Wednesday, August 03, 2011

HUKUM PUASA IBU HAMIL/MENYUSU PADA SETIAP BULAN RAMADAN : to ganti or not to ganti that is the question


Breastfeeding should be made easy - so easy it can make you BRAVE 
(NIP kat Gerai Mamak - janji ada tempat covered yang strategic) 

Salah satu trend yang seringkali kaum ibu mengandung/menyusu nampak bila tiba ramadhan adalah kekeliruan tentang isu meninggalkan puasa dan MACAMANA NAK GANTI NANTI.

Macam-macam posting, comment & status keluar.

Ramai yang bagi straight forward contohnya :
Mengikut MAZHAB SHAFIE :-

1. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN DIRINYA
- Dia tidak perlu membayar fidyah, memadai hanya menggantikan puasanya.

2. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN ANAKNYA (KEKURANGAN SUSU)
- maka dia perlu menggantikan puasanya dan membayar fidyah.

OK - pengalaman sebagai Merchant Services Consultant tells me, bila kita letak "T&C" berbunyi semacam ini, "customer" banyak yang akan rasa "tak berapa sedap dah" - terus langsung sebut "I want to cancel my account" huhuhu

btw Merchant Services Consultant ni yang jaga business owners yang ada account dengan credit company tu la (macam Visa or Mastercard) - means kat kedai dia ada "terminal" nak swipe card. Dah la kena bayar sewa terminal, lepas tu kena service charge ditolak dr harga barang dia yang dibeli guna card (sebab tu kadang2 ada tulis, if use card we charge 4% dan sebagainya)

Taukeh gedung besar pun akan rasa - why so rigid? it needs to be simple

YES - the keyword here is SIMPLE

Islam itu MUDAH - biasa dengar?? selalu dengar?? tak pernah DENGAR...tak mungkin.

Maka kenapa perlu kita PAYAHkan benda yang ALLAH SWT dah tentu dan takdirkan MUDAH.

Apatah lagi sekarang kita selalu dengar macam-macam bad publicity about Islam kan - sampai MUDAH orang perkotak-katik kan agama kita. Hurm...

dah rasa SUSAH...MUDAH je - leave Islam - astaghfirullahalazim :(

Benda mudah - haruslah mudah. Jangan rumitkan.

OK back to my topik -
HUKUM PUASA IBU HAMIL PADA SETIAP BULAN RAMADAN (merangkumi IBU MENYUSU JUGA YE)

Dr Abd Hayei Bin Abd Shukor, (Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI) berkata dalam laman blognya :
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.
Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.
Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.
Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam (sumber dari :
http://www.drhayei.com/2010/08/hukum-puasa-ibu-hamil-pada-setiap-tahun.html)
OK - bukan sebarang orang I quote ye - Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI

Dunno ar? JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM

creditials ustaz ni - sila rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

SO simple kan?

Ikutlah mana yang SESUAI DENGAN KEADAAN KITA. Orang bijaksana agama sudah nasihat. Right?

Tapi Ustaz, can I just add, I orang bandar dan anak I jarak dekat hehehe
Alah...like the good doktor ustaz said "seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota.." means bukan semua la, tapi KEBANYAKAN ye dak?

but my point actually is how to answer such a simple soalan macam ni pada ORANG BUKAN ISLAM. Kalau kita zass terus bagi straight forward contohnya mengikut MAZHAB SHAFIE, kalau tak ramai mesti dua tiga orang akan cakap dalam hati (non muslims especially) - GOSH, susahnya Islam ni. Pregnancy is hard, lagi nak puasa ke, lepas tu nak tinggalkan kena ganti...adoi...so masa pregnant 30 hari campur 2 tahun BF means you kena ganti 90 hari ke???? (actually someone said this to me dulu huhuhu)

Sebab itu - cara penyampaian "T&C" sangat penting...sebab ramai dah tersasar dan bencikan Islam sampai sanggup tinggalkan Agama dengan antara sebabnya ISLAM MENYUSAHKAN kata mereka...so what we have to understand (like my cousin said)
ini adalah perkara yg biasa berlaku apabila umat Islam (ya, itu termasuk kita semua) tidak memahami syahadatul haq (penyaksian sebenar).. di akhirat kelak, mereka yg diazab akan menyalahkan orang-orang Islam yg gagal menunjukkan kesempurnaan Islam kepada mereka... Ini adalah penyakit masyarakat... di samping doa kpd Allah agar mereka ini diberi hidayah, adalah lebih patut lagi kita berdoa kita semua turut diberi hidayah oleh Allah s.w.t. agar dilindungi drpd syirik, dan dikurniakan keimanan yg tinggi agar kita termasuk dlm golongan yg boleh menjawab di hadapan Allah s.w.t. kelak " Ya Allah, aku termasuk dlm golongan org yg memperjuangkan Islam meskipun Islam belum menang sewaktu aku masih hidup, oleh itu bebsakanlah aku drpd tuduhan orang2 musyrikin"
kita akan dipersalahkan kerana Islam lemah... semua umat Islam adalah berdosa kerana lemahnya Islam.. ini adalah pandangan al-maududi... bukankah Islam itu agama Allah? jadi adalah tidak layak agama Allah itu berada dalam keadaan lemah... lemahnya Islam akan menjadi alasan orang kafir (dan murtad) utk tidak menyertai Islam, dan ini akan menjadi dosa di akhirat kelak...- Muhammad Nazril Laharadi
simple thing - why make it difficult kan? Allah dah tentu kan ianya mudah. Wallah A`lam

No comments:

Post a Comment