Percaya tak, dengan kepadatan penduduk di bandar semakin tinggi, MUNGKIN anak-anak suatu hari nanti lupa carrot itu di tanam di tanah dan bukannya tumbuh dalam plastik beg di atas rak supermarket hehehe
SO - hari ini hari discovery untuk Syasya.
Hanya pokok ini sahaja di rumah saya yang masih segar subur walaupun kadang-kadang Encik Snail yang Jahat akan cuba cuit sedikit buat makan tengahari dia.
Syasya memang penakut apa sahaja bugs yang ada di rumah termasuklah Encik Snail. Tapi dek di sebabkan dia selalu curious apa yang mak dia buat, saya biarkan sahaja dia ikut. Adik Mimi pastinya duduk di crib yang setia...melihat dari livingroom then penuh rasa cemburu huhuhu
Pokok cekur ini Abah saya bawakan dari kampung. Kalau habis, saya mintak lagi (sebab Encik Snail suka makan!!) Biasanya baja dia senang sahaja, apa sahaja air ikan yang saya basuh atau siang, saya suruh Kakak Aliya curahkan. Itu petua nenek saya.
Di sebabkan buntu tak tahu nak masak apa, saya masak pecal je la senang. Malas nak masak dua tiga lauk bebagai.
Tapi kalau ikutkan...satu lauk ini sahaja pun dah macam masak 4 lauk (siapa orang Johor faham la maksud saya - kena goreng itu ini dulu la, kena kikis-kikis kulit buah cekur tu dulu la huhuhu)
daun cekor & ubi cekor memang baik utk ibu2.. ;)
ReplyDeletekakyong suka buat ulam.. tp nak tanam kat rumah... hmm, sori lah, anak2 yg suka godam pasu ibunya..
wahh.. shasha with the new hair cut kah? tantek!
ReplyDelete*wish bila duduk rumah bertanah nanti boleh la cucuk tanam.. hohoho*