Friday, April 01, 2011

The One About April Fool or April Full of Fools


Maaflah hari ini ada orang kena sound. No, I tak memFOOLkan orang walaupun its you-know-what-day-in-April-it-is

But I memang orang yang kaki suka sound kalau I rasa tak betul.

Ingat ye, sebagai penulis blog, kita juga punya tanggungjawab menyampaikan yang benar dari sumber-sumber yang betul.

accountability dan integrity - itu paksi kita

Nah hari ini ai disogokkan dengan cerita ala orang kapio zahat pagi-pagi bila bukak forum berjimba-jimba hauswaif like me.

Cerita about kejatuhan Islam di Granada (or Spain) and how it relates to April Fool. Ini dia:

Assalamualaikumwbh.... Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


but excuse me? 

I tot the origins of April Fool dikatakan dari penukaran system kalender Perancis pada abad ke16 (yg mana Tahun baru di tukar dari akhir Mac ke Januari 1st) Jadi sapa2 yg masih celebrate new year pada 1 april tu depa april foolkan - this... is known as Poisson d’Avril.

Ada juga kata April Fool berasal dari Cantebury Tales (koleksi cerita pendek ditulis oleh George Caucher dimana seekor ayam bernama Chauntecleer telah ditipu oleh seekor Jebon atau Fox)

and penaklukan Islam di Granada (Spain) secara sejarah dicatat berakhir pada 12 Januari 1492 dan April Fool's day tidak disambut sehingga 60 tahun selepas itu (sumber : http://www.muftisays.com/viewarticle.php?article=aprilfools)

sopan sahaja jawapannya :
sy pulak ambil info ni dr iluv.islam.com.. wallahua'lam.... tp yg penting x yah le sambut april fool kan....
Aiyooook suddenly I feel so unISLAMIC sebab sumber saya tidak Islamic kah???

Maka makcik pun LABUHKAN lagi tudung and said :
Cerita asal yang direka INI satu "pembohong sengaja dengan tujuan menghasut kebencian agama"

Walau apa pun its true, haruslah menekankan tak payah celebrate April Fool ni dari segi adab kita sebagai orang muslim,
tak baik menyusahkan orang, tak baik mengenakan orang...akan ada tertanam nanti sifat kebencian dan jelek....
In realiti kita ...harus tengok dari sudut betapa bodoh dan jeleknya kaum kafir kerana mencipta satu tradisi yang sangat BODOH.

Cukuplah kita katakan - "Buat apa nak celebrate, sedangkan Islam menekankan kita eratkan silaturahim sesama insan"

"...ada sesetengah umat Islam yang berniat menegah kita dari menyambut April Fool, Valentine Day, memakai wristband dan sebagainya. Tetapi mereka menegah bukan dengan Ilmu dan hujah, tetapi cerita-cerita karut yang kadang-kadang takde kena mengena pun dengan Islam. Cerita-cerita tersebut bukan sahaja penipuan malah memalukan umat Islam seluruh dunia. Memang benar, kita harus menjauhi perayaan atau sambutan orang kafir, tapi bukan dengan cara memfitnah mereka pula. Saya yakin, di penghujungnya orang kafir akan mentertawakan kita lantaran kebodohan kita mencipta cerita-cerita sebegini. Oleh itu saya berharap kita ajarlah anak-anak dan saudara mara kita dengan ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak Ulamak, bukan cerita-cerita yang tak tahu hujung pangkalnya. Wallahu 'alam" - sumber www.iLuvislam.com
(cukup Islamic tak reference I :P)

So..siapa yang kena April Fool hari ni? Its a HOAX people (sumber: http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html)

Masya Allah...

p/s bila ai marah ai banyak speaking maley coz it doesnt sound stupid :P

No comments:

Post a Comment