Sunday, December 05, 2010

Tak Sakit Pun Cucuk Insulin

Selalu bersembang dengan other mommies kat community forum, ada yang tak dapat bayangkan how pregnancy would be kalau kena kencing manis (GDM) dan kena cucuk insulin.

I dont blame them, sebab masa I diberitahu bahawa kemungkinan I kena ambik insulin, I terbayang satu botol kecik dan jarum shringe yang besar tu...cuak ooo!

Manalah I tahu zaman dah berubah dan barang-barang yang digunakan untuk cucuk insulin tak lah seburuk yang I sangka-sangkakan...

Mari I perkenalkan best friend I setakat ini :P
Miss Actrapid..my best friend during the day...


dan Mr Insulatar...teman I sebelum tidur huhuhu...



Kedua-duanya dipanggil ready filled insulin pen (memang macam pen kan???) Ready filled maknanya I tinggal screw on jarum dia je...cuba uols tengok hujung sebelah kanan lepas I bukak pen tu..nampak tempat nak screw on?



Di bawah ini adalah jarum yang akan kita screw on.
Jarum ni memang datang macam ni, beli satu kotak ada 100 (cost RM45 kalau beli di persatuan diabetik) Sealed untuk tujuan sterile.


Dibawah tempat kita nak buka tu dia akan tunjuk size jarum tu. Ada macam-macam size, tapi doktor pakar I suruh 0.25x6mm - tersangatlah halusnya..


Nampak je BESO tapi memang halus...


 Cara memakainya, mula-mula kita kena pulas tutup dia ke berapa unit kita perlu...nampak tak nombor-nombor ditengah tu? Sebelah nombor di tengah-tengah tu ada cam indicator tertimbulkan? Tu la indicator dia. Biasanya kita pusing kan bahagian hadapan penutup (dan silinder depan) sampai dia ke no yang kita nak. 14 misalnya untuk 14unit.

Hujung akan timbul satu lagi indicator, untuk kita tekan masukkan insulin bila dah cucuk nanti...


Buka penutup pen dan anda akan lihat pemandangan ni..

Seterusnya screw cap jarum tu dan bukak outer cap dia


...dan kelongsong yang menutup jarum.



Dah sedia untuk cucuk...


Nak cucuk kena bahagian berlemak macam perut atau paha...Uols tengok ye..tak sakit dan senang masuk...




Bila dah masuk semua jarum, tekan hujung sampai dia jatuh semula. Kira sampai 20. Cabut keluar dan letak balik cap. Unscrew jarum dan masukkan dalam bekas (macam tin susu). Tutup, bila dah penuh, kita akan seal dan letak tanda biohazard sebelum dibuang (pesanan khidmat masyarakat nurse diabetik I he he he)


Biasanya I simpan my insulin dalam pencil case dalam handbag. So dalam kelam kabut, I akan still ingat untuk bawa ke mana-mana je.


Ada apa-apa soalan murid-murid?? He he he

Setiap ibu-ibu yang mengandung jangan lah rasa takut dan gusar kalau kena minum air gula untuk MGTT tu. Pencegahan tanda-tanda pada kencing manis ketika hamil pada usia awal kandungan sebenarnya mengurangkan risiko merbahaya pada kandungan, apatah lagi teknologi moden membolehkan kita melalui proses menggunakan insulin yang mudah dan tidak menyakitkan.

Tahu tak uols, my doktor said (biasalah doktor PPUM ni macam pensyarah, dia rajin buat kajian) wanita hamil yang mempunyai kencing manis dan dibawah management insulin, ramai yang kurang melahirkan bayi yang besar dari usia gestasi, sekaligus mengurangkan kebarangkalian kelahiran yang memerlukan pembedahan atau mengalami komplikasi, jika dibandingkan dengan wanita hamil yang hanya dibawah management diet sahaja. Ini kerana insulin dapat mengatur kembali kehilangan insulin dalam badan dan menurunkan paras glukos dalam darah ketahap yang lebih selamat (dibawah 6mmol/l)

Kebiasaaannya, kencing manis ketika hamil akan hilang dengan sendirinya setelah uri terpisah dari ibu dan hormon wanita tersebut kembali ke paras normal kerana punya sebenar kencing manis adalah paras hormon yang naik secara mendadak menyekat pengeluaran hormon insulin.

1 comment:

  1. selalunye, doc akan decide suruh kita cucuk insulin bila bacaan glucose berapa? saya gdm..sgt takut kalau smp kena insulin..skrg pregnant 34 weeks..

    ReplyDelete