Followers

Friday, October 21, 2011

Khazanah Emas Di Belakang Rumah - Kacang Kelor (Murungakai/Murungey/Moringa Oleifera Pods)

Saya sangat bertuah kadang-kadang saya tidak sedar bertapa bertuahnya saya. Salah satu perkara yang menyebabkan saya rasa bertuah adalah mak aji jiran sebelah rumah saya yang sangat baik hati. Belakang rumah kami di tengah-tengah ada pokok kelor - kacang dia banyak sangat. Selalu kalau mintak kat mak aji, dia kata "ambik je lar Farah, tak payah tanya-tanya" - mintak daun kari dia yang besor tu pun dia cakap benda yang sama.

anak bertuah saya dan hasil beberapa hari lepas untuk masak kari 

Hasil "tuaian" hari ini - mewah kan? Percuma terbaik dari ladang

Pernah dengar tak pokok kelor?? Aaa orang India panggil murungakai. Memang sedap buat masak kari dan lemak cili api. Baru-baru ini cuba resipi masak asam rebus macam asam rebus batang keladi tu pun sedap gile.

kari ikan gelama dan kacang kelor (murungakai)

Masak Asam Rebus Kacang Kelor/Murungakai

Daun dia saya belum pernah masak lagi, tapi dah jumpa resipi kat sini - Sayur Jukut Daun Kelor. Macam urap la juga rupanya.

http://lakehavensdiary.blogspot.com/2010/03/sayur-jukut-daun-kelor.html

Masak macam pokok turi pun boleh rupanya - va va va
Tapi kenapa nak over excited pasal pokok ni pulak?

Pokok Moringa atau kelor kaya dengan nutrien, dan kebanyakan bahagian-bahagian pokok ini semuanya boleh digunakan. Manfaat Moringa ini berbeza-beza mengikut bahagian pokok yang digunakan. Kacang Moringa oleifera adalah antara buah yang paling penting dan digunakan secara meluas dari semua bahagian pokok. Buahnya sangat berkhasiat, mengandungi asid amino penting, menjadi sumber protein kebanyakan vitamin, mineral, ko-enzim, dan antioksidan yang lengkap

Kacang yang sudah saya potong buat masak

Bagaimana Moringa oleifera boleh memberi manfaat kepada anda?

Bermacam-macam :

How can Moringa oleifera benefit you?

The possibilities are endless. Here are just a few of the many real benefits people discover when taking Moringa oleifera:
Increased physical energy - Tune your body up with naturally occurring nutrients to make your energy last longer
Mental and emotional balance - Moringa oleifera's amazingly powerful nutrient compounds help restore stability to the chemicals that govern our thoughts and emotions. You have to experience it to appreciate it!
Faster recovery - Moringa oleifera's complete amino profile, along with dozens of vitamins and minerals, makes it a perfect recovery food after grueling workouts and physical strain.
Healthy blood sugar levels - antioxidants and unique regulating compounds help control blood sugar and keep the blood free of unhealthy substances. (http://www.moringasource.com/moringa-benefits.php)
Tapi yang paling menarik for me ialah :
Nutrient-dense mother's milk - Increased iron, potassium, Vitamins A, B, C, E, and dozens of other important nutrients are all readily absorbed from Moringa oleifera and transferred from mother's milk to the growing newborn. No wonder Moringa is called 'Mother's Best Friend' in cultures across Africa! (http://www.moringasource.com/moringa-benefits.php)
Moringa Oleifera mengandungi nutrien yang berharga untuk ibu yang menyusu, dan secara tradisi dikenali untuk membantu menyokong pengeluaran susu ibu.Zat Besi, protein, vitamin dan semua 9 asid amino yang hadir dalam daun Moringa menjadikan ia suplemen pemakanan yang ideal bagi semua peringkat umur. Moringa kaya dengan banyak vitamin, terutamanya dalam vitamin C, provitamin A (beta-karoten) Vitamin B1 dan E.

Tak payah la kan nak susah-susah beli serbuk dia dah ada yang ORGANIK lagi bagus dan berkhasiat!


Ha Ha Ha - tu la kan, ada KHAZANAH EMAS belakang rumah tapi tak sedor pun :P

pohon dan buah sudah tua di belakang rumah saya

OK siapa interested nak tahu camne nak masak kacang kelor rebus asam, sila ke sini *wink*

3 comments:

kakyong said...

org India memang selalu guna kacang ni.. rasa nya masam tp sedap..

Anonymous said...

boleh tolong tak.saya nak benih kacang kelor nak tanam
nak no contack necdo@yahoo.com

Farah Rahim said...

owh boleh..nanti saya usahakan ye. Benih dia ambik dari kacang tu sahaja kan?