Sebut sahaja Ramadhan dan jika anda tukang masak di rumah anda, seperti kebanyakan wanita Islam lain di seluruh dunia, mungkin ada antara kita yang terasa seperti kebanyakan Ramadan kita lebih dihabiskan di dapur yang panas dan bukannya di tikar sembahyang.
Saya pernah mengadu kepada ibu saya tentang bagaimana begitu ramai wanita Islam seolah-olah terlepas nikmat Ramadan kerana overemphasis pada hidangan yang lazat-lazat dan hebat sehingga perlu untuk memenuhi satu meja makan pada masa berbuka. Mama saya kata, tak heranlah kalau saya rasa begitu sebab dia sendiri dapat lihat kesan "attitude" ini pada penyertaan dan kedatangan kaum ibu untuk bertadarus dan sebagainya di Masjid di kampung saya.
Maka, tekad saya untuk Ramadan ini, saya hendak membuang halangan dalaman dan juga luaran untuk kejayaan rohani. Apatah lagi, saya masih menyusukan A'amelia dan masih perlu menyediakan hidangan untuk A'aesyah yang masih kecil. Tambahan pula dengan kenaikan kos keperluan untuk membeli makanan siap (fast food), saya memang anticipate saya akan banyak memasak daripada membeli (veto suami saya pasti tidak berubah :P sebab dia Menteri Kewangan sekarang :P)
Tapi susah kan - apatah lagi nanti kita disuap dengan bermacam "food porn" daripada blog mahupun facebook network kita sendiri. Belum lagi bukak tv, pagi rancangan memasak, petang rancangan memasak sampai dalam berita pun ada pasal hidangan berbuka *haih*
SO di peringkat dalaman, mari kita mulakan dengan membuang dan letak ke tepi apa-apa perasaan bersalah, persaingan atau cemburu yang mungkin kita ada pada "mereka-mereka" yang hebat tu dan kalau boleh mari kita puasa blog dan facebook juga hehehe.
Memanglah menyediakan hidangan juga satu ibadah, tapi kalau sudah tersasar sehingga terlepas ibadah-ibadah yang lain, maka ia sudah menjadi satu halangan besar buat kita kaum ibu dan kaum hawa menikmati erti sebenar bulan ramadhan.
JADI - eloklah kita execute satu MEAL PLAN SEBULAN supaya tidak rasa ketinggalan sama sekali.
Berikut adalah beberapa langkah yang saya rasa dapat membantu kita mendapatkan lebih banyak masa di bulan Ramadan untuk kejayaan rohani:
- Bincang dengan semua ahli keluarga anda. Hanya tinggal beberapa hari sahaja sehingga Ramadan bermula. Pilih hari dan masa apabila semua orang boleh hadir.
- Terangkan kepada keluarga yang anda ingin Ramadan untuk dijadikan masa untuk menjadi lebih dekat kepada Allah. Anda tidak boleh berbuat demikian jika anda menghabiskan sebahagian besar masa anda memasak dan membersihkan selepas semua orang habis makan. Tegas tetapi sopan.
- Bincangkan menu plan untuk 1 bulan. Tanya semua orang untuk berkongsi apa jenis hidangan yang mereka ingin makan tapi pastikan ianya yang sihat.
- Setelah semua idea-idea dicatat, buat satu jadual memasak dan membersihkan supaya semua orang terlibat dan anda tidak terkonteng-konteng keseorangan di dapur padahal ahli keluarga yang lain sudah siap mandi wangi-wangi nak pergi sembahyang terawih. Jelaskan bahawa semasa anda masih akan masak dan bukan nak mogok satu bulan (hehehe), cuma anda perlukan kerjasama ahli keluarga yang lain untuk membantu sama-sama menghidang (pre-berbuka) atau orang-orang yang post-berbuka (basuh pinggan mangkuk, mengelap meja, menyapu, dll).
- Menguatkuasakan jadual untuk anak-anak terlibat sama dan memberi ganjaran.
- Bagi suami, merakamkan penghargaan anda secara lisan dengan mengucapkan terima kasih dan jelaskan bagaimana bantuan tambahan adalah rangsangan spiritual yang sebenar buat anda seorang isteri.
Jika rancangan ini berjaya dilaksanakan, anda boleh melanjutkan ke seluruh tahun ini, dengan itu pasti kita dapat lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada keperluan rohani kita. Tetapi walaupun kita mendapatkan lebih banyak masa di tikar sembahyang, lebih dari pada masa di dapur hanya untuk SATU bulan dalam setahun, di mana pahala yang cuba kita capai dikira dan dicatat, maka amat berbaloi-baloilah kita kurangkan asap di dapur kita tu hehehe
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN PENUH KEBERKATAN SEMUA
(idea dipetik dari : http://soundvision.com/info/ramadan/turnoffthatstove.asp)
No comments:
Post a Comment