Thursday, June 28, 2012

Kemalangan Maut di Cyberjaya pada 27 June 2012




Berikut berita penuh dari BERNAMA


Dua Lelaki Maut Akibat Langar Lampu Isyarat Merah



CYBERJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini Rabu.


Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.


Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. -BERNAMA




Farah Rahim is the co founder of the REAL FOOD movement in Malaysia under the local support group called "HOMEMADE - Air Tangan Ibu" as well as an advocate of managing asthma, allergies and eczema naturally via NaturalAAE. She's the official Malaysia's ambasador of Jamie's Food Revolution. When not an activist she's a Stay at Home Mom to 3 girls who loves nothing but good ol' homecooked meals.

1 comment:

  1. the one in the yellow polo car in the video was my brother...it happened right before his very eyes

    ReplyDelete