Saturday, March 23, 2013

Buat Sabun Sendiri dengan Kacang Sabun



Perkara yang benar-benar hebat ni. Buat sendiri sabun basuh, sabun cuci pinggan dan sabun basuh CD, cloth pad atau cloth panty liner dengan kacang sabun, memang benar-benar sangat baik untuk kulit, persekitaran dan kesihatan kita sendiri. Saya telah menggunakan kacang sabun selama lebih setahun sebab mempunyai anak yang ada eczema dan memang benar-benar berpuas hati dengan bagaimana boleh dapat dobi yang bersih setiap kali pakai kacang ni dan tak merengsakan kulit anak mahupun kulit saya.

Apakah itu Kacang Sabun?

Kacang sabun adalah buah-buahan kering yang datang dari pokok Beri Sabun dan ia mengandungi saponin yang bertindak sebagai detergen semulajadi. Saya dapati Kacang Sabun ni bekerja sama baik kalau tak pun memang lebih baik dari detergen konvensional sebenarnya.

Bagaimana untuk Menggunakan Kacang Sabun

Letakkan 8-9 kacang sabun (tanpa benih di dalamnya) dalam beg kain kecil.
Letakkan beg dalam mesin basuh anda dengan pakaian kotor anda, dan jalankan kitaran anda seperti biasa.
Guna semula beg untuk mencuci pakaian sehingga benih mula jatuh selain kelihatan kelabu sedikit.

Satu beg 5-8 kacang biasanya saya guna agak lama, dalam sebulan atau lebih. Memang saya lebih suka kaedah ini kerana tidak ada apa-apa kerja tambahan, dan kacang seolah-olah bertahan lebih lama daripada jika saya menggunakan mereka untuk membuat cecair pekat. Walau bagaimanapun , cecair pekat mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada hanya sebagai detergen dobi, jadi saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat cecair pencuci kacang sabun



Bagaimana Membuat Sabun Cecair Kacang Sabun

Jika anda benar-benar berasa domestik, anda sebenarnya boleh menggunakan kacang sabun untuk membuat cecair yang anda boleh gunakan untuk tujuan pembersihan pelbagai perkara selain mendobi

Arahan:

Letakkan 8 kacang sabun (tanpa biji) di dalam bag kain ke dalam 4-5 cawan air di dalam periuk.
Biarkan air dan sabun kacang diatas api hingga mendidih.
Perlahankan api dan reneh selama kira-kira 20 minit.
Angkat dari dapur dan biarkan sejuk.
Selepas ia sejuk, keluarkan beg dan menggunakan tangan anda untuk memerah sabun berlebihan daripada beg. Ini mewujudkan banyak sabun.
Bilas beg ke dalam periuk dan memerah lagi. Ulangi proses ini sehingga beg tidak lagi bersabun.
Sekarang anda mempunyai jumlah sabun cecai yang pekat. Bergantung kepada kepekatan yang anda mahu, anda boleh menggunakan 3-5 sudu untuk mendobi.


Kalau tak nak letak dalam bag pun tak apa, boleh guna kaedah di bawah, tapi pada saya lebih senang rebus dgn bag kain sekali






Cara menyimpan enyimpan Sabun Kacang

Sabun Kacang adalah buah-buahan semula jadi, sentiasa membuat kuantiti yang kecil untuk memastikan supaya ia segar. Sabun Kacang Cecair boleh disimpan selama 1 hingga 2 minggu. Untuk menyimpan lebih lama, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk. Tetapi jangan lupa untuk label secara BESAR dan JELAS!



Ini juga boleh digunakan sebagai pembersih permukaan, syampu dan cecair mandian badan, dan untuk lain-lain pelbagai menggunakan Ia hanya sabun cecair, jadi kemungkinan tidak berkesudahan

Tetapi Adakah Mereka Benar-benar Berfungsi?

Setahun dulu semasa Mimi kena eczema saya macam tak berapa percaya. Tetapi lebih mencuba memang betul. Mudah. Murah dan memang selamat. Kawan-kawan yang tahu pun memang kata begitu. Kos memang menjimatkan.


Tuesday, March 19, 2013

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 untuk 2014 dan 2015




Seperti yang anda sedia maklum, pendaftaran untuk anak-anak yang lahir pada 2007 dan 2008 sudah pun di buka seperti berikut:

Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )
2. 02.01.2008 – 01.01.2009 ( Sesi Persekolahan 2015 )

PERHATIAN 
JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2007 ANAK MASUK SESSI DARJAH  PADA 2013 DAN BUKAN PADA 2014

JIKA ANAK LAHIR 1 JANUARY 2008 ANAK MASUK SESSI DARJAH 1 PADA 2014 DAN BUKAN PADA 2015

Ibubapa yang anak-anaknya terlibat perlu membuat 2 perkara dalam melengkapkan pendaftaran anak-anak anda:

1. Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel.



2. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut berserta dokumen-dokumen dan salinan-salinannya ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah dalam masa 14 HARI DARI TARIKH ANDA MEMBUAT PERMOHONAN DI ATAS TALIAN ATAU ONLINE



BEBERAPA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM ISI BORANG DALAM TALIAN

  • Maklumat sekolah Anak
  • Daerah di mana sekolah pilihan anda berada
  • Kod sekolah dan nama sekolah


Ini saya rasa learning curve yang berguna buat ibubapa macam saya yang ada masalah sikit sebab dekat rumah ni nama sekolah-sekolah yang ada  lebih kurang sama
SK Subang
SK Subang Jaya
SK Sri Subang 

Lepas tu saya pun dah tak berapa ingat SK Subang Jaya tu dalam PPD yang mana satu. So eloklah buat background research dulu ye sebelum nak terjah isi borang online ni. 



SK Subang Jaya dalam PPD Petaling Perdana hehehe


Timbul pula masalah, tak tahu apa kod sekolah....macamana nak pastikan betul ke tak???
Untuk pastikan dapat kod yang sama dengan sekolah yang dipilih  maka bolehlah ke Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan untuk memastikan kod dan butir2 sekolah adalah yang ingin anda pohon






Rasanya lain-lain nak isi semua maklumat agak senang. Selepas anda lengkapkan pendaftaran, akan disuruh print "Slip cetakan daftar permohonan secara Online"

Maklumat Permohonan telah masukkan ke dalam Pangkalan Data Permohonan. Penjaga/ Ibubapa dikehendaki ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan Permohonan, Sila bawa bersama Slip cetakan daftar permohonan secara Online dan dokumen yang berkaitan semasa hendak membuat Perakuan permohonan

So kalau kat rumah tak ada printer, boleh sahaja save as PDF masa nak print tu. Caranya berikut. Tekan print dan pada tempat "Destination" to tick "Save as PDF"



Anda juga akan mendapat email bagi arahan seterusnya :


Sila buat perakuan PerMOHONan Pendaftaran di sekolah dimana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran 

CARA MEMBUAT PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN
Yang ini anda kena pergi ke sekolah anak tersebut. Bawa dokumen-dokumen penting dan beberapa perkara yang disebut dibawah

Sila bawa bersama:
1. Sijil kelahiran atau sijil Anak Angkat (asal dan salinan)
2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik atau bil air)
3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4. Sijil Nikah /Pendaftaran Perkahwinan / Hak penjagaan anak (asal dan salinan)
5. Sampul surat PUTIH besetem 60 SEN bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)

Bagus juga jika anda call sekolah tanya MASA untuk serahan dokumen ni semua dari bila hingga bila (waktunya) jadi boleh la anda ambil time slip atau cuti untuk uruskan.

Tips masa di sekolah :
Kerani akan chop no pendaftaran di belakang surat beranak
Saya tak bawa sampul surat tu sebab masa print out borang tak ada sebut, so kerani kata nanti boleh datang balik bawa dan tulis no pendaftaran kat sudut bawah sebelah kanan sampul
Apabila sudah diserahkan, kerani suruh saya isi satu lagi borang di sekolah. Nasib baik bawa business card suami sebab borang yang itu perlukan maklumat tempat kerja dan no telefon pejabat.



Tips-tips lain:
Kalau ada mykid, photocopy je dua-dua mykid dan surat beranak
Harap simpan id dan katalaluan anda dengan baik untuk kegunaan semakan kelak.

Di sebabkan Syasya akan bersekolah pada sessi 2015 maka maklumat-maklumat lain adalah seperti berikut:

  1. Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2014 
  2. Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2014 hingga 30 Ogos 2014 
  3. Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2014 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon. 
  4. Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2014 
  5. sila layari url berikut: http://apps.moe.gov.my/esppsel

Pendaftaran dan langkah-langkah ini semua tak menjaminkan anda akan dapat tempat di sekolah pilihan anda tau. Jadi eloklah senantiasa on your toes on tarikh-tarikh yang diberikan dalam email yang anda dapat. Saya buat 2 tahun sebelum Syasya masuk darjah satu. Infact dah tahu benda ni dari last 2 years pun saya rasa ada juga benda tak lengkap (lupa bawa sampul surat)

Harap panduan ni membantu sedikit sebanyak. Saya ni stayathome mother, banyak masa nak ke hulu ke hilir, bagi anda ibu yang berkerja, frust juga kan kalau kena ulangalik dua tiga kali ambik cuti :)

Selamat mendaftar!

Friday, March 08, 2013

Berdialog dengan Jin dalam Bahasa Inggeris - WHAT ARE YOU GOING TO SAY TO ALLAH OH JIN???

Subhanallah!! Video ni betul-betul membuatkan saya KUAT dalam keyakinan saya bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan setiap jenis MAKHLUK walau JIN SEKALIPUN perlu TAKUT padanya Hebat - betullah la kata husband, Jin pun tahu pasal technology dan tak mustahil mereka pun ada FACEBOOK yik!!!!!!!! Tengok video sampai habis ye huhuhu