Sunday, November 06, 2011

Pengorbanan - Aidil Adha 1432H


Hari raya haji atau hari raya Qurban, mengingatkan kita erti sebenar pengorbanan. Pengorbanan tak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga satu pengorbanan. Di sebalik kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s adalah simbolik kepada pengorbanan. Pengorbanan yang lebih bermakna adalah kerana Allah SWT.

Jadi tahun ini kami bermuhasabah diri - berkorban tidak balik ke kampung. DH kata takut tidak cukup rehat sedangkan kami baru sahaja baik daripada "virus" yang melanda satu keluarga.

Selalunya this time of the year, I memang akan sibuk di dapur, but since we all beraya di SJ sahaja there is no need to masak yang berlebih-lebih (pesan DH).

But we had special buka puasa semalam - I betul-betul maksimum my homemade Hokkien Har Mee (Mee Udang) dengan ketam. Memang licin periuk.




I made cookies for the kids, itupun atas permintaan DH. Dia kata "fun way to eat oats" for him.
I pulak teringin something spicy and buttery with my tea - so I made Snickerdoodles for me & Double Choc Chunk for them


Pagi tu breakfast pun yang biasa-biasa sahaja. Cucur Ayam...


Made a special treat for the kids as well. Ni sebab nak semua orang including Syasya makan yogurt. Ice cream nak, yogurt tak nak hurmmm....tapi yang ni dia bedal habis.


Alhamdulillah, jiran sebelah sangat pemurah...dapatlah juga merasa secara ala kadar lemang dan rendang (gambar seperti yang anda lihat di atas hehehe)

Bila berjauhan dari keluarga ni, ada rasa untuk muhasabah diri di manakah lambang ketaatan kita berbanding Rasul Allah itu. Sejauh mana taatnya kita pada perintah Allah? Adakah kita sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini taat kepada perintah yang telah diperturunkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi tanpa banyak mempersoal dan banyak berdalih?

Justeru eloklah mengingati diri I sendiri dan readers out there, bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini. Mohonlah keampunan di hari raya ini. Gunakan kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik mungkin. Saya dan anda, manusia tak lepas dari lalai dan leka walau hanya seketika. InsyaAllah, moga kita mendapat rahmat daripada-Nya.


2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Haji Farah..waah, rajinnya..and your food pictures are so yummy looking..expertlah you!

    Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa kita semua.
    Mudah2an kita sentiasa berikhtiar menjadi orang2 Islam yang lebih taat pada DIA..dan dapat mengumpul bekalan iman yang banyak ke akhirat nanti..Ameen.

    ReplyDelete
  2. humang aiii...
    mcm tu punya rajin masak u kira xde yg special? uishhh... bahagianya jadi anak2 u.
    err..u nak anak sorg lagi tak. tapi dia dah kawin dan ada anak 2.hehe

    ReplyDelete