAR GILE tempat tu nak menapak betul tak? Nak BW Mimi lagi, nak tolak troli lagi. Ce fikir berapa banyak tenaga perlu. 

Like Dr Robert Young kata - macamana nak ada tenaga kalau kita start our day dengan "sampah" dalam perut hehehe. Bangun-bangun teruk seteguk ACV suam. Lepas tu start juicing carrot, orange, celery, timun, romaine salad dan halia. Taruk gak Chia Seed. 

Lepas bersiap, pack barang, pakaikan baju Mimi dan kejutkan hubby, kami pun bertolak subuh gajah tu ke Mines. Terkejut serious sebab walaupun kami sampai dalam 6am, kereta berderet beratur nak masuk parking. 

Korang tengok je la betapa panjangnya line beratur....


Saya tunggu sampai Su sampai sebelum masuk. Tak best la shopping sensorang walaupun Su mendesak suruh masuk je dulu. Su cakap dia kelam kelibut masak untuk bekalkan anak-anak. Baguskan Su ni? Tabik spring tak?

So sementara tunggu Su, kami posing-posing kat luar. 


Nampak ramai budak-budak promote OCBC punya credit card kut. Siapa pakai OCBC credit card as payment dapat another 5% diskaun ontop on the harga buku yang memang dah gila BABAS punya murah.

Then around 7am macam tu - Suhana pun sampai :)


Kami shopping macam BBWS tu kami yang punya hahaha. Selamba je melepak duduk kat memana, NIP anak masing-masing dan bersembang. Siap ada rehat untuk bagi anak-anak breakfast lagi tau. 






Tempat dia memang besar. Macam size olympic swimming pool atau padang bola sepak kut. I memang pening tengok...pening tak tahu mana nak choose, kalau boleh nak semuaaaaaaaaaaaaaa hahahaha



Siap tempat ni sediakan playground kat atas. So apa lagi, siapa ada bibik, untung, parking bibik dengan anak kat atas tu 


I memula fikir memang nak bawak troley shopping je. Takkan nak bawak beg suitcase...tapi jangan tak tahu...ORANG BAWAK OK. Oh my...saya yang ketinggalan rupanya


Tapi yang BEST GILA kan pergi...
Toleh kiri - "Eh Kak Farah Rahim kan?"
Toleh kanan - "Kak Farah! I pembaca blog you"
Toleh depan - "As salam Kak Farah..."

Seingat saya lah...jumpa Sufi, jumpa Farah Hashim, jumpa Azilawati...
Siapa lagi saya jumpa ek? alamak..pening dah saya hahaha
Oh my, saya bukan retis. Tapi terima kasihlah sebab buat sy rasa teristimewa pada hari tu. Sembang bukan main lama dengan Azilawati kan?


Jadi berapa banyak spend ni? 
Saya memang dah tetapkan budget dalam RM200 gitu. Ada simpanan daripada kerja translation dan hubby top up RM70. Cukup lah. Bukan apa, banyak hari lagi dan mungkin akan ada lagi sale in the near future kan. Kalau ikutkan sayalah, nak je cakap kat hubby, RM500 terus la, boleh claim rebet Income Tax ye dak?



Apa saya beli ni? 
Kebanyakkan board books untuk Mimi. Sebab dari pengalaman membeli buku dari zaman Aliya, board books paling tahan lasak. Anak saya memang baca buku berulang-ulang sampai lunyai. Bawak tidur la, bawak holiday la, bawak balik kampung la. Lagipun board books colorful dan sesuai menangkap minat anak. Ada yang ada muzik. Ada yang interaktif dan ada pop up - RM8.00 sahaja most of them. Ada yang sangat murah like RM3 je













Ada yang sangat girly dan princess especially untuk my Syasya - RM8.00 olso



Dan her favourite Lola daripada Cbeebies Unifi Channel 130


And this one I think is soooo sweet...I love jalan cerita dia..very simple



Yang ini memang nak ganti buku yang hancur lunyai favourite topik Mimi. Getting ready for bed. Macam jodoh pulak ada kan?



Buku kecil-kecil satu set ni sesuai untuk bawa berjalan. 




Dan cloth books...oh pun banyak...saya pilih yang ni, sebab hand puppet elmo budak-budak ni mata dia dah tersembur keluar (patah) hahaha so ni sesuai sungguh nak gantikan




Banyak juga pilihan-pilihan lain untuk cloth books



Sakit hati je memikio dulu beli cloth book masa zaman Syasya RM50 satu - eeeeeee geram!!

Yang ni Mimi pilih sendiri...sebab memang dia minat Kailan ni. Hari-hari mengadap kat Hyptv Unifi tu - channel 132


...dan Kailan lagi...



...dan lagi-lagi Kailan!


Untuk Syasya saya belikan this set of classic disney tales. My favourites semua ni - RM12, berbaloi sangat 





Untuk saya...pelaburan yang sangat BAIK
Satu buku yang memang sesiapa taknak depend on drugs PERLU ADA DI RUMAH
Macam ensiklopedia plak saya tengok, tapi tak cukup mandang masa belek isinya di sana tadi





Dua page besar just on natural remedies for chickenpox ok...

Yang ini saya belikan untuk Mama saya - saya call, tapi dia kata takut tak sempat nak pergi. Dia peminat no1 Dr Memet Oz jangan tak tahu ye :P



Buku ini macam pucuk dicita-ulam mendatang. Allah SWT must be looking over me today. Tinggal satu. Doktor ni dah 30 tahun amalkan juicing. Malah dia berjaya sembuhkan seorang budak type 1 kencing manis...RM8 babe...ilmu..MANA NAK CARIK. Hidup mati semula pun tak dapat. 



Yang ini nak buat koleksi...why? Hey..I'm her no1 fan hehehe


Also another good book to read...



OK Tips..tipsy...tips
#bawa beg besar beroda or troli 
#bawa kalkulator (supaya tak gila dan overspending hahaha)
#mind set - tak apa, tahun depan ada lagi - jadi tak ada lah jadi berpinau tak tahu nak pilih yang mana
#better or not untuk tidak bawak kids tu terpulang. Mimi memang saya tanya, nak tak buku ni. Dia dah pandai pilih...
#Untuk lebih cepat, buat cara ni sebelum ke kaunter. 
#Duduk sekejap dan review buku yang anda dah pilih...screen sekali lagi - perlu ke tak perlu?
#Tak cukup duit? TAK APA...ada rak besar di hujung, letak je kotak dengan buku-buku pilihan dan malam karang datang balik dan bayar hehehe BUT no overnight tu syarat dia. 








3 comments:

  1. huwaaa nak pergi..banyaknya cloth books murah plak tu..isk!

    ReplyDelete
  2. Ye betapa teruja nya saya terserempak kak Farah. Walaupun masa tu baru 2-3 hari lepas start baca blog akak tapi mind ni dah register muka akak. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. huwaaa...dapat pegi on the very last day jew sbb hubby x free..byk books yg dah abes...but still dapat gak sambar 2 good books..

    ReplyDelete