Thursday, August 23, 2012

Aidilfitri 2012 - 1st day to 4th day

Kami bertolak dari Subang Jaya, sebelum Subuh lagi. 4pagi. Malam sebelum tu, masih buat last minute sopping kt Berjaya Times Square huhuhu, makanya saya tidak tidur la semalaman habiskan last minute packing. Dengan Mimi sekali tak tidur. Macamana nak tidur sebab 'bantal busuk' dia sibuk kalut ke sana sini mengemas dan basuh pinggan kemas rumah mana yang patut.

Dan akibat daripada itu, maka dia dan kakak dia Syasya pengsan la dalam kereta selepas itu hehehe


Kali ni beraya kat sebelah my In Laws lama sikit sebab on the 4th hari raya tu ada wedding reception my SIL.

Perjalanan ke utara memang sangat lembaps. Macam biasa, sikit2 ada slow moving traffic, dan kemudiannya ada lah yang takde sivic buat kerja tak senonoh menjadikan lane dari 2 kepada 3 sebab terlebih bijak dan guna lane kecemasan. Macam h*ghram kata my hubby huhuhu


Yang tepi-tepi memang nak kena, sebab tetiba bila depan ada JPJ ke, Polis ke, semua cuak. BODOH kan?


Lagi sekali macam h*ghram hahaha ekceli ada kejadian selepas tangkap gambar ni. Kete camry depan I ni, driver dia keluar dan sound setepek kat kete waja tu sebab sibuk nak mengimpit balik. PADAN MUKE!! I SANGAT SUKE!!

Sampai-sampai kami check in kat Sungai Ara Homestay. Suka stay kat sini sebab tak jauh dari rumah in laws. Lagipun kami memang jenis tak suka menyusahkan in laws and prefer to stay kt homestay ni kalau beraya ke Penang. 

Last iftar for this year memang merasmikan Nasi Kandar la untuk memenuhi hajat suami. Tapi kalau tengok Syasya makan, semua dah boleh tahu, ada darah "mami" jugak pada dia hehehe


Gambar 1st tu dia tak puas hati sebab I ambik gambar candid dia hehehe
Kami juga sebab sopping (sopping lagi!!???) kat GIANT. Heee bukan apa, I cari some materials buat Montessori activity untuk budak2 ni kalau diaorang boring. Also bought macam biasala, oil pastels and sketch book.



I got the ideas from A Busy Bag Round Up. Kat sana banyak examples pada mereka yang nak follow. Tengok Mimi, kusyuk nak masukkan those sticks dalam tabung kecik tu hehehe

well...at least anak aku tak menyusahkan orang lain berdentum-dentam main mercun macam nak menyambut perayaan kapir je kan sebelum malam raya...hissssssssssssh *tension sebab malam before raya tu tak boleh tidur rasa macam dok dalam perang dunia ketiga!!*

Pagi raya selepas sembahyang raya, kami bertolak ke rumah In Laws. Syasya macam tak sporting dan tak ada mood. Maybe la sebab tak berapa familiar lagi dengan cousins dia yang cuma setahun sekali je jumpa (owh haruslah bawa anak balik ke Penang selalu kan :P)


Tapi Mimi gerek je kan...dia amaze ada manusia lagi kecik dan comel dari dia hahaha. My anak sedara nama Cempaka ni sangat comel memangnya. Yang best, mak dia pun orang satu kampung dengan my mom. So just  like Mimi, Penang campur Johor juga heeee





Raya tahun ini juga kami dapat new member of family. My new biras, hasben to my SIL Hana. Very talented professional photographer Hafeez Hasmat
 

Petang tu, kami ke rumah my FIL's family kat Kulim. Sangat lama tak ke sana, it was great la to go :)

Walaupun booking sebulan sebelumnya, homestay dan hotels kat Penang semua penuh, even homestay kat Sg Ara tu pun cuma dapat 2 malam sahaja. So our Raya Kedua dah terpaksa check out dan lari ke Bukit Merah Laketown resort. 

It was also Syasya's 4th Birthday...alahai dah bosar dah anak omak eh :)

Sembang pun dah macam budak besar ye dak...hehehe
Dan macam biasalah, menempuh


Itu je la pun kalau hari raya ni kat, banyak masa spend kat jalanraya je sebenarnya huhuhu

Once check in kat our hotel room kat resort tu, husband ajak pergi cari lunch and beraya rumah my friend Intan kat Taiping. Hubby kata lebih senang daripada on the way back besok. Lagipun setakat nak mandi2 kat waterpark Laketown tu tak payah la, Sunway Lagoon lagi best kut hehehe


Balik tu dinner kat cafe yang ada kat sana. Kat foursquare kata the food sucks...all I can say, ala carte memang huhuhu




Lepas dinner, I let kids run wild kat sensory fountain tu. Sah-sah orang ingat I one crazy mother...pedulikan je. Tapi memang they enjoyed themselves. I dah plan dah pun dari dalam bilik hotel masa first time nampak ni hehehe so they were appropriately dressed. Tinggal bukak sweater je. Sayang my TAB kehabisan bateri masa tu, kalau tak nak je ambik video for kenang-kenangan. 



So, lepas balik bilik hotel, bagi diaorang mandi air hangat sebagai bilasan and blow dried their hair. Ni petua my mother, since selalu budak2 selsema is because your hair is wet and you dok dalam bilik a/c (aircond)




Adik dia Mimi obviously dah KELETIHAN dan pengsan hehehe



I bangun awal sangat pagi tu sebab malam sebelumnya just makan very light light. Tengok-tengok jam 8.30am pun tak bangun-bangun anak dara I semua...haih


So nak tak nak semua kena dikejutkan. Tu mimi muka mamai je kat bawah ni hahaha


The breakfast buffet kat the resort was mavles juga. Everything was nice, unlike what we had the night before for ala carte. I really enjoyed the mee curry. Memang best


Masa ni ambik kesempatan juga ambik photos of the view keliling. Bawah ni gambar jeti ke Pulau Orang Hutan.








We checked out of Bukit Merah Laketown resort dalam 11am. Hubby said, menyeberang naik ferry la pulak kan since it would be good experience for the kids, sambil mengimbau nostalgia. Nostalgia macamana tu? Hehehe wait and see. 


Ni semasa dalam kereta beratur nak naik feri. Bored, so the girls and me camwhore kejap hahaha


Beg kaler pink tu penuh dengan "goodies" to keep the girls occupied. 




Akhirnya kami naik feri Pulau Rimau...the smell of the sea menusuk hidung but its good to come back again. 


Dan camwhore lagi atas feri hehehe





So nilah nostalgia nya :)

Orang yang kat dalam perut dah keluar hahaha
Gambar 2010 tu Syasya was at the same age as Mimi is now...dan ternyata nampak Mimi so "halus" huhuhu

So kalau ke Penang memang tak sah la singgah makan kat Padang Kota. Dan sekali lagi Syasya menunjukkan keturunan "penang" nya hahaha


Semua pun "blasah", tak nak beli pasembor (sebab mahal nak mampuih) pun beli gak hahaha

Sekian sahaja raya kami from 1st day to 4th day. Tahun ni raya lama sikit kat Penang. My hubby tiap2 malam keluar dengan school buddies dia. Our 5th of raya was my SIL's wedding reception. That would be a separate entry :)

So..raya korang setakat ni camne?















2 comments:

  1. meriahnya sambutan raya.
    suka tgk birthday girl yg buat mcm2 gelagat bila amik gmbr. hmmm...tetiba terbyg kalo ada anak pompuan.hehe

    ReplyDelete
  2. waaa...best nyerr....lama dah tak pi penang nih..sejak dok JB..haiihh....neway Selamat Hari Raya sis..:)

    ReplyDelete