Tuesday, December 07, 2010

Tech Tuesday dgn Fay : Mengatasi masalah Adobe Flash Crash ketika bermain Farmville/Frontierville

PC personal I di bilik tidur utama motherboard dia dah kong, so lately I main games macam farmville di Facebook di pc DH. Tapi this time tiap kali loading sahaja dia crash...tiap kali loading je crash. Benggang kejap. Rupanya I lupa, setting firefox belum di tweek :P


Pada mereka yang masih belum tahu, sejak beberapa peningkatan yang lepas, Firefox telah mengasingkan plugin proses, termasuk Adobe Flash.

Perlindungan plugin crash ini mempunyai ciri-ciri mencegah crash dan hang di Flash dari mencacatkan proses utama Firefox.

Secara default, jika Flash tidak responsif selama 45 saat, Firefox akan mengakhirinya dan memaparkan The Adobe Flash plugin has crashed (macam yang uols nampak kat atas tu)

Namun, beberapa game berasaskan Flash seperti Farmville dan Frontierville boleh memakan masa lebih dari 45 saat untuk dimuat turun atau loading, yang mana secara tidak perlu mengaktifkan perlindungan plugin crash ini.

 Hal ini terutamanya akan terjadi pada komputer yang lebih lambat atau jika Uols menjalankan aplikasi intensif Flash di banyak tab atau tetingkap sekaligus.

Yelah tak semua orang mampu dan ada kepakaran punya CPU yang power cam adik I. Sah-sah CPU I semua kadang-kadang jalan cam siput he he he

 Screenshot dari PC super adik 
dengan Ubuntu Linux virtual di Windows XP yang virtual di PC Windows 7 
*kagum*

Bagaimana mematikan perlindungan plugin crash ini
Uols boleh mematikan perlindungan untuk mencegah Firefox dari membunuh (kill) sesuatu proses plugin tergantung, tak kira la  berapa lama plugin tu perlukan masa untuk memuat turun applikasi tersebut.
Walaupun nanti Uols telah tweek perlindungan ni,. plugin crash masih boleh di detect dan tidak akan menghentikan proses browser

CARA-CARANYA
Di bar Lokasi , taip about: config dan tekan Enter.





Laman amaran mungkin muncul yang memberi amaran "This might void your warranty!" ("Ini mungkin membatalkan jaminan anda!") .


Jangan bimbang. Click I'll be careful, I promise!, untuk meneruskan ke about: config.

Dalam kotak Filter, taip ipc.


Teruskan dengan mencari dom.ipc.plugins.timeoutSecs


Double klik tatacara atau setting tersebut dan tukar integer value dari 45.



Tukarkan integer value tersebut ke -1 atau 0 untuk mematikan  perlindungan ini. 


Jangan lupa untuk restart browser setelah uols klik OK

Hasilnya...selamat labu-labu yang dah masak ranum tuh he he he.

No comments:

Post a Comment