Monday, July 09, 2012

Ujian


Minggu lepas ramai anak-anak yang demam, selsema, batuk dan macam-macam lagi. Ada yang sampai kena warded. Ada yang hanya setakat cukup makan ubat di rumah. Ada yang terpaksa juga walaupun hati tak nak, tinggalkan anak dengan husband or parents sebab kerja tetap kena kerja.

Ujian ini telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Anak sakit hanyalah 0.01% daripada ujian getir lain yang orang lain hadapi; anak ada cancer, anak kurang upaya  dan ada juga di uji dengan kematian.

Tak kurang juga ada yang di duga macam Kiah dan Adik Awang kita ni. Saya suka tengok perkembangan mereka hari-hari, hata takala saya hanya mampu makan nasi dan kuah kari sahaja di kedai nasi kadar semata-mata memenuhkan impian anak-anak yang nak makan lebih sikit pun saya masih tersenyum tanpa rasa kelat. Kenapa?

...kerana saya bersyukur dengan apa yang saya ada jauh lebih baik daripada keadaan daif yang mereka ini hadapi.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"


More stories of Kiah & adik Awang here
Jom join "Sinar Harapan untuk Kiah & dik Awang" facebook group 
untuk ketahui cara-cara anda boleh membantu

“Among the most beloved of people to Allah is the one who is most helpful.” ♥ Help others so that ALLAH will Help u ! May ALLAH make us among the most helpful people to His creation"

No comments:

Post a Comment