Tuesday, January 04, 2011

16 hari pertama Amel - Part 1 : Pre Delivery Day

Khamis
16 Disember 2010

Semuanya bertitik tolak sebelum subuh lagi. Hari ni, selesai sahaja solat, I wirid lama sedikit. Abah dan Mama sampai semalam lagi dari Johor. Diaorg yang akan tolong jaga Syasya dan Liya semasa DH sibuk berulang-alik berurusan dengan situasi I nanti. Samada tengahari atau petang, mereka akan bertolak ke rumah adik I di Shah Alam, bawa Syasya dan Liya sekali.

Semua yang perlu I dah packing dalam suitcase POLO kaler merah favourite I, yang kadang-kadang DH pinjam. Suitcase yang dah sampai merata; Myanmmar, Brunei, Thailand...tapi tuan dia tak pernah pun pergi :P Rasanya sampai India pun pernah kut, I tak berapa ingat sebab balik dari Brunei ke mana, suitcase tak sampai dengan DH satu flight...esoknya atau lusanya ke gitu baru MAS hantar ke rumah :)

Pelan-pelan I masuk bilik Liya (Mama I selalu tidor kat bilik ni kalau dia datang) Budak-budak sanggup berhimpit tidor dengan Opah mereka. I cium Syasya dan I cium Liya. Sedih ke rasa? Walaupun dah kali ketiga, sedih masih terasa...itu semua anak-anak I walau apa pun. Hanya seorang mak sahaja yang tahu apa yang I rasa ketika itu, walaupun nak meninggalkan mereka tu hanya sebentar, tapi kerja melahirkan jangan dibuat main-main. Ajal dan maut itu di tangan Allah swt.

Pagi tu DH singgah Esso isi minyak dulu. I pesan belikan I susu HL low fat milk - perisa coklat. I dah memang tak berapa kisah dah pasal GDM I ni. Biarlah, jangan sampai kempunan kata orang.

Perjalanan ke PPUM dari Subang Jaya macam biasalah. Awal pagi sebegini pun sesak. Sama macam selalu. Jadi I lelapkan mata sekejap.

Sampai sahaja, rutin macam biasa kalau pergi temujanji kat klinik antenatal tu. DH akan turunkan kat ruang legar foye yang tertulis besar-besar WAD BERSALIN. Tapi kali ni, I turun dengan satu beg besor. Mudah bagi I. Memanglah orang kata PPUM ni leceh dia parking jauh-jauh dari wad. Tapi kalau pandai dan sistematik, tak jadi masalah. Sementara DH pergi park kereta, I duduk termenung jauh kat ruang menunggu depan kaunter pendaftaran dan bayaran tu. Cuba jugak nak ambik nombor tapi mesin belum bukak. Sekali dengan I ada 8 orang macam tu tunggu nak ambik nombor - ada appointment dengan antenatal agaknya.

I ambik tempat duduk belakang sekali sebelah sorang nurse ni. I ingat dia ada antenatal appointment. Rupanya dia tunggu husband dia datang ambik sebab dia baru habis shift malam. Nurse kat PPUM uniform dia kaler hijau - macam hijau kuih cara. Yang pakai putih biasanya pembantu perubatan. Tak lama selepas I sibuk bersembang dengan nurse tu, ada staff bukak mesin nombor giliran tu. I terus ambil nombor. Entah betul atau tidak tindakan I tu, I ikut je gerak hati I.

I sambung sembang dengan nurse tu. Banyak jugaklah topik perbincangan. Tiba-tiba I nampak seorang staff kaunter dah start duduk kat kaunter selalu orang yang ada appointment daftar. I rasa, patutnya memang I tak payah ambik nombor kut. Terus I tuju ke depan. Betul pun. Staff tu ambik kad biru I dan suruh I tunggu sampai nama I dipanggil. I letak balik nombor I ke mesin nombor giliran tu. Kut la ada orang nak kan.

Tak lama lepas tu nurse tu mintak diri sebab husband dia dah sampai dan DH pun sampai dari parking lot. I cakap kat dia I nak lelapkan mata lagi. Dah tidor awal pun rasa mengantuk tak tahu kenapa.

Sedar-sedar ada pembantu perubatan panggil nama I. Kitaorang terus naik lift ke tingkat 3 - antenatal wad. Sampai kat tempat nurse-nurse selalu duduk berkumpul (kaunter) ada seorang pembantu perubatan cines datang suruh I letak bag tepi dan timbang. Tak naik banyak macam biasa.

Lepas tu dia tunjukkan bilik - 2 katil dan ada tandas dan bilik air sekali. Masuk bilik tu I rasa macam masuk hotel california je (he he he) Maksud I, hotel ala-ala zaman 70s sebab bau kelembapan dan rasa interior dia macam tu. Aircond pulak bergetar-getar bunyi. I terus terfikir, macamanalah aku nak tidor dengan AC melalak-lalak macam ni.




Pembantu Perubatan tadi tanya, apa barang I bawak sampai beg besar gile. I dah agak dah, I kata beg je nampak besar isi takde apa sangat - barang baby la sebab I dah pernah duduk wad gynae dulu so I tau kita kena sarung uniform yang sangat anggun kaler maroon dan pink tu :P

Lepas tu macam biasa ada nurse datang buat orientation dan kita kena sign kertas orientation tu. Perkara-perkara biasa lah, apa boleh bawak, apa tak boleh, visiting hours, bilik solat kat mana etc.

Jiran katil I seorang cikgu. I ingat perut dia memang besar, rupanya dia mengandung kembar 3. Nak tahu macamana I tahu? Selepas nurse datang nak tengok berapa lagu degupan jantung bayi dalam kandungan. I heran la apsal nurse tu bagi 3 bacaan. Lepas cikgu tu pas tepi katil I nak pergi toilet, baru I sempat tanya. Tersengih je dia cakap 3 baby dok dalam perut dia - alahai...

Belum sempat panas punggung duduk kat katil, technician CTG datang bagitau suruh I pergi bilik CTG dalam 10 minit lagi. I simpan barang mana yang ada elok-elok dan terus ke sana selepas habis 10 minit tu. Tech tu suruh I baring terlentang dan pasang probe dan belt tu. Aiyooo sangat tidak selesa sebab I selalu dah biasa baring mengiring. I rasa macam oksigen tak naik ke otak langsung. Amel dalam perut pun menendang banyak kali. 20 minit rasa macam 20 jam je.

Habis CTG, I balik ke bilik. Nurse datang ambik BP dan tanya I dah shave ke belum - opppss ni sensored he he he tapi I tau lama dah...since masa nak bersalin Aliya lagi. Sebab I baca buku pregnancy and birth tu I tau la nak buat ape :P

Tapi tak syoknya, dia kata I masih kena buat BSP 7x - seksalah jariku kena cucuk-cucuk lagi...

Tak lama lepas tu datang seorang medical student interview I macam wartawan Metro interview artis. Macam-macam dia tanya. Sepatutnya dia ambik sampel darah I, tapi sebab sedang syok dia interview, dia kena panggil attend short lecture kat salah satu bilik kat situ. SELAMAT! Ooo tak sanggup kalau student medic cucuk uols sana sini tau! SEKSA jiwa dan raga. Jadi, ada seorang doktor muda cantik comel nama Anisa datang ambik darah I. Sangat pantas dan sekejap - alhamdulillah!

Doktor tu bagitau jugak, di sebabkan I GDM, nama I 1st dalam list. Wah sangat seronok - huhuhu nak kena bedah 1st pun seronok ek? Sebabnya...kalau ada emergency, I tak kena "bumped" dan tunggu lama. Yelah, kalau emergency C-sect, mesti diaorang buat yang tu dulu dan kita kemudian. Dr Anisa kata, sebab diaorang takut I hypo atau gula tetiba rendah. Bahaya kalau gitu.

Dalam pukul 12 tengahari macam biasa lunch served - Nasi putih, sayur pak choi dan petola, ayam masak lemak kuning dan buah papaya. Semua I betal kecuali papaya tu takut gula I melambung tinggi pulak (dah la dok bedal susu je sebab tak sempat sarapan apa) Nasi I makan sikit jugak al kisah kerana takut.

Dalam 1.30 tengahari, nama I dipanggil lagi. Kali ni oleh seorang doktor muda (cines) pakai "scrubs" biru macam sitcom SCRUBS tu he he he Dia pakar Anest atau pakar bius. Rasanya kali ni I lebih bersedia, tak terkezut macam masa nak kena emergency c-sect dulu. Malah I bawak my discharge summary (kes masuk HKL sebab ada bahagian spine yang "bocor")

Pakar Bius kali ni agak terkedu memula dan terus beritahu kebarangkalian GA mengantikan spinal block. I terus bagitahu I dah sedia maklum semua tu dan juga risiko tinggi GA pada I jika terpaksa melaluinya.

Terus terang...bila kita lebih "educated" rasa takut terus hilang. Kebanyakan daripada kita TAKUT kerana tidak tahu - what's for us on the other side kata orang.

Tapi penerangan pakar kali ini lebih terperinci, Kalau buat GA ada kebarangkalian acid stomach masuk ke paru-paru dan I kena masuk ICU atau komplikasi pernafasan berlaku dan I kena masuk ICU...bak kata lain..MASUK ICU lah...

and you guys say wow...I can still joke about this ~ hey I'm made like that. What can I do. Face death with a sense of humor kata orang.

Pakar suruh I buat bending accessment nak tengok ok ke tak area nak cucuk spinal block tu. Dia penuh yakin, it should not pose as a problem at all masalah lampau I tu.

Tetiba teringat nak tanya Doc (sebab pelik kenapa tak nampak new born babies kat wad tu) Terus dia confirm my queries. Wad I duduk sekarang wad antenatal (untuk orang MASIH mengandung) dan lepas OP I akan ke wad PostNatal. Dia kata situ I boleh dengar banyak newborns melalak...eh lawak pulak pakar I ni ha ha ha

Habis accessment, I teringat nak buat post lunch BSP ~ aiseh lecehnya. Balik bilik, I took a hot shower - saja je nak test "my present" wifey kezen I bagi


Nasib baik ingat nak bawak my kit. Dan dalam diam, I have started to miss Liya and Syasya...so menitik sket airmata...tau tau dah terlena atas katil hospital yang empuk itu (ya right :P)

Lama jugak kut terlena...sejam. 5.30 petang nurse masuk lagi bagitau I kena puasa malam ni dari 12 malam onwards. What a cliche. Orang lain puasa Asyura siang tu...I puasa malam tu

Time tu jugak DH datang melawat. Terus inform dia pasal kena tukar wad. Kesian dia terpaksa hangkut balik barang-barang I. Yang tinggal pada I, surah Yassin dan telekung ~ terkesima kejap ~ seperti satu peringatan "pergi" kita hanya meninggalkan amalan di dunia ~ tapi tolak berus gigi dan ubat gigi la he he he

Malam tu lepas DH balik I serious tak boleh tido, so I lepak depan TV. Kat situ I kenal other mothers yang tengah pregnant dan ada masalah...GDM, kena batu karang, mengandung kembar. Dan yang sakit tapi belum habis bukaan pun ada. Bagus jugak PPUM ni, tak macam hospital gov yang lain, takde katil dia suhnya balik...macam kes one of my FB friends. Nasib baik dia buat wise decision untuk pergi ke hospital lain. Bila doktor pecah air ketuban, tengok dah kaler hijau. Mau tak CUAK, terus kena emergency c-sect.

11malam lepas buat pre bed BSP, I solat Ishak lama sikit kat solat room. I banyak berdoa supaya Allah swt tabahkan hati dan kasi I tidur malam tu sebab I really need the rest...

...and true enough I REALLY needed much rest lepas tu.



to be continued...

No comments:

Post a Comment