Thursday, December 09, 2010

Perlu Ke Makan Sampai RM100 Baru Puas Hati??



Malam Isnin minggu lepas seronok dapat makan masakan Thai yang sangat murah dan sedap, terus teringat satu gerai roti canai dekat dengan tempat kerja lama.

flyover nak ke Berjaya Times Square dr office lama
 
View dari office lama tu memang mavles sebab dok tingkat 18. Masuk kerja ikut shift. Kalau pagi 7am (ikut time Australia) dan kalau lewat pagi pukul 11am (ikut time India). Last I dengar cerita dari my x-workmate, ofis dah berpindah ke Singapore. 
I dari dulu memang perangai tak suka drive masuk KL, lebih-lebih lagi area Bukit Bintang. Tu yang dulu rasa bahagia je duduk kat Pinggiran Cempaka, sebab stesen LRT sekangkang kera je kata orang hik hik hik


yg you all nampak atap panjang kaler oren tu tempat I duduk dulu 


Biasanya kalau masuk pukul 11 pagi memang sengaja naik LRT awal . Kebetulan memang turun kat stesen Pudu sebab nak naik bas Intrakota ke Jalan Imbi. Dekat jln Pudu berhampiran Majestic ada seorang peniaga India muslim jual roti canai. Ni spot kegemaran tiap kali kalau mengidam roti canai. Gerai dia simple je. Ada belakang deretan kedai yang uols nampak dekat Jalan Pudu sebelum simpang ke Jalan Pasar.


 
 

Yang menarik tentang tempat ni adalah kuah parpu dan sambal yang dihidangkan. Memang sedap sangat pada I. Dah la murah gile, servis pun bagus. Roti dia garing dan lembut macam I suka.




 


 

Kadang-kadang teringat juga gerai roti canai ni, yalah tertanya-tanya ada lagi ke (gambar tu diambil pada 2007) atau dah berpindah ke...sejak duduk Subang Jaya lama sangat tak jejak kaki ke Bukit Bintang. Teringat kata-kata my auntie, "kalau dah duduk kat area-area Subang, memang akan jadi malas nak ke KL" 


Tapi life macam tu la kan...kadang kita idamkan yang sedap dan vavavom macam Chicken Chop at Kluang Station ni hah (dulu duduk Pinggiran Cempaka tu pun, selalu pergi TESCO Ampang)


 


DH masa muda sebelum ada A'aesyah alalalalala he he he

Kalau ada duit, RM100 habis pun tak apa. Tapi ada kawan cakap "rugi je RM100, akhirnya masuk pembetungan Indah Water gak!" Ha Ha Ha 


Kadang-kadang pula kita hanya perlukan sesuatu yang simple dan murah tapi sedap untuk melengkapkan hari kita. Tepuk dada...tanya selera kan?


2 comments:

  1. saja nak belai tekak dgn mknn mahal sekali-sekala.
    tapi betullah..last2 ke loji IWK gak

    ReplyDelete