Thursday, December 02, 2010

Makan Tomato Mentah Sebagai Ubat Cacing Semulajadi

Mama I pernah bilang, dari dia anak dara, dia memang suka makan tomato mentah. Katanya untuk kulit yang mulus. Tapi tahukan anda, bahawa tabiat makan sarapan pagi (baik sandwich atau bihun goreng) berulamkan tomato mentah sebenarnya baik untuk menyah cacing atau parasite2 di dalam usus kita?

Kalau tak percaya, tanya Cik A'aesyah kita :P Pernah nampak budak 2 tahun makan tomato macam makan coklat???


Percaya tak setiap kali DH beli tomato, I kena SEMBUNYIK betul-betul dalam peti ais. Kalau tak, sekali makan untuk sarapan pagi 3 biji macam tu sahaja!! (kalau I ni tokeh tomato Cameron Highland takpe gak kan???) Tapi kalau Carefour atau Tesco sale tomato, memang I akan borong habis-habisan. Bukan apa, A'aesyah perut masih muda, so takut dia tak tahan. Kadang benda yang baik bila terlebih pun tak boleh jugak kan?


Nak buat camne, Mama A'aesyah ni pemakan tomato TEGARRR...buktinya

Kalau nak buat sandwich pagi, mesti ada tomato mentah...



makan capati buat wrap pun taruk tomato mentah...

Sarapan pagi bihun goreng jangan cakap la - WAJIB ada ulam tomato


telur dadar buat big breakfast english style pun ada tomato dicincang dadu

kalau salad jangan cakap la WAJIB ada tomato mentah

tu belum burger buatan sendiri dan steak buatan sendiri..



canapés feta cheese dan smoked salmon - pergh jangan cakap, 
tomato mentah yang buatkan dia jadi sedap gilos


Pizza pun taruk Tomato gak 
(walaupun bila dah masak dia dah tak mentah, tapi TETAP SUKA TOMATO)


dan ini PENCOPET TOMATO TEGARRRR


yang telah membesar 
menjadi macam Mama dia, pemakan tomato TEGARRR

 he he he
Penulis Patience Akumu dalam artikelnya "Eat raw tomatoes to flush out worms" ahli kesihatan mengatakan, men-nyah cacing disarankan bukan hanya untuk anak-anak tapi orang dewasa juga.


Joan Mbabazi, ahli nutrisi Kisakye Reflexology dan Pusat Nutrisi menjelaskan bahawa cacing adalah parasit yang hidup dalam tubuh manusia dan bersaing dengan sistem badan untuk mendapatkan nutrisi.  

Mereka juga menghasilkan sisa mereka sendiri yang merbahaya kepada tubuh kita.

Kombinasi dari kedua-dua membuatkan tubuh kita lemah dan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya kanser, diabetes, migrain, skizofrenia dan bahkan tumor di otak

 Kajian telah membuktikan kaitan penyakit umum, kelemahan dan keletihan kronik tanpa sebab jelas berpunca dari parasit dalam tubuh.  

 Mbabazi akan yakin pada penemuan-penemuan ini dan menunjukkan bahawa pengambilan ubat cacing secara teratur membersihkan tubuh, meningkatkan sistem imune tubuh dan mengurangkan frekuensi jangkitan penyakit.

Cacing yang paling umum adalah cacing pin, cacing pita dan cacing bulat yang ditemui di saluran usus.  

Cacing boleh memasuki tubuh melalui makanan, air, gigitan nyamuk, hidung dan kulit.

Tanda dan gejala


Bagi orang dewasa tanda-tanda dan simptom yang memungkinkan seseorang itu mempunyai cacing di dalam sistemnya adalha kemungkin mengalami ruam yang kadang-kadang agak teruk dan hasilnya menjadi lepuh, alergi makanan, anemia, kekurangan zat besi (anaemia), sembelit, berangin dan perut kembung, kepenatan, keletihan, kemurungan, kurang konsentrasi, sentiasa cemas dan kegelisahan.

Anak-anak pula mungkin mengalami lecet atau ulcer pada bahagian dalam bibir bawah dan mengasah gigi diketika tidur pada malam hari, lingkaran gelap bawah mata, mengompol, sakit kepala, kepekaan terhadap cahaya, kelopak mata bergerak-gerak, pendarahan gusi, pendarahan rektum, atau pendarahan hidung dan rasa gatal di sekitar lubang dubur. Mungkin ada keradangan vagina pada anak perempuan dan wanita.

Pengawalan Secara Semulajadi 

Memanglah terdapat ubat cacing yang boleh dibeli difarmasi seperti Zentel. 

Namun, Mbabazi menjelaskan bahawa biasanya ubat-ubat ini hanya bertindak berdasarkan jenis cacing tertentu. Malah ada juga beberapa cacing yang telah menjadi immune terhadap ubat-ubatan yang umum digunakan. (mak ai takutnyeeee)

Namun terdapat cara-cara dan pilihan yang lebih murah, semulajadi dan kadang-kadang lebih berkesan. Antaranya, makan tomato mentah pada waktu sarapan pagi untuk men-nyah cacing dari sistem badan kita.


Masih tak yakin??? Uols tengok video ni.




Percaya atau tidak, secara umum kalau saya buat undian tentang bila last anda makan ubat cacing ramai yang akan cakap - mungkin masa umur A'aesyah 2 tahun 1 bulan hari tu. Betul tak???????????

Ishk ishk ishk...

Nurse KK suruh bagi dia makan Zentel tu time tu. Dia bagi option untuk kami tak payah datang, cuma beli la ubat tu di farmasi. Nasib baik, sebab kalau bagi yang pil, sah-sah minah tu luahkan balik (yg dalam botol kat atas tu cam Scotts Emulsion cuma kaler putih so A'aesyah cam tetipu bila I suruh dia tonggang satu botol tu - ikut arahan ahli farmasi - he he he)

Tak yakin jugak??? Nak tengok ghupe huduh cacing-cacing tu - meh ke sini - 6 Common Human Parasites

Dan kalau video kat atas tu masih tidak mengelikan anda - baca blog posting nih oleh Erika Anuey - Cacing. Kat situ dia posting gambar-gambar surgeri mengeluarkan 3 kilo cacing bulat dari seorang budak.  Lepas tengok tu mesti bak kata orang utara "baru ada akai!!" LOL

p/s nak kena set timer kat hphone untuk bulan pertengahan bulan Januari untuk A'esyah ke KK lagi sebab makan ubat cacing ni kena 2x setahun macam cek gigi (setiap 6 bulan)

6 comments:

  1. geliiiiiiiii... nasib baik saya ni suka makan tomato jugak.. makan nasi dengan kari pun ada ulam tomato dan sambal belacan LOL... kene consider makan nasi lemak pagi pun dengan tomato jugak lah.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. wow..
    i can never eat tomatoes like i eat apples! hehe...

    salute those who can! :D

    ReplyDelete
  3. Eny : makan nasi lemak lepas tu pencuci mulut tomato atau tomato juice ekekekeekek

    MB : Alah bisa tegal biasa he he he

    ReplyDelete
  4. saya pun suka tomato jugak...ratah macam makan buah apple..hihik...sedap freshhh lagi...


    street fashion that may inspire you

    ReplyDelete
  5. baru je nak mulakan makan tomato mentah, maybe agak terlambat, tapi harus dilaksanakan jugakan...(diri sendiri boleh rasa bila badan kurang sihat secara tiba2).

    ReplyDelete
  6. oowW NOOO!!!!!!! sy xleh mkn tomato....ble tlan tkak rse len mc.,pstu smpai jd putih :-S

    ReplyDelete