Sebab hari ini adalah harijadi Amelia Mary Earhart.
Yes Amelia. Sama macam nama my 3rd daughter.
And from this entry you will know kenapa saya namakan dia sempena nama salah satu idol saya ini.
Amelia adalah wanita pertama yang menerima Distinguished Flying Cross. Ia mendapat penghargaan itu kerana dia adalah wanita pertama yang terbang sendiri menyeberangi samudera Atlantik.
Di waktu dan zaman di mana semua orang lelaki kata "NO"
Cik Amelia kita ni kata "GO!"
Semangat kental dan waja dia memang patut dicontohi.
Apatah lagi zaman tu, orang nak buat kapalterbang pun cuak, apatah lagi orang nak "drive" kapalterbang kan hehehe
Tapi Amelia tetap yakin dan memang dia berjaya. Walaupun Earhart hilang secara misterius di samudera Pasifik dekat pulau Howland dalam usaha untuk melakukan penerbangan keliling dunia tahun 1937 namun saya masih anggap dia sangat berjaya sebagai seorang wanita yang menembuh berbagai halangan.
Kadang-kadang kita rasa kita yang kerja biasa-biasa ni pun, nak BF sangat susah. Tapi bila kita buka mata luas sikit orang yang lagi mencabar kerjaya mereka masih mampu untuk BF. Contohnya :
Anggota US Air Force Terran Echegoyen-McCabe and Christina Luna. Kisah mereka di sini
Robyn Roche-Paull juga (walaupun telah bersara dari tugas, namun masih giat menjalankan kumpulan sokongan dengan membuka "Breastfeeding In Combat Boots")
Dan seseorang dalam friend's list saya, Kapten Siti Suraida Mazlan. Cerita beliau di sini
p/s entah2 kalau Amelia tu dah kawin, mesti dia pun support BF ni zaman dia kan? hehehe I guess what I am trying to say is, I know my darling daughter Mimi tu akan mewarisi juga semangat kental ni...sekarang pun dah nampak dah huhuhu in arabic A'amelia bermaksud "yang boleh dipercayai" hehehe
No comments:
Post a Comment