Sunday, December 05, 2010

Sarapan apa kita? : Tutorial membuat Mushroom Egg Omelette

Berlabel tidak sihat di era 80-an, telur masih disalahfahami 20 tahun kemudian. Sementara orang-orang yang memerlukan atau mengambil high protein diet amat mengemarinya, orang-orang mengikuti diet rendah lemak atau yang prihatin tentang mereka tahap kolesterol mereka sering mengelakkan telur sama sekali.

Jika anda tidak makan telur, uols kehilangan salah satu powerhouses besar dalam alam gizi pemakanan.

Ya, telur sebenarnya mengandungi kolesterol baik.

Tapi ingat, lemak tepu dan bukannya kolesterol yang memberi kesan kepada tahap kolesterol dalam darah. Sebuah kajian terbaru (An Egg a day is good for you) menunjukkan bahawa makan telur secara teratur dan gaya hidup yang sihat, tidak menunjukkan kesan negatif pada LDL-kolestrol atau menyumbang risiko penyakit jantung.

I sendiri sudah dekat 9 bulan tak sentuh nasi lemak. Ini kerana sebagai pesakit diabetes, I kena makan high protein diet. Telur tak jadi masalah, malah I suka makan kerana ia mengenyangkan, sampai tak perlu nak snack sebelum makan tengahari. Tahu sahajalah, orang mengandung ni cepat lapar!

Seorang teman tanya I hari tu, macamana nak masak my femes Omelette Telur Cendawan ni (Big Breakfast cara saya)? Ini tutorial bergambarnya ye..

Omelette Telur Cendawan
(Big Breakfast cara saya)

Bahan-Bahan (untuk 2-3 orang makan)
4 biji telur
1/2 tin cendawan butang
Bawang besar
sedikit serbuk lada putih
sedikit susu (tak mahu pun tak apa)
sedikit Oregano (tak mahu pun tak apa)
garam secukup rasa
baked beans
sedikit baked beans, timun dan tomato sebagai sampingan
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuat :


pecahkan telur dalam mangkuk, 
masukkan 
sedikit serbuk lada putih
sedikit susu 
(saya pakai susu tepung anlene sebab rendah lemak - tak mahu pun tak apa)
sedikit Oregano (tak mahu pun tak apa) 
garam secukup rasa
pukul telur sampai semua bahan sebati

Cendawan dalam tin boleh beli yang dah siap dihiris,
kalau tidak pun hiris dulu macam gambar bawah ni


Seeloknya guna kuali non stick, 
masukkan sedikit minyak,
api sederhana
dan tuangkan bancuhan telur tadi
 (maaf, kuali non stick saya buruk, tapi nonstick dia HEBAT :P)


Setelah bahagian bawah telur sudah masak,
Masukkan cendawan tadi,
susun elok2 di satu bahagian sahaja


Kaup dan balikkan 
bahagian telur yang tak ada cendawan


perlahan-lahan bahagikan dua dengan sudip
kaup keseluruhan telur
dan balikkan supaya rata masaknya


Angkat dan letak tepi dahulu

Bubuh sedikit minyak dalam kuali yang sama 
*tak perlu basuh, jimat air :P
kemudian masukkan bawang besar merah yang sudah dihiris bulat
*kalau tak suka tak apa
tapi saya suka he he he

Angkat, tos minyak dan letak tepi dahulu

  begini cara menghidangkannya
letak omellete, kemudian sedikit baked beans,
tomato yang sudah didadu, 
timun yang sudah didadu
dan last sekali
bawang besar yang goreng layu tadi
SIAP!!


 Kalau tak kenyang sampai tengahari, tak tahu la he he he
SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment