Gestasi Diabetes Melitus (GDM) tidak terjadi kerana apa yang ibu hamil lakukan atau makan. Ianya terjadi kerana ketika kehamilan, badan yang hamil memerlukan insulin tambahan untuk pertumbuhan bayi.
Untuk Maklumat serta Sokongan berkenaan kehamilan dan gejala Gestasi Diabetes Melitus (GDM):
********************************************************
********************************************************
Diabetik Nurse Ms Choo pernah memberi taklimat pada saya supaya menyimpan at least 1 air tin di rumah. Sebagai ibu hamil yang mengalami GDM, ada kemungkinan pada masa-masa tertentu saya akan mengalami hipoglikemia atau gula rendah.
Benar, tepat jam 1pagi lebih semalam, saya mengalami simptoms yang berkaitan dengan hipoglikemia. Nasib baik ada sedikit gula di dapur maka terus saya membuat air teh dibancuh sukatan yang diperlukan sambil mengambil bacaan mmol/l setiap 20 minit.
Sebahagian besar kes hipoglikemia pada orang dewasa terjadi pada penderita diabetes mellitus.
Mengikuti program yang mengawalan ketat kadar glukosa darah sebenarnya meningkatkan risiko hipoglikemia atau glukosa darah rendah. Tidak ada bukti bahawa hipoglikemia merupakan risiko untuk perkembangan bayi, tetapi boleh menjadi masalah bagi kita sebenarnya. Oleh kerana itu, pastikan anda menyimpan dan membawa sumber karbohidrat dengan anda pada bila-bila masa. Adalah baik juga jika, keluarga anda dan rakan-rakan di pejabat tahu apa yang harus dilakukan jika anda mengalami gejala ini.
Punca :
Epinephrine adalah salah satu hormon utama yang dilepaskan selama hipoglikemia. Epinephrine menyebabkan sebahagian besar gejala awal hipoglikemia.
Gejala umum hipoglikemia meliputi:
* Gemetar,
* Kulit lembap,
* Berdebar-debar (jantung berdebar atau degupan kuat),
* Kecemasan,
* Berpeluh-peluh,
* Kelaparan yang amat sangat
* Mudah tersinggung.
Ketika otak kekurangan glukosa, gejala berikut akan berlaku:
* Kesulitan dalam berfikir,
* Kebingungan,
* Sakit kepala,
* Kejang, dan
* Koma.
Akhirnya, selepas koma yang signifikan atau kehilangan kesedaran, kematian boleh berlaku.
Jika ibu-ibu hamil mengesyaki anda memiliki hipoglikemia, tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan tahap gula dalam darah. Jika tidak, organ-organ dalamaan akan mula mengalami kerosakan (contohnya, otak hipoglikemik mungkin akan mengalami sawan dan kekejangan).
Kaedah rawatan :
Kadar glukosa darah biasanya boleh dinaikkan menjadi normal dalam masa beberapa minit dengan mengambil 15-20 gram karbohidrat, walaupun overtreatment harus dielakkan jika mungkin.
Ini adalah jumlah karbohidrat yang terkandung dalam
sekitar 3-4 ons (100-120 ml) limau, epal, atau jus anggur
sekitar 4-5 ons (120-150 ml) dari air tin biasa(non-diet)
sekitar satu potong roti
sekitar 4 keping cream crackers
sekitar 1 porsi makanan berkanji Makanan berkanji cepat dicerna menjadi glukosa, tetapi menambah lemak atau protein menghalang pencernaan.
Komposisi rawatan perlu dipertimbangkan, seperti jus buah biasanya lebih tinggi kadar fruktosa dan tubuh mengambil masa lebih lama untuk mencerna.
Setelah mendapat rawatan, gejala-gejala harus mulai hilang dalam masa 5 hingga 10 minit, walaupun pemulihan penuh mengambil masa 10-20 minit. Ambil masa kira-kira 15-20 minit untuk mengambil bacaan mmol/l anda untuk memastikan ianya kembali ke paras normal (4.3mmol/l)
Perlu diambil perhatian bahawa rawatan tidak mempercepatkan pemulihan, dan MUNGKIN akan menghasilkan hiperglikemia (gula dalam darah tinggi) selepas itu, yang pada akhirnya perlu ditangani juga.
********************************************************
Ruangan ini diadakan hanya untuk informasi umum. Penulis tidak bertanggung jawab untuk apa-apa perubahan, kesalahan atau kelalaian dan langsung atau tidak langsung kerosakan atau kerugian apapun yang diderita secara langsung atau tidak langsung oleh setiap orang yang bergantung pada salah satu atau semua informasi, untuk tujuan apapun.
Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.
Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.
Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.
Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.
No comments:
Post a Comment