Macam sejarah berulang masa melahirkan A'aesyah. Pantang dalam bulan puasa. Tapi kali ni sebab kena cucuk insulin. Haruslah kena marah awal2 dengan dietitian sebab nak puasa.
‘‘Berkemungkinan doktor menasihati agar anda tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga mengalami permasalahan dengan sistem pencernaan terutamanya loya dan muntah semasa awal mengandung.
‘‘Prinsip pemakanan yang betul penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.
So nk cakap camne lagi kan. Kalau nk jugak kena dok spital macam hari tu, kena monitor constantly sampai jari-jari semua dari sengal jadi kebas kena cucuk nak ambik bacaan.
Tapi hari ini ada berita gembira. Dah boleh makan nasi :D Tapi kena herba ponni taj mahal. Ambik BSP lepas 2 jam makan tengahari tadi 5.5m/moL je. Tak lah jadi ITALIAN RABBIT asyik makan pasta dan wholegrain atau oat dgn lauk.
Atau asyik melantak ikan dory bakar je...
Atau bubur Oat....
Yang penting sekarang ada alternatif :)
No comments:
Post a Comment