Sunday, August 09, 2009

Pizza Bujang




Teringin pizza tetapi sengkek? Jangan risau...saya ada caranya. Dengan petua saya ini anda dapat menikmati pizza hanya dengan menggunakan modal RM20 untuk 2 pizza regular. Hebat kan?????? Jadi apa lagi yang di tunggu...bersama-sama tutorial hebat ini anda akan...

syesssssssssh - ada rasa macam iklan orang nak jual ebook tak? *dang* he he he

Seyes...nila cara-cara nak buat pizza bujang I. Masa time bujang dan sengkek nak beli pizza hut :P inilah pengubat kempunanku.

My dotter and DH suka sangat. Sometimes, benda simple gak sedap kan? Nak kata SESEDAP pizza hut atau dominos tu...tak la..tapi boleh la. Yalah, kalau family anak 9 semua nak pizza boleh pengsan mak pak mengorder kan?

SO! bagi yang bertanya "Camne QM buat doh pizza.." Nah! ini rahsianya. Cepat mudah dan murah ;)

Bahan-bahan asas:



Tepung Gandum (TESCO pun boleh sebab murah)
Pure Vegetable Shortening
Ibu Roti (Yis Kering)
Bread Softener
Soda Bikarbonat
Susu Sejat
Gula
Garam
Air masak Suam
Jam

juga jangan lupa
satu pinggan epal dipotong-potong
satu SIPPY CUP



sebagai rasuah kepada your Hell's Kitchen punya apprentice yang tugas sebenarnya adalah tukang tengok sahaja :P



sangat garang macam Gordon Ramsay...



x
dan demanding macam Marco Pierre White



dah dapat rasuah dia amat impressed...cheeewah







Haa ini dia bahan-bahan MAGIC saya untuk buat doh pizza. Kalau da habis mesti kena beli. Murah. Ibu Roti (Yis Kering) dan Bread Softener dalam singgit lebih je. Soda tu cuma 80 sen. Pizza bujang la katakan.



Ini tepung yang selalu saya stok dan pakai. Mesti ada 3-4 beg kat rumah. Untuk resipi 2 keping pizza size REGULAR, pakai 500gram sahaja. Bab menyukat ni, macamana nenek saya ajar mak saya..macam tu lah dia ajar saya. Satu beg 1kg. Bahagi 2 jadi la 500 kan?



Ini kalo tengok dekat-dekat kadang-kadang saya geli geleman. Ini Ibu Roti atau Yis. Kita perlukan 2 sudu besar. Boh dalam mangkuk cantik macam kat atas tu he he he




Kita juga memerlukan 2 sudu besar gula. Gula ni makanan yis. Bila kita mesrakan mereka...menjadi-jadi macam dipam-pam.



Tambah sedikit air suam. JANGAN AIR PANAS, mati yis tu kang. Yis ni dia tak suka sejuk..dia suka suam suam gitu. Gaulkan gula, yis dan air suam tu sampai larut. Letak tepi kejap. Nanti dia naik syeh



Ini nama dia vegetable shortening. Pakai dalam 3 sudu besar.



Sebab dok dalam peti ais, dia keras, kenalah hancurkan dulu dengan pisau.



Haaa kan da kata yis tu naik syeh.



Ini tepung tadi tu. Ayak biar dia masuk angin. Lagi tinggi lagi bagus petua orang dulu-dulu.



Kemudian masukkan vegetable shortening.



Cara nak gaul, kita tonyoh-tonyoh kat hujung jari sampai tepung tu jadi macam serbuk roti.



Kemudian masukkan 1 camca teh soda, Bread Softener dan secubit garam (besor cubit tu...)



Gaul sekejap ke dalam tepung tu, dan buat lubang di tengah-tengah.



Masukkan bancuhan yis yang dah naik syeh tadi.



Haaaa elok je dia duduk tengah-tengah.


Jangan konfuse, ini susu sejat dan bukan susu formula anak saya yang dah basi :P botol avent ni mahal dulu berkoyan beli, skang anak saya tak pakai, saya jadi penyukat metrik cecair kat dapur (BOLEH???) 70ml susu sejat ye puan-puan.



Tambah juga 80ml air masak suam pelan-pelan. Jangan dicurah terus pulak semua..slow slow ye.

Gaul sampai jadi doh.



Dulu saya mintak meja kat dapur sampai buat drama kat suami. Orang lelaki mana paham keperluan kita di dapur ni kadang-kadang. Saya suka menguli, jadi ada satu bahagian meja ni memang khas untuk menguli tepung SAHAJA.



Nah! Ini tepung siap untuk di naik syeh kan sebelum digusti.



Siap digusti. Letak balik dalam mangkuk. Bungkus mangkuk dengan plastik dan ketepikan.



Sementara menunggu doh naik syeh, kita buat la apa yang patut....

basuh pinggan ke...

aaa sediakan bahan-bahan nak tabur atas pizza kita

sebab ni pizza bujang, jangan nak mimpi la beef pepperoni bagai kan. Tapi bagi saya tomato, mushroom dalam tin, bawang besar mesti ada. Tambah la telur 3 biji (ni kalau time bujang telur tu da sama tahap cam beef pepperoni gak la, kira mewah la) dan lebih MASYUK kalau ada chicken frankurters (sosaj) dalam 3 batang, penghabisan. Nak goreng sikit sangat nak serve family, tak goreng rugi kan.



Sos pizza tak payah pening kepala...kalau ada prego guna prego spagetti sos tu (tapi tu mewah gak) so...pakai je SOS TOMATO. Sedap tau.

Bab kreatif ni memang department saya. Sebab saya bukan penggemar chicken frankurters ni, so saya perap dengan Worcestershire sauce dan black pepper barang sejam. Ni da masuk mewah jugak la kan.



OKEH. doh dah naik syeh...nampak? kembang tak hengat membuak-buak macam kain tertetas dek kerana dipuji lebih-lebih kan?



ooo IKLAN kejap.



Apprentice tukang tengok minta cukai cheese.






Ok ini dia mangsa yang akan di gusti.




20 minit ye bang...sampai macam getah doh tu ye...



Macamana nak tahu? doh tu licin macam dahi mek sebelah rumah dan bersinar macam abang botak.



Haaaaaa ini alat orang bujang tak payah cari. Kalau takde, pinjam cik kiah sebelah. Tak payah susah-susah beli pizza pan. Ini pizza buatan malaysia maka haruslah pan cap zebra langkawi mari kan?



Jangan lupa lenserkan dengan minyak sikit atau kalau abang bujang mewah, butter atau marjerin.

Dan kalau nak verangan pizza kao tu DOMINOS....ini rahsianya.

Homemade serbuk roti saya - 2 sudu makan oatmeal dan satu roti yang di bakar pakai toaster. Kisar pakai dry blender dengan mata yang jatuh ke bawah tu (biasa untuk kisar coffee). Kalau takde toaster atau blender, abang jangan nak mimpi ye.



Ini cara nak bentukkan pizza doh tu. Tarik tepi dia..lipat masuk dalam



Dan tip penjimatan seterusnya, tak payah la verangan beli cheese mewah bagai...pakai cheese carrefour tu je tak sampai 7 henget pun. Letak banyak pun tak rasa guilty bagai.



Dan untuk reward Apprentice tukang tengok yang sangat sabar dan tak meragam walaupun terperuk tengok mak dia bergusti dengan doh macam nak gusti gajah, ini dia pizza kanak-kanak riang - tomato sos sket je calit atas doh tu, taruk bawang sket, tomato sehiris dan telur kuning sahaja.



Orang diet, sila pi main jauh jauh.



Dan ini dia PIZZA BUJANG kita...meh le terai.











7 comments:

  1. wow...mcm senang jer nampak u buat, kalo harapkan i, mix yg dah ready tu pun buleh tak jadi tau. u mmg power lar farah..

    ReplyDelete
  2. ishk takde la Su..practice makes perfect :)

    ReplyDelete
  3. Chehhh ni la u ckp food porn ni, very d inviting hingga salivating.

    Dah, pi reka cipta yg calory bwh 120 utk i plak...tapi sedapnya harus sekufu ngan pizza d atas itu tau

    ReplyDelete
  4. kekekke..homemade pizza la sesuai untuk org diet... boleh control salt and sugar kan?

    errr..mybe ni soklan bodos skit dr orang yang taktau masak mcm saye...
    err...serbuk roti tu nk guna untuk ape ye? tabur atas pizza ke?? atau dimakan begitu shaja?

    ReplyDelete
  5. DR : omit the cheese :P

    Enyusnizar : eh tak jahil la..(he he he anak saya kalau saya sebut bodoh..dia cakap jahil)

    tabur pada roti pizza sebelum letak topping..optional.

    Memang boleh control salt & sugar...
    akak bubuh salt dalam roti sahaja. Untuk husband kadang tak boh cheese pun.

    ReplyDelete
  6. musti cuba.
    tp end up selalu terbengkalai

    ReplyDelete
  7. Hi sis!
    sgt best bila baca ulasan akak ni...leh masuk tv da ni. mmg entertaining!

    btw, sy x tawu pon yg gula n yis leh kembang jadi mcm tu! huhu...next time nk campurkan gulan and yis gk la.

    ReplyDelete