Baginda, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini dan ekoran itu Jemaah Majlis Diraja Johor telah bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja.
Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh Baginda.
Sultan Iskandar: Raja berjiwa rakyat
DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.
Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.
Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselematan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselematan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang keatas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.
Baginda juga mendermakan keseluruhan elauns sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar.
Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.
Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahnada dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.
Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek Jambatan Bengkok dibatalkan pada bulan Mac 2006.
Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2008, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura.
Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh baginda.
dipetik dari Sultan Iskandar Raja Berjiwa Rakyat
No comments:
Post a Comment