Saturday, April 16, 2011

The One About Justice For Arwah Adelia Part 9 (WHY MORE CASES???)


Hari ini saya teringat pada Arwah lagi...
Tak tahu nak rasa apa sekarang ni bila dapat tahu about this and also Zahra Mia's case (read via Ajula's Blog)

why...sampai bila????

 Arwah Baby Zahra Mia

Bayi 3 bulan mati tersedak susu di taska

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MAZUIN (kanan) dan Mohd. Idzwan menunjukkan laporan polis yang dibuat di Kuala Lumpur semalam. (gambar kecil) Nur Alia Maisara

KUALA LUMPUR - Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sejak tiga bulan lalu berakhir sekelip mata apabila bayi mereka mati didakwa akibat tersedak susu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Presint 17, Putrajaya kelmarin.

Bayi perempuan berusia tiga bulan itu, Nur Alia Maisara Mohd. Idzwan (gambar kecil) yang baru diletakkan di taska tersebut sejak seminggu lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi.

Ibu bayi itu, Mazuin Mardzuki, 27, berkata, dia dan suami, Mohd. Idzwan Mohd. Yusuf, 29, menghantar anak tunggal mereka ke taska berhampiran rumah di Blok D, Presint 17 itu selepas dia habis pantang bersalin.

4 comments:

  1. kak fara..sudah sampai masanya kerajaan meniliti semula akta-akta yang melibatkan pengasuhan kanak-kanak. Disamping itu kita sama-sama berdoa moga Allah tunjukkan hikmah di sebalik semuanya ini berlaku

    ReplyDelete
  2. Its really sad dear...it really is
    Our hands are bounded but it doesnt stops us from finding the key to open the handcuffs

    ReplyDelete
  3. Another? This is just sad.. *wiping tears*

    ReplyDelete
  4. i think we should start a petition on this. petition utk gesa kerajaan gubal enakmen ker akta ker berhubung kes2 kecuaian/kelalaian nursery atau pengasuh yg menyebabkan kematian bayi atau kecaacatan sementara/kekal.

    ReplyDelete