Indeks Glycaemic (GI) adalah kedudukan karbohidrat makanan dari 0-100 yang memberitahu kita apakah makanan tersebut akan meningkatkan kadar glukosa darah secara dramatik, sedang, atau hanya sedikit.
Makanan berasaskan karbohidrat sebahagian besar mengandungi kanji dan gula, contohnya bijirin, kentang, roti, buah-buahan dan susu.
Bagaimana GI diukur?
GI berasal dari pengukuran glukosa darah berperingkat pada responden yang telah makan makanan yang mengandungi 50g karbohidrat (kanji dan gula). Makanan yang berbeza mengandungi jumlah karbohidrat yang berbeza misalnya 3 biji kentang rebus atau 2 cawan pasta.
Karbohidrat di dalam makanan yang cerna secara perlahan-lahan akan melepaskan glukosa secara berperingkat secara perlahan ke dalam aliran darah dan mempunyai GI rendah. Karbohidrat makanan yang cerna secara cepat akan melepaskan glukosa secara dramatik dan menghasilkan kenaikan kadar glukosa darah yang lebih cepat dan lebih tinggi. Maka quantiti GI nya tinggi
Grafik bawah membandingkan GI antara glukosa dan spaghetti:
Glukosa asli menghasilkan kenaikan terpantas dan tertinggi kadar glukosa darah. Inilah sebabnya mengapa glukosa diberikan sebuah GI 100 (atau 100%) dan digunakan sebagai acuan untuk pengukuran terhadap semua makanan yang lain.
Spaghetti (sebagai yang dipaparkan di atas) meningkatkan kadar glukosa darah hanya sebanyak 41% jika dibandingkan dengan glukosa asli, sehingga hanya memiliki GI 41 sahaja.
Mengapa GI penting dalam pengurusan pemakanan ibu GDM?
Terdapat hubungan erat antara GI dan diabetes. Makanan dengan GI tinggi mengakibatkan tubuh memerlukan lebih banyak hormon insulin dihasilkan (atau disuntik untuk orang-orang yang memerlukan insulin) untuk mengawal kadar glukosa dalam darah.
Makanan yang rendah GI membantu mengawal diabetes kerana menghasilkan kadar glukosa rendah dalam darah dan oleh kerana itu hanya sedikit insulin diperlukan.
Makanan yang rendah GI juga boleh mengalakkan penurunan berat badan dan boleh membuat anda merasa lebih kenyang. Ini dapat membantu dalam mengendalikan nafsu makan.
Makanan tidak 'baik' atau 'buruk' hanya atas dasar GI sahaja, anda juga harus mempertimbangkan:
- Kandungan lemak
- Memperbagaikan makanan, hidangan mesti mempunyai kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi
- Jumlah makanan yang diambil (contoh: Susu rendah lemak dalam quantity 15g carbo tidak akan mempunyai efek yg tinggi pada kadar glukos dalam darah jika dibandingkan dengan 1 gelas besar)
- mengandungi jenis kanji yang bagaimana, (http://www.carbs-information.com/starch.htm)
- bentuk fizikal makanan, saiz dan kematangan (semakin besar saiz lebih lambat makanan diserap dan semakin masak sesuatu buah itu semakin cepat gula diserap)
- cara memasak dan pemprosesan-biasanya mempercepatkan penyerapan
- jumlah serat larut air yang hadir (melambatkan penyerapan)
- jenis gula (gula buah lebih lambat dipecah di bandingkan sukrosa)
- lemak dan kandungan protein (penangguhan penyerapan)
- keasidan makanan-misalnya menambah jus lemon untuk makanan, melewatkan penyerapan
********************************************************
Untuk Maklumat serta Sokongan berkenaan kehamilan dan gejala Gestasi Diabetes Melitus (GDM):
********************************************************
Ruangan ini diadakan hanya untuk informasi umum. Penulis tidak bertanggung jawab untuk apa-apa perubahan, kesalahan atau kelalaian dan langsung atau tidak langsung kerosakan atau kerugian apapun yang diderita secara langsung atau tidak langsung oleh setiap orang yang bergantung pada salah satu atau semua informasi, untuk tujuan apapun.
Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.
Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.
Walaupun ruangan ini mencuba sedaya upaya untuk menyampaikan informasi yang tepat, saya tidak menjamin kebenaran, ketepatan, kecukupan, atau kelengkapan informasi dan bahan-bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui ruangan blog ini.
Informasi yang diposting di sini oleh penulis tidak boleh dianggap nasihat pakar kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi dengan pakar kesihatan yang bertauliah.
No comments:
Post a Comment