Tuesday, January 18, 2011

Makan Oatmeal Gaya Orang Melayu

Biasa kalau tak ada selera mesti teringin nak makan bubur kan.

Yelah rasa nak makan benda yang mudah hadam. Sebab badan pun tengah tak sedap, makanye mesti nak benda yang simple-simple jugak.

One thing about me is that I jenis yang cepat bosan. Kalau 2 hari berturut makan benda yang sama, maka akan naik angin pus-pus kebosanan dalam diri dan mood pun jadi tak baek.
Contoh : nasi putih. Oooo I kenot la 2 hari berturut2 nasi putih. Rasa hidup tak menarik sungguh.

Jadi I turn to what I call simple life pleasures. I akan makan OATMEAL GAYA ORANG MELAYU. Ha ha ha kenapa? Sebab instead of bubur nasi, I gantikan dengan oatmeal. I letak sayur tumis, ikan bilis. Kalau ada ayam atau udang pun sedap tapi ikan bilis goreng is the BEST(lagipun tengah pantang so tak leh makan udang huhuhu)



The second is the variation I buat a few days ago masa takde appetite. Ingatkan fuh best dapat bedal sensorang. Tetiba ada orang mintak sama.


Tapi Syasya memang biasa pun makan oatmeal macam I. Cuma dia hari2 dia nak. Kalau ada ikan bilis goreng, alamatnya...takde can la makan sorang. Tengok..makan sampai meleleh2. Tak senonohnye anak dara.


I mintak sikit, so I ask her, berapa sudu boleh bagi *took out her fingers and then said "TWO"

Ayamak...lapor kedarah la mak ngko ni kalau gitu...

I ciluk nasi lemak dia sikit...and this was what happened..


Wuhuuu garang...as if saying "Dont eat my nasi lemak mama...u tengah pantang"

Anyway...oatmeal is also good for my milk production so I'm not complaining. Lain kali kalau ada rasa tummy upset ke, badan tak sedap ke...I know all I need is a bowl of oatmeal to feel better.


1 comment:

  1. hahaha..siap bgtau 'u tgh pantang'.
    bijak betul...

    ReplyDelete